Siri Novel KALAU AKU KAYA Bab 7

KAK cover copy

Jam sudah hampir satu pagi. Semangat Wardah berkobar-kobar selepas balik dari program perbincangan tentang dunia penerbitan dengan Dr. Kamsina di dewan tadi yang tamat hampir jam sebelas setengah malam. Tidak cukup di situ saja, pertemuannya secara tak sengaja ketika jamuan ringan di restoran dengan Dr. Kamsina beserta lampu hijau dari Encik Azam memberi peluang untuk dia berbicara terus dengan wanita yang berpengalaman luas dan mempunyai asas pendidikan di bidang yang mencabar itu. Apa lagi, berbagai persoalan yang selama ini bersarang di kepalanya diluahkan dan alangkah gembiranya dia bila dijawab dengan terperinci oleh wanita itu dengan sesekali dibantu Encik Azam.

Sudah berkali-kali Benn menutup mulut kerana menguap dan sudah sakit kakinya dipijak Benn berkali-kali kerana mengajaknya balik ke chalet. Tetapi Wardah semakin banyak bertanya itu dan ini kepada Dr. kamsina yang peramah dan bersifat merendah diri itu. Akhirnya mereka pulang ke chalet selepas jam dua belas tengah malam dan saat ini, dia terkebil-kebil di katil bersendirian sambil menganalisa semula perbualan mereka tadi ditemani dengkuran kecil si Benn.

Pola pemasaran penerbitan akhbar dan majalah di seluruh dunia amat pelbagai. Kaustik memilih untuk menjadi akhbar percuma Bahasa Melayu yang tunggal di negara ini. Ternyata strategi yang biasa digunapakai di banyak negara itu berjaya melonjak pengedaran Kaustik sehingga mampu memberi saingan hebat kepada akhbar yang lain. Malah peningkatan edarannya yang meningkat kepada 200,000 naskah pada tahun ini amat memberangsangkan memandangkan ianya baru dua tahun dilancarkan. Dr. Kamsina memperjelaskan bagaimana strategi pengedaran akhbar ini mampu memberi keuntungan yang memberangsangkan kepada semua kakitangan Kaustik samada yang lama dan baru. Dan untuk mengekalkan atau meningkatkan pencapaian itu, seluruh tim mesti memberikan komitmen yang padu dan terkini.

Wah, Wardah paling suka dengan konsep ‘percuma’. Ternyata dengan ‘percuma’ itu masih tetap memberikan pulangan yang hebat. Selari sungguh dengan apa yang abi amalkan. Edaran percuma produk makanan keluaran syarikat abi yang dibuat secara berkala memang selalu melonjakkan jualan.

Wardah tersenyum dalam angan-angan. Moga-moga satu hari nanti dia berjaya dalam bidang penerbitan sepertimana abi dan umi yang berjaya dalam perniagaan mereka dalam mengeluarkan makanan yang bersih dan halal untuk masyarakat. Seperti mereka, dia juga akan memulakan dari bawah. Dan dia juga mahu menjadikan konsep ‘percuma’ itu sebagai sandaran.

Semua itu bukan mustahil. Malah ideanya untuk menerbitkan dan mengedarkan majalah sisipan secara bulanan dalam Kaustik yang mendapat sokongan dari Encik Azam dan Encik Halim ternyata memberikan impak selepas tiga bulan edarannya. Kini setiap satu haribulan pada setiap bulan, Kaustik mencatat edaran yang paling tinggi.

Wardah suka sangat makan pulut kuning dengan rendang. Hari yang bersejarah itu, umi dan abi masak pulut kuning dan rendang untuk tiga ratus orang sempena majlis yang diadakan. Wardah gembira tak terkata. Semua adik-adik yang dia sayangi dan kawan-kawan rapat yang sama-sama membesar dengannya suatu waktu dulu ada bersama meraikan kejayaannya. Wardah berdiri anggun di hadapan pintu bangunan miliknya diapit oleh abi dan umi.

Reben besar yang merentang di pintu masuk itu hijau berkilat dan ada bunga kuning dan oren yang besar di tengah-tengahnya. Benn datang membawa dulang yang ada gunting di atasnya lalu berdiri dekat dengan Wardah. Benn berbaju kurung, cantik sangat. Senyumannya berseri luar biasa! Mereka semua baru saja selesai mengaminkan doa selamat yang dibacakan Encik Azam sebentar tadi. Jadi sampai masanya Wardah mengunting reben untuk merasmikan bangunan yang bakal menjadi pusat penerbitan majalah dan buku-buku yang bakal memeriahkan lagi media cetak di negara ini. Tiba-tiba…

‘Adoiii!” Guntingnya dirampas seseorang. Kelam-kabut dia mencari-cari gunting yang hilang.

“Kau cari apa?”

“Gunting aku… gunting!”

“Ya, Allah! Teruknya engkau mengigau!” Wardah tersentak amat. Benn muncul dalam pandangannya yang kabur dan berbalam. Kenapa Benn pakai baju tidur? Tadi dia cantik memakai…

“Aku ingat kau kena sampuk dengan hantu kat pokok mangga chalet hujung sana tu, tau tak! Dah tegak bulu roma aku tadi. Dah, bangunlah Wardah. Macam budak kecik mengigau!” Wardah tergelak dengan mata yang sudah terpejam kembali. Nasib baik masa pulang dari dewan tadi, mereka terlupa fasal hantu pokok mangga. Dia serik hendak menyanyi di luar rumah waktu malam lagi. Cukup sekali dia buang tebiat seperti itu!

“Aku pun tertidur tak tukar baju jugak tapi taklah mengigau teruk macam kau! Pergi basuh muka, tukar baju tu! Nasib baik aku bangun sebab nak ke bilik air tadi. Kalau tak, hancur bantal tu kena lenyek. Silap hari bulan, kau berjalan masuk dalam tasik pun tak sedar,” bebel Benn bagaikan tak mahu berhenti.

Wardah terpisat-pisat bangun. Jam di telefon bimbit direnung sungguh-sungguh. Empat pagi? Kelam-kabut dia bangun berdiri. Betul! Dia masih berjubah yang dipakai ke program semalam. Ya, Allah… entah bila dia terlena.

“Gunting! Gunting! Kau nak buat apa dengan gunting, hah?” Sergah Benn lagi. Terkelip-kelip sepasang mata Wardah.

“Aku… aku… err… tak ada apa-apalah. Aku nak ke bilik air. Kau tidurlah ya.” Ujar Wardah, malu-malu sendiri bila teringatkan peristiwa tadi. Mimpi rupanya!

Benn ketawa mengekek dan mengejek sambil merebahkan tubuhnya semula ke tilam empuk.

“Wardah… Wardah… ada-ada sajalah kau ni.”

Wardah tersengih, tidak menjawab. Cepat-cepat dia menghilangkan diri di dalam bilik air.

Pagi itu mereka belajar menunggang kuda. Menggeletar hati Wardah tetapi dilindung sedaya mungkin. Menyakini diri bahawa sunnah berkuda itu membawa banyak kebaikan untuk dirinya, dia gagahi juga untuk menyertai yang lain. Sepertimana yang disabdakan Rasulullah SAW:

‘Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah.’ – Riwayat Bukhari/Muslim.

Sebelum belajar menunggang, mereka diberi taklimat ringkas tentang hikmah berkuda. Memang banyak sekali manfaat menunggang kuda selari dengan sabda junjungan Rasulullah SAW. Selain dari membantu membaiki imbangan dan menguatkan otot serta membentuk kelembutan, menunggang juga membantu individu yang mempunyai masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, kesabaran dan disiplin yang tinggi. Tapi yang paling penting untuk orang seperti Wardah ialah untuk mengatasi ketakutan.

Wardah tahu masalah dirinya. Di sebalik keberanian yang dipamerkan, dia sebenarnya menyembunyikan ketakutan. Gementar. Itulah yang sering menguasai diri. Merasakan diri sebatang kara membuatkan dia merasa serba tidak sempurna, serba kekurangan. Kadang-kala Wardah mengurung diri bagi mengatasi sifat gementarnya. Mujur bimbingan umi dan abi yang mengetahui kelemahannya selama ini banyak membantu namun sesekali perasaan itu tetap menguasai diri.

Untuk pertama kalinya juga Wardah dan Benn mengetahui tentang seorang perempuan pemanah berkuda kerana gambarnya yang besar melatari salah satu dinding di situ. Erina Emelina Ismail. Wah! Benn dan Wardah serta yang lain memang teruja melihat ketangkasannya yang terpamer dalam gambar itu. Bertudung lagi! Langsung Erina, Pemanah Berkuda Wanita dari tanahair itu menyuntik semangat dalam diri Wardah untuk jadi lebih berani. Benn pula tiba-tiba berangan untuk menjadi sehebat Erina. Ahh… Benn! Kalau berangan, mesti yang hebat-hebat belaka!

Panduan keselamatan diperincikan kepada kakitangan Kaustik. Masing-masing terangguk-angguk. Kemudian seekor kuda dibawa ke hadapan mereka untuk sesi mengenali susuk tubuh kuda. Seterusnya, yang paling menyeronokkan adalah sesi berkomunikasi dengan kuda. Wardah yang mulanya cuak melihat kuda yang besar dan tinggi dengan kaki-kakinya yang berladam besi itu mula merasa teruja untuk mendekati dan menyentuh kuda itu sekaligus bercakap dengannya. Namun debaran di dada tetap ada. Kuda bila dilihat dari dekat nampak ganas tetapi adakalanya manja. Akhirnya masing-masing tampil ke depan untuk bermesra dengan kuda-kuda yang dibawa keluar oleh pasukan berkuda yang bertugas hari itu.

Demo menunggang kuda dipertontonkan satu demi satu. Bermula dengan berjalan, berlari agak cepat atau trot, berlari pantas atau canter dan memacu atau gallop. Semuanya nampak mudah dan menyakinkan. Nampak saja! Bisik hati Wardah. Rama-rama sudah banyak berterbangan di dalam perutnya. Peluh dingin memercik di dahi. Tapi, demi Rasulullah SAW, dia tetap akan melakukannya. Moga berkat sabda nabi, sifat gementarnya selama ini dapat diatasi.

Azam memerhati dari jauh apabila giliran Wardah pula belajar menunggang. Manis berbaju kemeja longgar dengan seluar khaki. Dia memakai topi dan kasut boot yang disediakan oleh RPLB. Nampak dari jauh, Wardah nampak ketakutan dan teragak-agak sampai tidak sedar kaki Azam mula melangkah untuk mendapatkannya. Namun apabila melihat Wardah semakin bersemangat bila sudah berada di atas kuda. Dia dibawa berjalan oleh petugas mengelilingi lapangan berkuda itu perlahan-lahan. Lama-kelamaan, Wardah sudah mampu menunggang kuda bersendirian. Satu pencapaian dalam masa yang singkat!

Dalam lega, hati Azam masih dipagut resah. Kelibat Zakuan tidak kelihatan sejak pagi tadi. Azam tahu dia pasti ke tapak semaian pokok jati seperti yang dikatakannya semalam. Entah bagaimana dia dapat mengubah pandangan Zakuan terhadap Wardah. Semalaman dia berfikir tetapi hingga ke saat ini dia masih buntu. Dia mengharapkan tengahari nanti, dia dapat membuat Zakuan mengubah fikiran. Wardah mesti tetap menjadi calon anugerah itu. Dan selepas majlis itu nanti, Wardah mesti dijauhkan dari Zakuan!

Advertisements

3 thoughts on “Siri Novel KALAU AKU KAYA Bab 7

  1. Salam juea..
    Allah bagi nikmat demam hari ni supaya has ade masa nak baca KAK.
    Ade sikit keliru.. bab 1 benn bersembang dgn “far”. Tapi bab seterusnye dah jadi “arda” atau “wardah”. Slalunye bila kite sembang2 dgn bff kita.. kita akan gune 1 je nama panggilan manje n name rasmi.
    Overall setakat 5 bab ni.. has rasa gaya jueaa lebih santai.. bahasa yg digunakan kurang berbunge tapi lebih tepat dan padat.
    Sedap nama benn.. hihi.. keep writing.. still x dapat feel lagi dgn watak2 utama.

    Liked by 1 person

    • Opps.. sorry.. dah bace sampai chapter 7.. u wrote something that close to your heart. Publishing.. designer la katekan..

      Bace KAK ni mcm mkn cup cake.. santai je makan.. nak buat susah.. hihi

      Liked by 1 person

  2. Salam dear Has,

    Allah! Janganlah macam tu… moga Has dah sihat walafiat lepas baca KAK hehe…

    Fasal nama tu… haaa… itulah jadinya bila main tulis tanpa plot bagai… actually asalnya nama farhah tapi memikirkan watak ini agak kritis, kebetulan ada kwn nama yang sama, Juea tukar kepada Wardah… yang tak tertukar tu ter’miss’ lah tu… but thanks a lot for highlighting it… Juea belum edit… panas terus dari oven…

    yup, KAK lebih santai sebab Juea cuba sesuaikan penulisan dengan pilihan bahan bacaan pembaca novel era ini yang lebih suka kepada yang santai, Malah MPR memang diakui agak berat. Minda @ ilmu dalam KAK tak kurang beratnya jadi Juea cuba sampaiklan sesantai yang boleh. Bak kata seorang editor, akur supaya tak terkelar dari persaingan huhu… Dilema penulis, I guess…

    Tapi tak salah mencuba kan… itu pun kejap jadi kejap tak haha… Juea cuba nak buat romantik komedi ni tapi penulis sendiri pun taik tergelak. Hancurlah!

    So, it turns out to a just a cupcake huh? goal achieved I hope!

    Thanks a zillion for your kind words and comments, Has… appreciate it as always…

    Take care!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s