WANITA – Kau Teristimewa

cute valentines day Cartoon Couple love (2)

‘KAHWIN PAKSA’
Bahagian I

Kahwin paksa? Boleh bahagia? Ingat hidup ni macam novel ke? Tak semudah itu hati boleh berubah!
MasyaAllah! Intro pun dah terasa peritnya. Belum lagi mengharunginya. Kalau tengok filem, memang ramai yang menangis bila hero tak dapat kahwin dengan heroin tetapi terpaksa menerima orang lain sebagai suami. Mujur pengarah sentiasa mahu menghiburkan penontonnya. Hujung cerita, hero mesti dapat bersama dengan heroin. Kalau macam tu, memanglah best! Tapi hakikat dalam kehidupan? Berbeza kan? Sebab tak ada pengarah yang boleh tukar skrip cerita?

Jodoh. Allah kata itu hak-Nya dalam menentukan jodoh. Jadi bila seorang wanita dijodohkan dengan lelaki yang tidak disayanginya, apakah itu salah Allah? Allah Maha Benar, bukan? Kita tak pernah sangsi. Allah Maha Baik. Itu pun kita tak pernah sangsi. Jadi kalau jodoh dari Allah itu bukan kehendak kita, kenapa kita sangsi?

Bagaimana hendak bahagia? Di mana bahagianya kahwin paksa? Kalau bukan derita sepanjang hayat?
Duhai wanita kesayangan Allah, mari kita menyusur waktu. Kerana Allah telah menitipkan model-model wanita terbaik sebagai contoh dan ikutan. Allah tidak pernah membiarkan para wanita yang dicipta-Nya dengan kehalusan rupa dan budi terus hidup tersiksa sepanjang umurnya.

Allah menciptakan wanita pertama yakni Hawa yang menjadi pelengkap dalam hidup Nabi Adam AS. Kelembutan hati wanita mudah diperalatkan syaitan dan iblis yang durjana sehingga tanpa sedar dia menjatuhkan suami kesayangan hingga tercampak keluar dari syurga Allah. Namun di sebalik kelembutan itu, hatinya kuat bertaubat dan berpaut kepada Allah hingga dia diampunkan dan dikembalikan ke sisi suami tercinta.
Itulah bukti tentang kelemahan, kelembutan dan kekuatan dalam diri wanita ciptaan Allah SWT. Apakah kita temui itu dalam diri kita?

Allah jadikan Khadijah seorang wanita bangsawan berhati mulia. Lihat saja jiwa juang dan pengorbanannya yang luar biasa malah hadirnya di sisi Rasulullah SAW sebagai kekuatan di kala Nabi memerlukan. Siapa kata wanita itu tiada peranannya di sisi suami dan kepada manusia? Tetapi apa yang berlaku kepada kita para wanita yang berharta dan berjawatan tinggi hari ini? Apakah kita bermanfaat kepada suami dan masyarakat? Sedangkan model wanita berharta itu sudah Allah tonjolkan di dalam Al Quran dan mendapat tempat yang tinggi di hati Rasul yang mulia.

Kemudian Allah jadikan pula seorang wanita miskin yang berhati mulia, cantik dan amat istimewa yakni Siti Fatimah. Bagaimana seorang yang miskin sepertinya dianugerahkan jodoh yang miskin juga tetapi tetap berkorban apa pun yang ada padanya hatta separuh biji kurma? Ternyata sifat suka berkorban dan menolong orang itu bukan terletak pada harta tetapi pada jiwa. Redhanya di tangga teratas kerana menerima Saidina Ali yang tidak punya apa-apa sedangkan dia puteri kepada Rasulullah SAW. Bagaimana tahap redhanya kita? Hidup dalam serba ada tetapi hati masih gelisah kerana suami tidak seperti yang diimpikan?

Allah jadikan pula seorang Siti Aisyah yang amat istimewa kerana ketaqwaan dan kebijaksanaannya sehingga menjadi pendokong kepada Nabi, para Sahabat dan perjuangan Islam. Bagaimana dengan kita? Apakah ijazah dan iman yang ada di dada memberi kekuatan kepada suami dan Islam?
Seterusnya, di antara ramai lagi wanita model kesayangan Allah, hadir seorang Siti Asiah yang diuji Tuhan dengan jodoh yang bukan pilihannya, Firaun! Sepanjang usia Siti Asiah dalam derita kerana bersuamikan lelaki yang kufur dan zalim. Tetapi bagaimana Siti Asiah? Dia bahagia di syurga sebelum syurga.

Apakah jodoh yang Allah berikan kepada kita, yang bukan pilihan kita lebih zalim dari Firaun? Jujur saya katakan, apa yang dikongsikan di sini bukan sekadar teori dan ilmu yang dikutip. Tetapi berdasarkan pengalaman diri dan masyarakat sekeliling. Hujung setiap permasalahan tetap sama jawapannya. Diri. Dan apa yang ada dalam diri kita sebenarnya.

Apa yang dipaparkan dalam beberapa buah novel dan drama dalam soal kahwin paksa memang menarik perhatian kita. Bergaduh, benci-membenci, namun bila sudah selalu bersama, hati mula jatuh sayang. Bila ujian melanda, hati semakin terikat dan akhirnya jatuh cinta. Maniskan?

Bagi yang kahwin paksa pasti beruntung jika apa yang berlaku dalam novel dan drama itu menjadi realiti. Bahagia! Tetapi apakah dasar dan tunjang kebahagiaan itu cukup kukuh untuk terus bertahan di kala ujian tiba?

Lebih perit jika semua yang dipaparkan itu tidak menjadi dalam dunia realiti. Benci-membenci itu berterusan dan berlarutan sampai rasanya tidak ada ruang lagi untuk bertahan, tidak ada kekuatan lagi untuk menempuhnya. Siksa sungguh kan? Jadi apa istimewanya jadi wanita, ya Allah?

Wanita itu hanya menjadi yang teristimewa bila dia ada iman. Iman yang sebenar-benar iman. Kerana wanita beriman itu, hubungan dengan Tuhannya kukuh. Bahagia. Kebahagiaannya dengan Tuhannya tidak tergugat dek ujian melanda tidak kira dari suami atau keluarga mahupun masyarakat sekeliling. Aduh! Payah untuk jadi wanita teristimewa bukan? Kerana untuk jadi beriman itu tidak mudah.
Mudah! Mudah sebenarnya. Mudah jika kita kenal Allah. Kerana Allah itu punya segala sifat luar biasa. Sifat-sifat Allah adalah sifat-sifat yang kita sangat suka. Allah Maha Penyayang, Maha Baik, Maha Mendengar, Maha Lembut dan ahh… Allah terlalu istimewa. Mustahil untuk kita tak jatuh cinta kalau kita kenal Allah.

Kemudian kita harus kenal diri. Kita ini ciptaan Allah. Kita ini serba serbi tidak sempurna. Kita wanita memang hakikatnya kurang sedikit dari lelaki. Contohnya tenaga kita tidak sekuat mereka. Mungkin kematangan kita agak kurang dari kebanyakan lelaki. Keupayaan kita agak terbatas berbanding lelaki. Tetapi kita tetap istimewa. Terlalu banyak keistimewaan pada kita sampai lelaki tidak boleh hidup tanpa kita. Hmm… hmm… itu hakikat, okey!

Yang lebih istimewa ialah kita ada Allah. Dalam setiap kekurangan kita, kita boleh minta kepada Allah untuk disempurnakan. Dalam setiap keperluan kita, kita boleh minta pada Allah untuk dipenuhi-Nya. Allah yang Maha Baik itu tidak akan menghampakan kalau betul cara kita memintanya.

Berbalik kepada tajuk asal tadi, kahwin paksa. Apa hikmahnya, ya Allah? Cuba ingat balik asal kejadian kita. Allah memerintahkan agar apa juga yang kita lakukan adalah kerana-Nya. Betul tak?
Cuba bandingkan di sini, antara kahwin paksa dan kahwin kerana cinta. Haa… rasanya ini cara paling mudah, mungkin. Bermula dengan malam pertama, jeng… jeng… jeng… bagi yang kahwin kerana cinta, ahh… dunia ini mereka yang punya! Tetapi apakan malam pertama itu tinggi nilainya di sisi Allah? Apakah ia benar-benar menjadi ibadah semata-mata kerana Allah atau niat mungkin kabur di antara nafsu dan gelodak asmara cinta?

Tetapi bagi yang kahwin paksa, ini adalah permulaan derita dan airmata!

“Aku tak rela!” Itu antara skrip yang selalu dilontarkan. Dia menahan diri, nafsunya meronta. Kalau diikutkan hati, dia mahu lari saja. Tetapi memikirkan masa depan dan keluarga, dia merelakan. Sayang sekali, deritanya tiada pahala. Allah hanya memandang sepi kerana saat dia diuji, dia tidak juga mahu berpaut kepada Allah. Dia tidak juga mahu mengaku lemah dan bergantung kepada Allah. Amat rugi bagi wanita bila dia diuji, dia semakin jauh dari Tuhannya. Ruginya berganda. Derita di dunia, derita juga di Akhirat sana.

Berbeza bagi wanita yang cintakan Allah, dia redha dengan apa yang berlaku. Redha di sini bukan bermaksud ‘menerima’ atau ‘redha je lah’. Tetapi benar-benar redha dengan Allah yang mencaturkan. Dengan bismillah dan airmata yang mengalir senyap di pipi, dia merelakan dirinya disentuh lelaki yang TIDAK dicintainya semata-mata kerana CINTAnya kepada Allah SWT. Maka seluruh malam pertamanya adalah ibadah yang amat tinggi kepada Allah. Walaupun di dunia, wanita ini sedang menderita nafsunya tetapi rohnya amat berbahagia dengan Tuhannya kerana apa yang dilakukan adalah kerana CINTA yang lebih agung. Tidak hanya cinta kepada sesama manusia.

Bagi wanita yang tidak cintakan Allah, hatinya sengsara kerana terpaksa mengalah kepada keadaan, terpaksa berserah kepada lelaki yang tidak dicintai dan terpaksa membiarkan nafsunya terpenjara dan sengsara. Lebih dahsyat kalau dia menyalahkan takdir. Rugilah bagi wanita yang tidak kenal Allah kerana dia tidak tahu rahsia betapa sebenarnya dia terpilih dan istimewa di sebalik ujian itu.
Itu baru babak malam pertama! Ada banyak lagi rahsia di sebalik ‘kahwin paksa’. Tetapi kita sambung di lain masa sebab penulis dah penat menaip. Moga apa yang dikongsikan di sini dapat membuka minda kita untuk ditafakurkan dan rahsia itu dapat difahami dan diamalkan dalam kehidupan kita. Wallahualam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s