HAKIKAT CINTA di PBAKL 2015

hakikat%20cinta

HAKIKAT CINTA – Sebuah Antologi Cerpen
12 buah cerpen untuk dihayati – Dapatkan di PABKL 2015!
Booth HA 43, Pustaka Rihaz, Aras 2, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, KL

** HAKIKAT CINTA **

… Salman tiba-tiba berubah. Dalam diuji, ramai yang datang memujuk dan memberi harapan. Namun bila bertemu Saidah, Salman asyik bertingkah. Pantang tersalah kata, marahnya berhamburan. Dipujuk salah ditegur pun salah. Saidah jadi lemas. Akhirnya Salman diam membisu seribu bahasa.

Tidak mahu mengundang kemusnahan sesama, Salman memilih untuk mengundur diri dan menyerahkan kepada yang dikatakan lebih layak dari dirinya. Dan kemuncak kebisuan itu, dia pergi meninggalkan daerah ini. Dia pergi tanpa kata. Terutama kepada Saidah yang setia menghimpun segala rasa segala duka.

Jadi, apa lagi Salman? Saidah menjerit melepaskan rasa yang terbuku sekian lama. Namun suara tidak terlepas dari kerongkongnya. Dia tunduk mencari kekuatan.

Aku hanya wanita yang akur dengan apa yang tertulis pada takdirku. Selama ini aku mengutip rasa menghimpun kasih hingga menggunung segala sayang dan cinta, hormat dan kagum, rela untuk menyerahkan diriku sebagai isterimu. Janjiku pegang untuk tunduk, taat dan patuh padamu. Dirimu kujulang ke puncak. Di kakimu aku tumpang berteduh, bersandarkan kekuatan dan berpayungkan kasih.

Dalam segunung rasa itu, lurah pipi tidak kering dek airmata bila aku diuji kebenaran kata. Dukaku terhimpun di tasik tangis bila dirobek cemburu. Tambah parah bila hati dituris duri ujian apatah lagi dirimu menjadi rebutan. Fitnah dan salah sangka datang meracuni kepercayaanmu padaku. Kadang-kadang tercalar sungguh dek kasarnya kata dan tingkahmu. Namun aku tetap di situ kerana kasih sudah sebati untukmu.

Bila tiba keutuhan dirimu diuji Tuhan, bagaikan letupan gunung berapi mengocak bumi! Segunung rasa yang kuhimpun turut bergegar. Aku ribut antara fikir dan rasa. Aku berlari untuk mendamaikanmu. Ingin kusejukkan amarah dan mahu kuredakan gelodak kecewamu. Dalam kekalutan aku tersadung tingkah tersalah kata. Lalu kau himpunkan semua dan menujah jarimu. Bahawa akulah racun yang menabur bisa! Hidupmu jadi musnah tak keruan kerana aku gunting dalam lipatan!

Tuhan!!

Aku tersungkur sujud ke bumi. Matahari tidak lagi sanggup memandang. Langit cerah bertukar mendung kerana tidak lagi mahu menanggung bebannya awan. Aku basah dihempas hujan amarahmu. Aku menggigil gementar kerana kau katakan aku derhaka. Raungan hatiku bergema seluruh alam. Wanita derhaka tiada harga. Tidak layak bergelar isteri setia! Tolong selamatkan aku! Ampunkan aku! Taubatkan aku!

Jasadku tercampak jauh darimu. Diriku terusir dari hatimu. Aku meratap mencari jawapan. Segunung rasa yang kuhimpunkan terbiar melata. Sudah tiada siapa mempedulikannya.

Aku bersendirian mencari jawapan. Namun aku tidak putus harapan. Kudogak ke langit memanjat doa. Hatiku parah mengutip dosa menghimpun sesalan lalu kupanjatkan taubat. Aku sedar bahawa aku tidak sempurna. Hatiku belum luhur, penuh bernoda. Aku juga lemah, tidak bijak membuat perhitungan dan pertimbangan.

Namun siapalah yang sudi mempedulikan pengaduanku. Jijik, hina dan sumbang bagi setiap halwa telinga. Hikmahnya sungguh menyedarkan aku. Bahawa diri sudah tidak punya sesiapa lagi. Melainkan Dia yang menciptakan aku…

[Apakah pengubat duka Saidah? Dapatkan HAKIKAT CINTA – Sebuah Antologi Cerpen oleh Azura Abdullah di Pesta Buku Antarabangsa, Booth HA 43, Pustaka Rihaz, Aras 2, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, KL]

** JAWAPAN BUAT PUTERI **

… Twinberry cheesecake tiba dengan hiasan kartun gadis bertocang buat mereka ketawa. Jantung Puteri berdebar. My favourite cake! Dan muka kartun tu…

“Macam Puteri!!” Teriak teman-temannya sebaik saja kek itu diletakkan di atas meja.

“Especially for you, girls… and Mr. Nuqman…”

Bukan main waitress seorang ini. Riak cemburu mula bergelombang. Sudahlah sedari tadi Diana asyik melentok ketawa dengan jenakanya sendiri. Salah aku juga… aku beritahu dia yang Nuqman hanya kawan. Apalagi, memancing sakanlah dia! Hati Puteri semakin terbakar. Benci!!

Setelah menghantar kawan-kawannya balik ke hostel, Nuqman menghantar Puteri pulang sekali gus mahu menziarahi ayah mertuanya.

“Hmm… letih betul hari ni. Ingatkan tadi nak relaks, rehatkan otak sambil makan aiskrim. Tak sangka kena entertain kawan-kawan awak.” Suara Nuqman memecah kesunyian.

“Salah awak! Rajin sangat melayan. Bukan main ramah kalau dengan perempuan!” Puteri mendengus. Tambah sakit hati dengan bisikan Diana, ‘…he’s gorgeous! And he said, I can ask you for his number!’ Diana begitu teruja dengan Nuqman. Fine! Bentak hati Puteri. Kita tengok siapa Nuqman sebenarnya!

“Sebelum mereka tanya saya macam-macam, lebih baik saya yang bertanya.” Selamba dia menjawab tanpa menoleh sedikit pun.

“Berani betul remaja sekarang ya? Kawan awak minta nombor saya. Pandai-pandailah awak jawab. Saya bukan lelaki yang suka diganggu.”

Puteri tertelan airliur. Dia macam tahu apa yang ada dalam fikirannya. Betul juga! Kalau mereka yang bertanya, macam mana hendak dijawab? Nanti pecah rahsia! Puteri mengeluh panjang. Terasa bersalah pula kerana menyusahkan Nuqman. Sedangkan dia sebenarnya keletihan…

Ohh… No! I sound like a wife!

You ARE a wife!

Abah!!

[Jawapan Untuk Puteri adalah kisah awal CINTA PUTERI vs NUQMAN aka MAKNA PADA RASA yang disiarkan dalam blog darimindaketinta.wordpress.com – Dapatkan HAKIKAT CINTA – Sebuah Antologi Cerpen di Pesta Buku Antarabangsa, Booth HA 43, Pustaka Rihaz, Aras 2, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, KL]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s