Siri Novel MAKNA PADA RASA #Teaser#02

Assalamualaikum wbr…

Post kali ni teristimewa buat yang merindui Nuqman dan Puteri…

Moga sabar menunggu ya!

#Tunggudengandoa# wink!wink!

Suara riuh-rendah dari arah lif mengalih perhatian Puteri. Dia tersandar semula di tempat duduk, menunggu orang-orang yang baru keluar dari lif itu bergerak ke kenderaan masing-masing sebelum dia memandu keretanya keluar dari ruang parkir. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah seorang lelaki yang segak bersongkok terpacak berdiri di tepi jalan seolah-olah sedang menunggu seseorang datang menjemputnya. Bersongkok?! Sebaik sahaja lelaki itu memandang ke arah kereta Puteri, wajahnya kelihatan lebih jelas. Dan lelaki itu… Nuqman!! Itu Nuqman!!

Kemudian dia ternampak ada seorang wanita yang tinggi lampai, berjubah dan bertudung labuh serta menutup sebahagian dari mukanya berdiri dekat dengan Nuqman dan bercakap-cakap dengannya. Mereka kelihatan gelisah, asyik memandang ke sekeliling. Bibir Puteri ternganga, terkaku memandang. Dengan perempuan lain pula??! Nuqman sudah melampau!! Pagi tadi dengan aku, petang dengan gadis lain, malam dengan perempuan lain pula??! Hati Puteri menjerit-jerit macam orang hilang akal. Dia tidak dapat menahan diri lagi lalu membuka pintu keretanya. Nuqman mesti diajar!

Bunyi tayar berdecit dan enjin kereta yang sedang memecut laju bergema di ruang parkir itu menyentak Puteri membuatkan dia tidak jadi melangkah. Sebuah kereta dipandu laju melewati keretanya dan berhenti agak mengejut di hadapan Nuqman dan wanita tadi. Nuqman membuka pintu tempat duduk belakang dan wanita itu masuk tergesa-gesa. Belum sempat Puteri hendak melangkah, sekali lagi bunyi tayar berdecit dan sebuah kereta meluru datang lalu berhenti mengejut lebih kurang dua meter dari tempat Puteri berdiri. Serentak itu, pemandu dan dua orang lagi keluar dari dari kereta. Pergerakan mereka terlalu pantas tanpa suara dan…

“Go! Go!” Suara Nuqman menjerit dan kereta yang menjemputnya tadi dipecut pergi tanpa Nuqman. Saat itu juga, Nuqman yang tidak bersedia sudah dikilas tangannya ke belakang dan di hadapannya, seorang lelaki lagi mengacukan pistol tepat di dahinya. Puteri yang terlalu terperanjat, menjerit sekuat-kuat hatinya dan serentak itu terdengar suara riuh-rendah, mungkin dari arah pintu lif yang baru terbuka. Lelaki yang memegang pistol tadi dengan yang seorang lagi berlari semula ke kereta tetapi yang memegang Nuqman cuba menolaknya ke jalan raya. Nuqman mengambil kesempatan itu untuk melawan dan mempertahankan diri. Puteri pula bertindak melemparkan telefon bimbit ditangannya ke dalam kereta melalui pintu belakang yang terbuka sebelum kereta itu bergerak ke depan.

Tiba-tiba terdengar bunyi satu das tembakan dilepaskan dari kereta yang sedang bergerak itu sebelum dipecut pergi. Sekali lagi Puteri menjerit sekuat hati sampai terpejam matanya. Tubuhnya menggigil ketakutan. Perlahan-lahan dia membuka mata dan melihat Nuqman dan lelaki tadi rebah di jalan. Saat itu, nafasnya seakan terhenti. Nuqman!! Namun kakinya menjadi terlalu lembut, tidak mampu lagi hendak bergerak.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s