Siri Novel MAKNA PADA RASA Bab 30

Salam semua…

New entry as promised. Rasanya bab ni paling susah Juea nak tulis sebab terlalu berat dan pedih. Emosi sangat-sangat terusik. Juea ketengahkan juga untuk penghayatan kita bersama. Would love to hear your thoughts and comments… to share the pain dan strength… with them. kita bersatu dalam doa.

Khuda Hafiz.

Bab 30

Puteri menarik nafas panjang berkali-kali, cuba menenangkan diri. Kemudian dia melangkah menghampiri jendela. Langsir diselak. Permandangan bandaraya Istanbul terhampar di ruang mata. Bandaraya nostalgia dunia itu kini pesat dengan perkembangan ekonomi dan kebudayaan di antara dua benua dan juga dunia. Bagaikan mimpi bagi Puteri untuk menjejaki kota yang ke tujuh paling ramai dikunjungi pelancong di dunia ini.

Kalau boleh dia mahu berlama-lama di sini. Banyak sungguh tempat yang ingin dia jelajahi dan terokai. Apatah lagi selepas melihat sepintas lalu bangunan-bangunan bersejarah itu dari atas cruise semalam. Meneroka Istanbul bersama Nuqman… Ah! Indahnya…

Tapi hatinya mendesak untuk pulang. Dia mesti jumpa Taufik dan Maliha. Kalau apa-apa berlaku nanti, dia akan rasa bersalah seumur hidupnya sekiranya dia hanya membiarkan perkara ini berlaku. Fail kuning di atas meja itu dikerling dengan ekor mata. Cemasnya! Apa yang Taufik sedang lakukan sebenarnya? Dia tak dapat nak bayangkan bagaimana kehidupan Maliha jika Taufik benar-benar terlibat. Lebih dahsyat lagi kalau Taufik mengheret Maliha sekali dalam kancah keganasan itu. Tak mungkin!

Fail kuning itu dicapai. Hatinya mula berdetak cemas. Helaian demi helaian diselak setelah isi kandungannya dibaca. Kebanyakannya adalah gambar-gambar yang memaparkan pesanan yang dihantar melalui aplikasi whatsapp di antara Taufik dengan rakan-rakannya. Melihat pada nama-nama yang tertera, agak ramai juga dalam kumpulan yang mereka namakan Pedang Zulfakar itu. Perbincangan mereka berkisar tentang syarat-syarat wajib jihad dan persiapan diri yang mesti dibuat untuk melepasi tapisan kumpulan-kumpulan mujahiddin.

Ya! Mereka berbincang tentang mujahiddin. Bukan ISIS! ISIS dengan mujahiddin tak sama? Tapisan? Dahi Puteri berkerut. Nak pergi mati pun kena ada tapisan? Hatinya sinis bersuara geram.

Dia membaca lagi. Cemas semakin membuak di dada. Kumpulan ini benar-benar serius. Mereka mencari tapak untuk berlatih menjadi pejuang sebelum pergi berjihad. Serbuan ke beberapa lokasi di Kedah oleh pihak berkuasa membuatkan mereka semakin berhati-hati. Ha! Tahu pun takut? Dengan pihak berkuasa, mereka takut? Dengan puak pengganas, mereka tak takut pulak? Mereka ni memang pelik! Hati Puteri menggerutu.

Selain daripada itu, dana juga menjadi topik hangat. Berbagai-bagai cadangan dibincangkan. Antaranya mencari penaja dan membentuk kumpulan yang dapat membangunkan ekonomi untuk menampung keperluan jihad. Oh Taufik! Aku betul-betul ingat engkau nak bukak restoran lepas habis belajar…! Puteri mengeluh panjang lalu tersandar di kerusi. Macamanalah Taufik boleh terlibat dengan kumpulan-kumpulan ini?

Nuqman keluar dari bilik air. Puteri cepat-cepat tunduk melihat kertas-kertas di tangannya. Sepatutnya dia keluar dari bilik itu! Kenapalah tak terfikir dari tadi?! Sekarang, siapa yang tak tentu arah. Sudahlah mata ni degil tak mendengar kata! Hendak jugak menjeling ke arah Nuqman yang sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil. Dia hanya bertuala menutup pusat hingga ke lutut seperti tadi. Selalu tengok perempuan seksi, dia tak rasa apa-apa. Tapi bila Nuqman seksi macam ni, dia tersiksa!

Nuqman perasan yang Puteri sudah gelabah. Dia sendiri pun janggal. Tak pernah berada dalam keadaan itu dengan perempuan. Tapi… Eh! Itu kan isterinya. Dia harus biasakan. Apatah lagi dengan isteri yang berlagak dingin terhadapnya. Hmm… Nuqman mula mengira-ngira sendirian. Apa kata kalau… dia goda isteri sendiri? Sampai isterinya mengalah dan menyerah! Nuqman tahu dia boleh guna cara paksa atau pujuk. Teringat cara-cara Rasulullah dalam menawan hati para isterinya, Nuqman tersenyum sambil menjungkit kening sebelah. Paksa bukan caranya.

Dia tak jadi hendak mengambil baju dari almari baju. Sebaliknya dia mencapai sikat. Rasanya itulah kali pertama dia menyikat rambut penuh gaya di cermin sambil memerhati Puteri yang tak senang duduk di kerusinya.

“So, serius ke Ika nak balik?” Punggungnya dilabuhkan di meja, hampir dengan tangan Puteri yang masih memegang fail. Puteri terdiam. Dan semakin lama, fail itu seperti semakin bergetar.

“Y-ya… Ika… eh… sssaya nak balik…” Puteri menelan liur berkali-kali. Tubuh itu terlalu dekat. Haruman mandiannya yang masih kuat melekat membuatkan nafasnya turun naik. Lari, Puteri! Lari sebelum terlambat!

Tap! Fail tertutup rapat. Puteri bingkas berdiri.

“Eh! Nak ke mana? Kan nak bincang?” Terkejut Nuqman dibuatnya. Dia ikut berdiri. Dalam hati, jenuh menahan gelak. Kuat juga penangan auranya! Puteri terkulat-kulat tak pasti nak berkata. Kakinya tiba-tiba terpaku tak mahu melangkah. Nuqman cepat bertindak. Dia melangkah ke belakang Puteri, menyekat pergerakannya.

“Ika cadang nak balik bila?” Dia cuba bersuara selamba.

“Hari ni! Ya… hari ni! Anytime kalau flight ke KL ada…” Laju Puteri menjawab.

“What!” Nuqman terkejut sungguh. No way! Bentak hatinya. Kedua bahu Puteri dipegang dan dipusingkan supaya gadis itu mengadapnya.

“Ika baru tiga hari kat sini, takkan dah nak balik? Banyak tempat lagi Ika tak pergi, tak jelajah…,” Nuqman cuba memberi alasan. Hati saya pun awak tak sempat jelajah lagi, sambungnya di dalam hati.

“Saya tau…,” Puteri buat muka sedih. Tapi memang dia sedih. Sedih nak tinggalkan Nuqman… Eh! Nak tinggalkan Istanbul! Akalnya cepat-cepat membetulkan.

But being so close with him like this… PUTERI ZULAIKHA!! Hatinya menjerit memberi amaran.

“Then, don’t go. Everything else can wait for a while… let’s explore Istanbul, get to know Istanbul better? Hmmm…?” Nuqman memujuk lembut. Telapak tangannya menyentuh pipi Puteri. Ibu jari mengusap bibirnya. Puteri terkedu. Sentuhan itu mematikan akalnya. Melemahkan semangatnya. Dia menelan liur, mengalihkan pandangan. Tolong aku, Tuhan!

“Ika… tell me that you’ll stay…” dagunya diangkat, memaksa dia menatap wajah sayu merayu Nuqman. Puteri memejamkan mata.

“Ika?!” Bahu Puteri disentak Nuqman. Puteri meletakkan kedua tapak tangan ke dada Nuqman, cuba menjauhkannya. Tapi… bulu dadanya di tapak tangan… membuatkan Puteri lupa apa yang hendak dikatakannya. Jemarinya menyentuh dada Nuqman yang bidang dan sasa. Merasakan keasyikan jemarinya di antara bulu roma. Matanya juga terpaku di situ. Nafas Nuqman hangat di ubun-ubunnya. Puteri tak mampu berfikir lagi.

“So, you’ll stay, hmm…”? Nuqman benar-benar mengharap. And explore me! Hatinya nakal menyambung.

Puteri menelan liur. Hatinya memang tak mahu pergi. Sh-should I stay…?

Maliha! Ingat Maliha! Dia perlukan kau, Puteri! Puteri cuba menepis rasa-rasa itu. Sedaya upaya…

“Maliha… Liha nak bertunang. I’ve got to be there for her…” Puteri membuka mata, memaksa seluruh diri bersuara. Memandang Nuqman dalam-dalam. Nuqman melepaskan keluhan panjang. Tangan di bahu Puteri akhirnya melingkar di pinggangnya. Susah untuk dia melepaskan Puteri kali ini…

“Ok… bila?” Dia mengalah.

“Sabtu ni…,” suara Puteri bagaikan hendak menangis. Lingkaran tangan Nuqman di pinggangnya… mengujakan!

“That’s three days away…!” Puteri hampir tersedak dengan suara Nuqman yang meninggi.

“Yy-ya! Sebab tu sssaya kena balik…!” Mukanya berkerut, mengharap. Sebab dia sudah tak kuat lagi nak bertingkah. Mahu saja dia memeluk Nuqman dan lupakan semua kebimbangan. Jantung berpalu terlalu kuat dengan irama yang tak menentu.

“Ika… majlis bertunang, kan? Balik hari Jumaat pun masih sem…”

“I have to stop her!” Ya! Semua itu mesti dihentikan. Semua ini juga mesti dihentikan. Kenapa tak tentu arah jadinya, Puteri??!

“What??!”

“That’s the only way to stop Taufik! I know him. Bukan mudah nak ubah Taufik. Dia kena tinggalkan semua ni kalau dia nak bertunang dengan Maliha…!” Ya! Itu saja caranya. Entah kenapa tiba-tiba dia terfikir begitu. Dan sebab lain ialah… aku perlu lari dari Nuqman sebelum aku semakin terjerat!

“Ika… you cannot jump to conclusion just like that! Takkan nak rosakkan majlis diaorang tak usul periksa dulu?”

“Sebab tu saya nak balik hari ni! Susah saya nak explain dalam telefon. Saya nak pastikan Taufik mengaku dan berjanji dengan saya. Kalau tak, saya takkan benarkan dia bertunang dengan Liha! TAKKAN!” Mata bundar Puteri semakin besar. Suaranya semakin tegas. Pandangan Nuqman menirus. Puteri tak sepatutnya bertindak sejauh itu tapi untuk membuatkan dia berubah fikiran, Nuqman tak boleh hanya memujuk.

“Ika tak boleh halang Taufik macam tu sekali…”

“Kenapa? Kenapa tak boleh?! Bukti dalam fail ni dah cukup kan…?”

“Sebab Ika tak tau kenapa Taufik dengan kawan-kawan dia ambik tindakan macam tu.” Terkelip-kelip mata Puteri, tak percaya.

“Kenapa? Awak tau?” Cabar Puteri. Sedangkan Nuqman langsung tak kenal siapa Taufik!

“Let me show you…!” Bahu Puteri dipusingkan dan dia disuruh duduk di kerusi. Lingkaran di pinggang akhirnya terlerai. Puteri terhenyak di kerusi. Tak pasti samada lega atau kecewa.

Laptop dibuka di hadapannya. Nuqman tunduk, muka hampir bersentuhan. Puteri menahan nafas. Jemari Nuqman pantas menekan papan kekunci dan membuka aplikasi. Senarai video berderetan terpapar di layar. Dia memilih salah satu lalu membukanya. Puteri tak dapat memberi fokus. Jarak Nuqman menganggunya. Hatinya belum reda dari berdebar.

Video ditayangkan memenuhi layar. “Awak tengok dulu…”

Nuqman beredar dari situ. Puteri mengikut dengan pandangan. Bagaikan tak mahu berjauhan…

“Fokus, Ika. Nanti Ika akan dapat jawapan kenapa Taufik pilih jalan tu…,” secepat kilat matanya kembali ke layar. Imej Nuqman yang bermain di mindanya terbang berserpihan entah ke mana.

Laungan syahadah dari video yang sedang ditayangkan mengejutkan Puteri. Imej hidup yang diambil di medan perjuangan menyentak mindanya, mengubah rentak jantungnya. Diselang-selikan dengan ucapan penuh bersemangat dari seorang lelaki berserban yang dialihbahasa di kaki layar memudahkan Puteri untuk memahami apa yang berlaku.

Bagaikan menonton filem ngeri, babak-babak menyayat hati mengunci Puteri di kerusi. Letupan dan bedilan di sana-sini. Kesannya yang amat dahsyat dirakam. Bukan hanya pada bangunan-bangunan yang rebah hancur menyembah bumi tapi lebih dahsyat kesannya kepada manusia yang masih bernyawa. Bukan setakat luka atau bermandikan darah sahaja tapi mereka dipaksa menyaksikan pembunuhan demi pembunuhan di depan mata. Kaum lelaki di tembak, ditikam dan ditetak sesuka hati di depan anak isteri! Perut Puteri senak menyaksikan paparan-paparan itu.

Kemudian imej puluhan mungkin ratusan kanak-kanak yang dikelar leher mereka kaku tak bernyawa terlayar di situ. Serta-merta Puteri memejamkan mata. Terbayang di ruang mata bagaimana anak-anak itu menggeletak bagai ikan yang disiang hidup-hidup! Airmata mengalir deras di pipinya. Mana mungkin wujud manusia sebegitu zalim?! Itu terlalu zalim dan lebih buas dari binatang buas! Tangannya memegang leher sendiri. Lehernya terasa sesak dan sakit walaupun tak langsung terluka.

Tuhan! Nafas Puteri sesak, rasa tak cukup oksigen bila menyaksikan rakaman itu. Tak sempat menghela nafas, imej seorang gadis dihumban dari sebuah trak yang penuh dengan lelaki ke tengah jalan yang dilitupi salji dalam keadaan hampir berbogel.

Dari suara latar video itu menjelaskan yang gadis itu ditangkap dan dirogol entah puluhan tentera Assad Basyar yang durjana dan dilemparkan di atas jalan di tengah-tengah bangunan yang hampir hancur itu. Keadaan hening dan sunyi kerana semua penduduk yang masih bernyawa bersembunyi ketakutan di balik dinding-dinding.

Puteri menekup mulut. Dia terjerit cemas dan pilu. Tangannya mendakap tubuh sendiri. Airmata sudah lencun di pipi dan leher. Semuanya mampu memandang dari balik dinding. Gadis itu masih hidup, bergerak-gerak lemah tak bermaya. Ya Allah! Raung Puteri. Tolonglah…

Seorang lelaki tak sanggup hanya memandang. Dia berlari membawa selimut, mahu menutup tubuh gadis yang sebelum ini menjaga auratnya. Dia menggigil kesejukan di atas salji. Tubuh lemah itu dibalut dan dirangkul ke pangkuannya untuk diselamatkan. Namun hanya sempat dua tiga langkah, tembakan dilepaskan bertubi-tubi ke tubuh lelaki itu tanpa belas kasihan dan dia rebah menyembah bumi bersama gadis malang itu.

“Noooo!!” Puteri meraung. Menangis menggigil. Kejam! Terlalu kejam! Lelaki itu kaku tidak bernyawa. Dan trauma gadis yang masih hidup itu berganda. Pilu, pedih tak terbayang lagi.
“Ika!! Syhh…. ok… ok… you don’t have to see the rest. I’m sorry! I’m so sorry…!” Nuqman yang sudab berpakaian lengkap terkejut. Segera dia memaut bahu Puteri yang teresak-esak menangis tapi matanya tetap terkunci dilayar. Nuqman menyentuh kekunci tapi dihalang Puteri.

“Let me see! Oh God… just let me see them…” rayunya tanpa mengalih pandangan. Nuqman terkaku seketika kemudian berundur ke belakang. Tangannya tak lepas di bahu Puteri, berkongsi apa yang dirasainya. Dia amat tahu…

Pembunuhan demi pembunuhan dan seksaan demi seksaan dipaparkan. Wanita-wanita direntap di mana-mana, diseksa, dirogol semahunya. Puteri rasa jijik, perutnya mual. Hatinya disiat-siat rasa pilu. Rasa lebih baik mati dari mengadap kejadian yang amat dahsyat itu.

Tayangan tamat dengan seruan jihad dilaungkan bertalu-talu. Nuqman menutup layar, menolak laptop ke tepi. Puteri terdiam, tak bermaya. Hanya terus menangis teresak-esak. Dia kehilangan kata. Terasa bagaikan kehilangan separuh nyawanya selepas menyaksikan kejadian-kejadian itu.

Nuqman duduk di meja, mengadap Puteri. Airmata yang bertali arus itu diseka berkali-kali walaupun ia basah semula. Tersentuh hatinya melihat Puteri yang sangat sensitif melihat penderitaan orang lain. Patutlah dia sangat bimbangkan Maliha dan Taufik. Rupanya dia seorang yang penyayang di sebalik watak keras yang dipamerkan selama ini.

“It’s a huge war, Ika. And far more complicated.The cruelty they endure is beyond imagination. It is a war against Muslims. Against all of us. That’s the fact that we have to face…” Nuqman mengeluh pasrah. Tangan Puteri yang masih bergetar dicapai ke dalam genggaman tangannya.

“So, how do you feel?” Lembut Nuqman bertanya. Waktu ini, dia tahu, emosi mengatasi segala fakta dan ilmu dalam diri setiap orang yang menyaksikan kezaliman seperti itu.

“That’s too cruel… God…!” Puteri terjerit, marah bercampur pilu. Dia menekup muka, menangis lagi teresak-esak. Tolonglah ya Allah! Rintihnya tak berkesudahan. Dia masih tak boleh bernafas. Imej-imej dahsyat itu terus bermain-main di ruang mata.

“That’s exactly what Taufik and his friends feel about all these, Ika. So, you should understand why they do what they do…” Nuqman cuba mengaplikasikan keadaan yang sama mungkin berlaku di antara mereka. Nuqman bangun ke jendela. Ini bukan suatu isu yang mudah untuk dibincangkan tanpa melibatkan emosi.

“Let’s go out, Ika. Kita bincangkan hal ni satu persatu. Lepas tu, Ika boleh buat keputusan. Patut ke Ika nak stop majlis yang baik tu? Ika boleh buat keputusan bila Ika nak balik. Saya akan uruskan… tapi sekarang, kita keluar dulu. Ambik angin. Kita bertenang. Kita bincang sambil jalan-jalan. There’s a lot of things to sort out. Saya pun perlu fikirkan hal ni sebab malam ni, kami nak berbincang lagi tentang hal yang sama.”

Lama Puteri terdiam. Kata-kata Nuqman kedengaran hambar di telinganya. Namun bunyi letupan dan bedilan masih terus bergema dalam jiwanya.

“I don’t know what to think! I don’t know what to do! All I want is for all these to stop… this is too much… my heart aching so bad…” Puteri menekan dadanya. Suaranya serak. Airmata kembali tumpah. Nuqman yang mendengar terasa pilunya. Dia melangkah, memusing kerusi hidrolik itu agar Puteri duduk mengadapnya.

“You can help…,” ujarnya perlahan. Sekurang-kurangnya Puteri pasti akan rasa lega kalau dia dapat membantu. Itulah yang turut dirasai oleh ramai muslim di seluruh dunia apabila menyaksikan peristiwa yang dahsyat di akhir zaman ini.

“I’ll tell you how…,” telapak tangan Nuqman dihulurkan. Puteri terngadah memandangnya dengan mata dan hidung yang merah dan basah. Nuqman memandang dalam ke anak matanya seakan-akan melihat apa yang ada di hatinya. Perlahan-lahan Puteri menyeka airmata dan menyambut huluran tangan Nuqman.

p/s: Part of this story is real. I think some of you already saw those videos and news. Apart from sharing, I can only pray… and my heart and soul will always be with them. you know what I mean. meanwhile, I would like to say that, I love you guys…

Advertisements

3 thoughts on “Siri Novel MAKNA PADA RASA Bab 30

  1. i didnt. i dont have the courage to watch. it hurts and i feel so hopeless, only Allah knows and may He blessed and protect them all. baca yg Jue tulis ni pun dah already made me feel their pain. Allahu Akbar.

    Like

  2. When i heard about ISIS , i always wondered how certain people can get involved. After reading this, now i get the idea. Keep on writing sis! Cant wait for your next entry… ✌😍

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s