HAKIKAT CINTA di PBAKL 2015

hakikat%20cinta

HAKIKAT CINTA – Sebuah Antologi Cerpen
12 buah cerpen untuk dihayati – Dapatkan di PABKL 2015!
Booth HA 43, Pustaka Rihaz, Aras 2, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, KL

** HAKIKAT CINTA **

… Salman tiba-tiba berubah. Dalam diuji, ramai yang datang memujuk dan memberi harapan. Namun bila bertemu Saidah, Salman asyik bertingkah. Pantang tersalah kata, marahnya berhamburan. Dipujuk salah ditegur pun salah. Saidah jadi lemas. Akhirnya Salman diam membisu seribu bahasa.

Tidak mahu mengundang kemusnahan sesama, Salman memilih untuk mengundur diri dan menyerahkan kepada yang dikatakan lebih layak dari dirinya. Dan kemuncak kebisuan itu, dia pergi meninggalkan daerah ini. Dia pergi tanpa kata. Terutama kepada Saidah yang setia menghimpun segala rasa segala duka.

Jadi, apa lagi Salman? Saidah menjerit melepaskan rasa yang terbuku sekian lama. Namun suara tidak terlepas dari kerongkongnya. Dia tunduk mencari kekuatan.

Aku hanya wanita yang akur dengan apa yang tertulis pada takdirku. Selama ini aku mengutip rasa menghimpun kasih hingga menggunung segala sayang dan cinta, hormat dan kagum, rela untuk menyerahkan diriku sebagai isterimu. Janjiku pegang untuk tunduk, taat dan patuh padamu. Dirimu kujulang ke puncak. Di kakimu aku tumpang berteduh, bersandarkan kekuatan dan berpayungkan kasih.

Dalam segunung rasa itu, lurah pipi tidak kering dek airmata bila aku diuji kebenaran kata. Dukaku terhimpun di tasik tangis bila dirobek cemburu. Tambah parah bila hati dituris duri ujian apatah lagi dirimu menjadi rebutan. Fitnah dan salah sangka datang meracuni kepercayaanmu padaku. Kadang-kadang tercalar sungguh dek kasarnya kata dan tingkahmu. Namun aku tetap di situ kerana kasih sudah sebati untukmu.

Bila tiba keutuhan dirimu diuji Tuhan, bagaikan letupan gunung berapi mengocak bumi! Segunung rasa yang kuhimpun turut bergegar. Aku ribut antara fikir dan rasa. Aku berlari untuk mendamaikanmu. Ingin kusejukkan amarah dan mahu kuredakan gelodak kecewamu. Dalam kekalutan aku tersadung tingkah tersalah kata. Lalu kau himpunkan semua dan menujah jarimu. Bahawa akulah racun yang menabur bisa! Hidupmu jadi musnah tak keruan kerana aku gunting dalam lipatan!

Tuhan!!

Aku tersungkur sujud ke bumi. Matahari tidak lagi sanggup memandang. Langit cerah bertukar mendung kerana tidak lagi mahu menanggung bebannya awan. Aku basah dihempas hujan amarahmu. Aku menggigil gementar kerana kau katakan aku derhaka. Raungan hatiku bergema seluruh alam. Wanita derhaka tiada harga. Tidak layak bergelar isteri setia! Tolong selamatkan aku! Ampunkan aku! Taubatkan aku!

Jasadku tercampak jauh darimu. Diriku terusir dari hatimu. Aku meratap mencari jawapan. Segunung rasa yang kuhimpunkan terbiar melata. Sudah tiada siapa mempedulikannya.

Aku bersendirian mencari jawapan. Namun aku tidak putus harapan. Kudogak ke langit memanjat doa. Hatiku parah mengutip dosa menghimpun sesalan lalu kupanjatkan taubat. Aku sedar bahawa aku tidak sempurna. Hatiku belum luhur, penuh bernoda. Aku juga lemah, tidak bijak membuat perhitungan dan pertimbangan.

Namun siapalah yang sudi mempedulikan pengaduanku. Jijik, hina dan sumbang bagi setiap halwa telinga. Hikmahnya sungguh menyedarkan aku. Bahawa diri sudah tidak punya sesiapa lagi. Melainkan Dia yang menciptakan aku…

[Apakah pengubat duka Saidah? Dapatkan HAKIKAT CINTA – Sebuah Antologi Cerpen oleh Azura Abdullah di Pesta Buku Antarabangsa, Booth HA 43, Pustaka Rihaz, Aras 2, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, KL]

** JAWAPAN BUAT PUTERI **

… Twinberry cheesecake tiba dengan hiasan kartun gadis bertocang buat mereka ketawa. Jantung Puteri berdebar. My favourite cake! Dan muka kartun tu…

“Macam Puteri!!” Teriak teman-temannya sebaik saja kek itu diletakkan di atas meja.

“Especially for you, girls… and Mr. Nuqman…”

Bukan main waitress seorang ini. Riak cemburu mula bergelombang. Sudahlah sedari tadi Diana asyik melentok ketawa dengan jenakanya sendiri. Salah aku juga… aku beritahu dia yang Nuqman hanya kawan. Apalagi, memancing sakanlah dia! Hati Puteri semakin terbakar. Benci!!

Setelah menghantar kawan-kawannya balik ke hostel, Nuqman menghantar Puteri pulang sekali gus mahu menziarahi ayah mertuanya.

“Hmm… letih betul hari ni. Ingatkan tadi nak relaks, rehatkan otak sambil makan aiskrim. Tak sangka kena entertain kawan-kawan awak.” Suara Nuqman memecah kesunyian.

“Salah awak! Rajin sangat melayan. Bukan main ramah kalau dengan perempuan!” Puteri mendengus. Tambah sakit hati dengan bisikan Diana, ‘…he’s gorgeous! And he said, I can ask you for his number!’ Diana begitu teruja dengan Nuqman. Fine! Bentak hati Puteri. Kita tengok siapa Nuqman sebenarnya!

“Sebelum mereka tanya saya macam-macam, lebih baik saya yang bertanya.” Selamba dia menjawab tanpa menoleh sedikit pun.

“Berani betul remaja sekarang ya? Kawan awak minta nombor saya. Pandai-pandailah awak jawab. Saya bukan lelaki yang suka diganggu.”

Puteri tertelan airliur. Dia macam tahu apa yang ada dalam fikirannya. Betul juga! Kalau mereka yang bertanya, macam mana hendak dijawab? Nanti pecah rahsia! Puteri mengeluh panjang. Terasa bersalah pula kerana menyusahkan Nuqman. Sedangkan dia sebenarnya keletihan…

Ohh… No! I sound like a wife!

You ARE a wife!

Abah!!

[Jawapan Untuk Puteri adalah kisah awal CINTA PUTERI vs NUQMAN aka MAKNA PADA RASA yang disiarkan dalam blog darimindaketinta.wordpress.com – Dapatkan HAKIKAT CINTA – Sebuah Antologi Cerpen di Pesta Buku Antarabangsa, Booth HA 43, Pustaka Rihaz, Aras 2, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, KL]

Advertisements

Siri Novel MAKNA PADA RASA bab 32

Salam sayang,

Bab ni ditulis sekerat-sekerat. Hopefully flownya tak cacat. Susah nak feel coz juea sedang kehilangan. Hari Sabtu lepas, 11hb April, a very special woman in my life, Opah kesayangan Juea pulang dijemput Illahi. Weeping inside but syukur… Opah selamat kembali bersama Kekasihnya.

Juea antara cucu yang paling rapat dengan Opah, paling nakal dan paling banyak menghabiskan zaman kanak-kanak bersama Opah. Opah yang selalu pimpin tangan kecik Juea ke kelas-kelas agama di madrasah dan masjid, sampai ustaz suruh duduk atas meja sebab kecik sangat. Selalu ikut Opah berbuka puasa, moreh di surau bila Ramadhan tiba. Opah yang selalu melagukan syair sampai Juea terlena di ribanya. Favorite Opah – syair Siti Khadijah, Zulaikha dan Siti Hajar. Wanita-wanitayang banyak memberi kekuatan kepadanya dan kini cucunya.

Opah yang sering bercerita tentang Akhiratnya dan perancangannya untuk bertemu Penciptanya. Indah perjalanan hidup Opah yang langsung tak tertarik pada dunia. Bila Opah menutup mata, Juea sedar yang Opahlah yang paling berjasa menitipkan Tuhan dan Rasul-Nya di hati Juea sejak kecil lagi. Terima kasih tak terhingga Opah! Itulah kasih sayang sejati Opah sebenarnya.

Juea berkesempatan mandikan Opah untuk kali terakhir. Sampai Opah bersih dan wangi untuk pulang ke sana. Lepas tu pakaikan baju terakhir Opah yang putih bersih. Teringat jasa Opah selalu mandikan dan pakaikan Juea baju, sapu bedak sejuk wangi yang Opah buat sendiri sampai putih melepak. Akhirnya Juea kucup seluruh muka Opah. Juea sayang Opah, sayang teramat sayang. Tapi Juea jugak bahagia sebab Opah manis tersenyum, bahagia untuk kembali bersama suaminya yang menanti di sana, di sisi Tuhan yang Maha Pengasih. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh kedua Opah dan Atuk dan masukkan mereka ke dalam golongan orang-orang yang beriman. Al Fatehah buat kalian yang amat disayangi.

Maaf kerana merakamkan semua itu di sini. Untuk tatapan anak cucu jika tak sempat bercerita nanti. Tentang perginya seorang wanita yang qanaah, cukup dengan apa yang ada, sangat menjaga solatnya, rajin mengerjakan puasa wajib dan sunat, taat kepada suaminya, sangat menjaga maruahnya, moga-moga dia tergolong dalam wanita yang disuruh memilih mana-mana pintu syurga yang dia sukai nanti. Amin ya Rabbal Alamin.

Bab 32

Nuqman memandu pulang melewati kawasan pantai Bebek yang sangat menambat hati. Semakin berat bagi Puteri untuk meninggalkan Istanbul yang penuh dengan keindahan. Sekejap-sekejap dia mengerling ke arah Nuqman yang memandu dalam diam. Mereka kembali menuju ke kawasan yang padat dan sibuk. Tidak lama kemudian kereta itu bergerak di celah-celah bangunan. Puteri semakin hairan.

“Inilah Karakoy. Kita berhenti di sini. Ada banyak kedai souvenir. Boleh beli bawak balik Malaysia. Kan ada orang tu dah tak sabar-sabar nak balik…” Nuqman menjeling, mengulum senyum. Amboi! Pandai menjeling rupanya! Desis hati Puteri dalam menyembunyikan rasa hiba yang halus menyelinap.

Jalan-jalan yang agak berbukit dan berliku di situ disusuri. Memang seronok berjalan sambil melihat suasana dan memang kedai souvenir berderet-deret! Meriah! Tak sabar rasanya hendak membelek dan membeli tetapi Nuqman berjalan terus, tak pula menyinggah. Kata boleh beli?!

Mereka tiba ke kawasan bertangga yang berbentuk hexagonal yang unik dan bertingkat-tingkat. Puteri jadi teruja. Cantiknya! Terlupa sudah dengan souvenir… dia berlari-lari memanjat anak tangga, berpusing-pusing keliling, menyentuh, memerhati rekabentuk istimewa itu.

“Camondo Steps, designed with a unique mix of the Neo-Baroque and Art Nouveau styles by a Jewish banker, Abraham Salomon Camondo.” Nuqman mengulum senyum bila Puteri terngadah dan terlopong mendengarnya.

“It is Art Nouveau style! The hexagonal shape… unik sangat!” Jerit Puteri dari atas anak tangga.

“Give me your Camcoder…” Dia cepat berlari turun, menyerahkan Camcoder dan kembali ke anak tangga itu untuk memberikan pose istimewa. Sesaat, Puteri terkaku. Tiba-tiba rasa malu nak bergaya depan Nuqman. Mahu tak mahu dia cuba beriak selamba dan berdiri di beberapa sudut untuk diambil gambar.

“Ok… you can explore a bit more. We have to go on…,” Nuqman bersuara di sebalik lensa. Puteri mengangguk. Dia mula bergerak bebas sambil menunggu Nuqman menyainginya. Tanpa disedari, lensa terus bekerja di tangan Nuqman kerana dia lebih suka mengambil gambar Puteri di luar sedarnya. Di depan Nuqman, gadis itu selalu kaku tapi ‘hidup’ bila dia tidak sedar yang dirinya diperhatikan. Puteri Zulaika dan Camondo Steps… persis model dalam mode zaman silam!

Mereka terus mendaki jalan-jalan sempit dan curam di celah-celah bangunan gaya Eropah kuno di tengah pekan itu. Kemudian Puteri terpandangkan sesuatu lalu mendongak ke langit. Sebuah menara besar di tengah-tengah pekan?!

“Tulah Galata Tower yang kita tengok dari atas Cruise…” Nuqman tersenyum bila melihat mata bundar itu semakin besar. Kejutan! Puteri hampir terlompat kerana teruja. Dia tidak perasan langsung yang mereka menuju ke arah menara itu sebenarnya.

Mereka masuk ke perkarangan menara. Puteri menarik nafas, mendongak ke puncak menara yang tidak begitu kelihatan dari bawahnya. Dia mendekati dinding menara yang kukuh berdiri dengan susunan batu-bata yang sudah berabad lama, menyentuhnya dengan rasa tak percaya. I’m here! I’m here! Hatinya menjerit-jerit kegembiraan. Nuqman tersenyum dari jauh melihat gelagat Puteri meneroka ruang legar di lantai menara sambil berbaris untuk membeli tiket masuk. Hampir dua puluh minit, barulah tiket berada di tangan dan mereka dapat bergerak masuk ke dalam ruang bawah menara yang terasa hangat. Mereka berbaris lagi bersama pelancong dari berbagai negara untuk naik lif ke puncak menara.

Sampai di tingkat lima, mereka keluar dari lif ke ruang informasi. Langkah mereka disambut dengan mural yang sangat impresif di bahagian atas sementara di bawahnya, di sepanjang dinding pula sarat dengan fakta tentang Galata Tower dan sejarahnya. Nuqman membawa Puteri bergerak perlahan melewati mural dan informasi itu, memerhati sekilas lalu kemudian mereka bergerak ke ruang lain menuju anak tangga untuk ke puncak menara. Interior setiap ruang di tingkat lima itu memang wajar dipuji, cukup kemas dan menghidupkan suasana nostalgik.

Rupanya menara itu pernah banyak kali mengalami kerosakan dan dibaikpulih serta diubahsuai hampir dalam setiap dekad pemerintahan yang berbeza. Bangunan kuno itu sangat berperanan sejak berzaman lamanya sebagai rumah api, mengemudi haluan pelayar, kapal perang dan kapal dagang sangat selain menjadi menara pengintipan dititik yang sangat tepat untuk mengawal keselamatan seluruh istanbul. Pernah menjadi penjara bagi tahanan perang dan berbagai fungsi lagi. Betapa ia sangat berjasa!

Ketika menuju ke puncak, mereka melewati restoran dan café. Ruang tangga yang berangin dan berpusing itu agak curam namun keadaannya selamat. Tangan Puteri sentiasa dalam genggaman Nuqman. Mereka akhirnya tiba ke dek peninjau dan panorama Istanbul yang indah terbentang menyapa pandangan mata. Bagaikan mimpi bila berada di puncak setinggi ini! Puteri menggenggam tangan Nuqman lebih kuat dari tadi. Lengan Nuqman turut dipaut dengan sebelah tangan lagi. Permandangan itu hanya dipandang dari belakang Nuqman. Cantiknya!

“Subhanallah…” Ucap Nuqman berkali-kali. Dia terus melangkah ke dek peninjau yang hanya lebih kurang setengah meter lebarnya mengelilingi menara. Mereka mula bergerak mengelilingi dek itu untuk menikmati permandangan 360 darjah yang mencakupi seluruh Istanbul. Pergerakan mereka agak terganggu di celah-celah pelancong yang hampir memenuhi ruang dek itu dan Puteri yang berjalan sangat rapat dengan Nuqman menimbulkan tanda-tanya di hatinya. Tak pernah Puteri begitu!

Langkah Nuqman merapati selusur besi yang melingkari dek itu terhenti bila lengannya dipaut semakin kuat oleh Puteri. Nuqman terkejut lalu berpaling. Wajah pucat Puteri dipandang lama.

“Ika?! Ika ok tak ni?” Soal Nuqman, kehairanan. Puteri buat muka senyum tapi pucat tetap ada. Kepalanya laju digeleng-gelengkan.

“Tak nak ambik gambar? Jomlah…,” ajak Nuqman. Dia menarik tangan Puteri dan gadis itu cepat-cepat memaut lengan Nuqman dengan kedua-dua tangannya. Puteri memaksa diri melangkah dengan seribu rasa tak pasti. Camcoder terbiar dan tergantung di lehernya sejak tadi. Keterujaannya untuk merakamkan gambar Istanbul dari ketinggian lebih 66 meter itu hilang entah ke mana.

Tubuh Puteri mengeras sebaik sahaja berdiri di selusur besi itu yang kelihatannya tak boleh dipercayai. Dia memaksa matanya terbuka dan menghimbaukan pandangan ke bawah sana tapi rasa gemuruh semakin kuat. Macammana kalau tubuhnya melayang jatuh?! Tuhan! Dia tak mampu memandang. Jantungnya berpalu terlalu kencang. Dia berpusing untuk berpatah balik ke dinding menara tapi dia tak boleh melepaskan pegangannya di lengan Nuqman. Nuqman menarik Puteri semula mengadapnya. Lengannya dicengkam kuat sejak tadi membuatkan dia tertanya-tanya apakah Puteri sebenarnya gayat?

“Ika… awak takut? Gayat ke?”

“Urghh… uhuh…” Puteri mengalah kali ini. Lebih baik mengaku saja. Nuqman tergelak. Puteri makin cuak.

“Awak gayat? Saya tak percaya! Awak berani hentak siku ke rusuk saya, siap bagi flying kick lagi… gayat?!!” Nuqman betul-betul terkejut tak dapat menahan ketawa. Puteri menelan liur, rasa cuak bagaikan menggila di dalam. Dia hanya mampu memandang Nuqman dengan wajah memohon simpati.

“Saya betul-betul tak percaya…!” Nuqman yang memandang tepat ke wajah Puteri tiba-tiba melangkah ke belakang dan pegangan Puteri dilengannya terlepas. Puteri terjerit dan segera memegang pagar besi itu sekuat hatinya. Takut kalau-kalau pagar besi yang sudah lama itu patah dan tubuhnya akan melayang ke bawah dan pecah terhempas…

“Nuqman! Nuqman!” Matanya dipejam rapat. Nafasnya makin sesak. Muka pucat tak berdarah.

“Ika!” Nuqman yang terkejut cepat-cepat merapati Puteri dan serentak itu, sebelah tangan Puteri mencapai badan Nuqman, cuba menggenggam apa saja untuk dia berpaut dan akhirnya bila tangan menyentuh kepala tali pinggang, dia menggenggam sekuat hati, takut terlepas lagi. Dan sebelah tangan lagi masih mengenggam kuat pagar besi.

“Awak! Awak jangan tinggalkan saya… tolong jangan tinggalkan saya!” Puteri merayu bertalu-talu. Nuqman mendakap Puteri ke dadanya. Dia beristighfar. Gadis itu benar-benar gayat rupanya. Sebelum ini dia nampak yakin sahaja bila berada di tempat tinggi. Mungkin tidak setinggi menara itu.

“Ika, sorry! Saya minta maaf… saya takkan tinggalkan awak…” Kelam kabut Nuqman berbisik di telinganya. Nafas Puteri turun naik dan tangannya masih memegang pagar besi dan kepala tali pinggang Nuqman!

Perlahan-lahan Nuqman cuba melepaskan genggamannya di pagar besi itu dengan sebelah tangan. Sebelah tangannya masih lagi mendakap Puteri. Genggaman itu tetap tidak mahu dilepaskan. Beberapa pelancong lain yang hampir dengan mereka sudah tersedar dengan keadaan itu. Mereka tersenyum sambil mengangguk tanda faham. Ada yang masih memandang dan ingin membantu. Nuqman memberi isyarat mata yang keadaan akan jadi baik.

“Ika…”

“Hurmm…” wajah itu terus terbenam dalam dadanya. Jaket kulitnya pula sudah sedia terbuka.

“Lepaskan besi tu, pegang tangan saya…”

Kepala di dadanya menggeleng-geleng.

“Ika… you have to let it go. You’ll be alright…” Pujuk Nuqman.

Kepala itu semakin laju digeleng-gelengkan. Ahh sudah! Nuqman menarik nafas dalam-dalam. Sampai macam ni sekali?!

“Ika… look at me!” Dia terpaksa bertegas kali ini. Perlahan-lahan Puteri mendongak memandang Nuqman. Mukanya macam orang hendak menangis. Hati Nuqman tersentuh.

“Saya TAKKAN tinggalkan awak. Saya janji! Selagi Tuhan izinkan, saya TAKKAN tinggalkan awak.” Nuqman sungguh-sungguh berjanji. Puteri menelan liur. Memandang Nuqman dalam-dalam, mencari keyakinan. Rasa cuak mula terbang berserpihan. Perlahan dia mengangguk.

“Ok. Sekarang, Ika lepaskan besi tu dan pegang tangan saya kuat-kuat. Faham tak? Saya TAKKAN lepaskan Ika!” Sekali lagi Puteri mengangguk. Tapi tangannya masih menggenggam besi itu. Nuqman meraup tangan Puteri di situ. Memberi keyakinan tapi tidak memaksa.

“You have to trust me this time, Ika…,” pinta Nuqman lagi.

“Pegang tangan saya… yakin dengan saya…” Pujuknya lagi. Puteri menelan liur. Perlahan-lahan dia melepaskan besi itu dan cepat-cepat memegang tangan Nuqman sekuat hatinya. Nuqman mengeluh dan tersenyum lega.

“Ok, sekarang kita ke tepi dinding sana. Ika ikut saya…,” dia memaut tubuh Puteri dan melangkah bersamanya dengan tangannya yang sebelah lagi masih memegang kepala tali pinggang.

Hanya setapak dua, mereka sudah tiba ke dinding menara, baru Puteri bernafas lega. Dia tersandar lesu keletihan. Penat melawan perasaan.

“Are you okay, now?” Kedua-dua bahu Puteri dipegang kemas. Dia mengangguk. Cuba tersenyum.

“Nak ambik gambar tak?” Angguk lagi.

“Ok. Ambik gambar dari sini dulu. I’ll stay with you…” Nuqman beralih tempat, ikut bersandar di dinding di sisi Puteri. Perlahan-lahan Puteri mengangkat Camcoder dan mula merakamkan gambar. Tangannya bergoyang, jelas dia masih belum stabil. Nuqman tunduk memandang ke bawah. Tangan Puteri masih memegang kemas kepala tali pinggangnya. Nuqman tersenyum sambil menggelengkan kepala.

Dia menolak sedikit bahu Puteri supaya dia ke depan. Puteri mula pucat. Nuqman memegang pinggang Puteri dengan kedua tangannya kemas-kemas.

“Now… let go of me, pegang camcoder tu dengan dua tangan. Mana cantik rakam gambar sebelah tangan… tak stabil…,” Nuqman memberi arahan dengan lembut, gaya memujuk. Puteri terjeda seketika. Mukanya yang terpusing, terdongak menatap muka Nuqman sungguh-sungguh. Nuqman mengangguk, cuba menyakinkannya. Perlahan-lahan tangan Puteri melepaskan kepala tali pinggang Nuqman. Tangannya terasa perit, merah berbekas dek terlalu kuat mengenggam. Dia berpusing ke depan, mengadap permandangan ruang langit Istanbul dengan lebih yakin dengan tangan Nuqman kemas di pinggangnya.

Puteri merakamkan gambar dari sudut itu. Kemudian mereka bergerak perlahan-lahan tanpa meninggalkan dinding menara. Sehinggalah hampir habis satu pusingan dek peninjau itu.

“See… you’ve got to trust someone sometimes…,” bisik Nuqman di telinga Puteri. Gadis itu menelan liur, terdiam lama. Nuqman membawanya masuk ke dalam menara menuju ke restoran yang sudah ditempah lebih awal ketika mereka di Pantai Bebek lagi.

“Ika… dalam hidup ni, kita sebenarnya saling memerlukan. Macam menara ni, kukuh sebab batu-bata ni diikat kuat antara satu sama lain. Macam tu lah jugak kita manusia, hidup kita lebih baik kalau hubungan kita terikat kuat antara satu sama lain. Kalau nak terikat, kita kena saling percaya… takkan sempurna hidup kalau kita hanya sendiri…,” lembut kata-kata Nuqman selepas mereka hampir selesai menikmati makan tengahari.

Puteri terdiam. Dia mengalih pandangan, menerobos cermin tingkap yang besar di tepi meja mereka ke arah bandaraya Istanbul yang megah dengan monumen sejarahnya di bawah sana. Kata-kata Nuqman mengocak minda dan hatinya yang baru saja tenang selepas meninggalkan dek peninjau tadi.

“I really hope that you’ll trust someone in your life, Ika. And I hope that someone would be me…” Kata-kata Nuqman membuatkan dia berpaling menatap wajah kacak manis yang semakin menggetarkan jiwanya itu. Nuqman membalas pandangan, merenung jauh ke dalam anak matanya tak berkelip. Dia serius. Puteri menelan liur yang terasa kesat. Seleranya hilang entah ke mana.

Nuqman mengeluh sambil tersenyum. “Time for dessert?”

Ahh! Dia memang tahu mengambil hati. Pelayan dipanggil. Pinggan diangkat, hidangan berganti. Sepotong kek aiskrim dengan hiasan coklat dan ceri menggoda menggamit kembali selera Puteri. Aiskrim dan kek memang belum pernah gagal!

Nuqman makan dalam diam sambil sesekali memerhati Puteri yang kini sudah dapat melupakan semuanya dan asyik menikmati pencuci mulut itu sampai terpejam-pejam matanya. Comel!

“Ika tahu tak yang kita ni, orang Islam sangat dilatih macammana nak kawal konflik diri?” Soal Nuqman sebaik saja sudu kecil Puteri diletakkan kembali ke piring yang kini sudah licin-licau.

“Really?! Err… hurmm… macammana tu ya?” Terkelip-kelip mata Puteri. Beratnya soalan! Hati sudah mula rasa tak sedap.

Bila tak tahu, bukan nak jawab tak tahu. Mulalah buat muka comel lagi blurr tu! Nuqman berbisik dalam hati. Dia tersenyum.

Puteri mengerling mencari maksud senyuman Nuqman. Mesti dia perasan yang aku tengah konflik ni! Tapi aku… aku dah buat keputusan muktamad! Hati Puteri bercakap sendirian, menegaskan diri sendiri.

“Betul…! Kan dalam sembahyang, Allah latih kita selaraskan jasad, akal dan roh kita. Yang tak mahu ikut, degil tak mahu taat setia cuma nafsu. Jadi Allah latih kita lawan kata nafsu. Orang yang dah terlatih adalah orang yang jasadnya solat, akalnya solat, hatinya solat, nafsunya pun solat. Semua sujud pada Allah. Tu orang yang paling berjaya.

Tapi kita solat, jasad solat, akal ingat bacaan je sambil fikir macam-macam cerita, hati berdetik itu ini, tak ingat Tuhan, nafsu seronok main wayang. Jadilah konflik, betul tak?”

Muka Puteri berkerut. Isyhh… ke mana hala tuju dia sebenarnya? Tapi solat aku memang macam tu pun! Jadi aku ni memang banyak konfliklah ya? Dia… dia tahu ke semua tu? Hati Puteri makin gelabah.

“Sebab tu orang yang beriman, yang betul-betul jaga solatnya, hidup diaorang tenang, tak banyak konflik. Macam Al Fateh, perjuangannya solid kerana Allah. Orang yang betul-betul bersolat, Allah janji akan dapat kemenangan.”

Puteri tunduk, mengangguk. Kebenaran itu memang jelas lagi bersuluh. Tapi sayang, hati-hati yang kelabu seperti hatinya tetap buta walaupun nampak.

“Dalam diri kita, satu je yang buat keputusan. Samada hati atau nafsu. Kalau hati dikuasai nafsu, rosaklah diri. Akal dengan jasad ikut je. Ada orang tu… hati dia kata lain, nafsu dia kata lain, akal dia kata lain, jasad dia buat lain… tu memang konflik yang teramat parah! Nak buat keputusan lagi susah!”

Gulp!! Bunyi macam aku je tu?!

“Jadi, cik Zulaikha, elok sungguh-sungguh latih diri, selaraskan hati dengan akal dan jasad. Jangan keliru sebab nafsu. InsyaAllah, nanti makin kurang konflik diri. Rajin-rajin berlatih dalam solat dan di luar solat…,” tambah Nuqman lagi dengan nada mengusik.

Puteri mengerutkan muka, melemparkan pandangan ke luar tingkap restoran itu lagi, menyembunyi kelat wajah sendiri.

“Tak susah. Boleh berlatih dalam banyak keadaan. Haa… sekarang, cuba selaraskan hati, akal dan jasad, dan jawab soalan saya sekali lagi…,” Nuqman bersungguh-sungguh. Puteri memandang tepat ke wajah Nuqman. Debaran dada semakin kuat. Apa pulak ni?!

“Cuba jawab sekali lagi… Sedih nak tinggalkan Istanbul atau… saya?”

Sepasang mata bundar Puteri menirus memandang Nuqman. Aku dah agak dah! Aku dah agak DAH!!!

Puteri mengetap bibir. Kepalanya diangguk perlahan-lahan. Perangkap rupanya! Nuqman tersenyum-senyum memandangnya. Keningnya diangkat berkali-kali.

“Cik Zulaikha dengar tak saya tanya?” Soalnya lagi, saja suka menyeksa!

Benci! Aku benci betul dengan dia ni! Suka kenakan aku dengan hujah-hujah yang tak boleh nak aku patahkan. Apa pulak aku nak jawab kali ni?!!

Minda Puteri berhempas pulas, cuba untuk melepaskan diri dari soalan itu. Matanya menerawang ke ruang dalam restoran. Nuqman pula setia menunggu jawapannya.

Puteri menarik nafas, kemudian menghela nafas. Jawapan masih belum ada. Nak selaraskan hati, akal dan jasad. Hah! Payah sungguh! Hati dah mengaku. Tapi akal kata jangan. Jadi, akal ikut kata nafsu. Yang kata ‘jangan’ sebenarnya ialah nafsu. Bukan hati? Jasad? Jasad asyik nak nangis!

Aduh! Memang tak mudah rupanya nak selaraskan hati, akal dan nafsu. Dia tak sanggup nak mengaku. Apakah itu ego namanya? Kalau nak mengelak, dia harus menipu? Menipu dah jadi dosa.

Isyhh!! Nuqman!! Lupakanlah semua ni… tolonglah…! Hatinya merayu. Mukanya tak habis-habis berkerut. Memandang Nuqman dengan muka sedih. Nuqman tersenyum.

“Susahkan?”

Puteri menjeling. Nuqman tergelak. Memang comel jelingannya. Tapi tetap degil, tak mahu mengaku kalah.

“It’s ok, Ika.” Nuqman menghela nafas. Puteri pula menarik nafas.

“You don’t have to answer me… saya cuma harap, Ika ikut kata hati…”

Dia tahu! Dia memang tahu! Puteri menelan liur. Rasa nak tutup muka.

“Saya pun rasa tak sanggup nak lepaskan Ika balik…” tenang Nuqman mengungkapkan kata hatinya. Tenang sebab hati, nafsu, akal dan jasadnya selaras. Dia memandang Puteri sambil tersenyum manis, amat manis. Dan hati Puteri meraung menangis!

p/s: Huhu… sedih pulak nak tinggalkan Istanbul. Rasa tak puas explore lagi… drop your comments, guys! And help me to write better… terima kasih sudi singgah!

Siri Novel MAKNA PADA RASA bab 31

Salam sayang,

Jom terus jelajah Turki dengan Puteri dan Nuqman… kali ni ke Rumeli Hisari. Ramai yang suka mengembara ke Turki bersama cerita ni. Alhamdulillah. Juea memang suka explore, tak dapat dengan jasad, dengan minda dan hati pun jadi jugak… really hope you’ll enjoy the ‘trip’ with me…

Take care. Senyum selalu!

Bab 31

Suasana pagi di Istanbul memang sesak sehingga meletakkan bandar itu di antara sepuluh buah bandar paling teruk kesesakan lalulintasnya di dunia.

Puteri tidak pasti mengapa Nuqman tidak menggunakan kenderaan awam. Puteri lebih suka naik turun tram daripada terpaksa merentas kesesakan lalulintas walaupun dia selesa dalam kereta mewah Audi A4 yang dipandu Nuqman. Baik sungguh rakan niaganya di sini sehingga menyediakan kereta semewah ini untuk kegunaan Nuqman sepanjang dia berada di Istanbul. Dan macammana pula Nuqman yang hanya seorang arkitek boleh menjadi rakanniaga pula? Hmm… siapa Nuqman sebenarnya? Puteri masih terfikir-fikir.

Tidak lama kemudian, kesesakan semakin berkurangan apabila kereta itu meluncur keluar dari Bandar menuju ke kawasan yang berhampiran kawasan pantai. Puteri yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Mindanya celaru, emosinya kacau. Dia juga tak mahu menganggu Nuqman dengan pelbagai persoalan yang mengganggu benaknya. Dia sedar yang Nuqman juga seperti tenggelam dalam arus pemikirannya sendiri. Lelaki itu memandu tanpa sepatah kata.

Melihat pantai yang panjang dan laut membiru di sepanjang perjalanan serta merta mengubah mood Puteri. Betullah kata orang, alam Tuhan itu amat menenangkan. Entah bagaimana keindahan alam Tuhan benar-benar dapat mengubah emosi sesiapa sahaja yang membuka mata dan mindanya. Mengubat kegelisahan dan mampu mengusir apa juga gangguan perasaan yang melanda.

“Tu pantai Bebek,” ujar Nuqman. Kelihatan ramai pemancing dan bot-bot kecil sepanjang persisiran pantai. Simpang-siur kapal-kapal besar dan feri juga membuatkan suasana hidup dan meriah.

Kemudian pantai hilang di balik deretan kedai di kiri dan kanan jalan. Puteri tersandar semula ke kerusi. Deretan kedai-kedai itu hanya di pandang hambar. Sehinggalah mereka tiba ke sebuah kawasan perkuburan di sebelah kiri dan pantai muncul kembali di sebelah kanan jalan. Puteri menarik nafas semula. Hmm… sebenarnya ke mana destinasi mereka hari ini? Dapatkah aku balik ke Malaysia secepat mungkin. Puteri mengerling Nuqman yang tenang memandu di sisinya.

“Yang tadi tu, Pekan Bebek. Sekarang kita dah sampai ke Rumeli Hisari…,” Nuqman memperlahankan kereta lalu memakir di sisi jalan betul-betul bertentangan dengan pintu agam Rumeli Hisari. Puteri terdongak, teruja memandang tugu batu itu benar-benar wujud di depan mata.

Terdapat beberapa buah bas pelancong dan kereta yang turut di parkir di kawasan itu. Namun tidak ramai yang ada di hadapan pintu masuk. Mereka berjalan beriringan melintas jalan, menuju ke kaunter jualan tiket. Cuaca cerah namun masih terasa dinginnya. Moga-moga hatinya yang kelabu akan berubah cerah juga, bisik Puteri.

“Merhaba…!” Kedatangan mereka disambut mesra. Dua tiket dihulurkan selepas Nuqman membuat bayaran.

“Teshekkur ederim,” tutur Nuqman sebelum melangkah pergi. Penjual tiket dan kedua orang pengawal di situ tersenyum manis.

“Inilah Rumeli Hisari. Hisar bermaksud gunung atau batu atau kubu. Rumeli – ‘the land of the Romans’. Ada juga yang tafsirkan sebagai ‘tanah jajahan Turki Uthmaniyah’. Pernah baca tentang sejarah Rumeli Hisari?” Soal Nuqman saat melewati pintu masuk utama ke tugu itu. Puteri yang terdongak, berpusing memandang setiap sudut binaan itu selepas ikut melangkah masuk hanya menggelengkan kepala. Udara segar dihirup panjang, hingga tubuhnya terasa bertenaga berbanding awal pagi tadi. Aura dalam bangunan tua itu sangat memberikan kekuatan pada fizikal, mental dan emosinya.

Rumeli Hisari memang tugu batu. Tegap, gagah berdiri. Warna binaan batu lama itu menyuntik suasana nostalgik seolah-olah membawa pengunjungnya merentasi masa ke zaman silam. Pepohon tua yang rimbun dan berlantaikan hamparan rumput menghijau di dalam kubu itu membuatkan ianya ‘hidup’. Lensa Camcoder Puteri mula aktif berperanan.

Deretan meriam tersusun kemas di bawah rimbunan pepohon membakar semangat juang sesiapa yang melihat. Puteri tidak dapat menahan diri mula ber‘selfie’ dengan meriam-meriam di situ. Nuqman hanya tersenyum memandang. Kemudian Nuqman membawanya ke suatu sudut di mana fakta tentang Rumeli Hisari yang terpampang berdiri, sarat dengan sejarah terbinanya tugu itu.

“Ika boleh baca sebahagian dari fakta penting tentang Rumeli Hisari kat sini.” Baca? Mata Puteri berputar. Panjang tu! Bisik hatinya. Dia tersenyum lalu mengarahkan lensa Camcodernya ke arah papan kenyataan itu, mencari sudut yang menyeluruh lalu merakamkannya untuk dibaca kemudian nanti.

“Dah baca…!” Ujarnya sepatah. Nuqman tersengih. Kepalanya digelengkan. Kemudian kembali mendongak ke papan kenyataan itu. Dia tidak perlu membacanya. Rumeli Hisari sudah menjadi sebahagian dari dirinya.

“Sultan Muhamad Al Fateh selalu buat saya tersenyum dan bangga menjadi seorang Islam. Dia dan jugak ramai lagi tokoh Islam yang lain dah buktikan, orang mukmin tu cerdiknya luar biasa. Masa dia dah dilantik jadi pemimpin tentera, dia tetap nak ayahanda dia ikut berperang.

Dia cakap pada Sultan Murad, ‘Kalau ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda untuk turun ke medan perang. Tapi jika ayahanda memandang saya yang khalifah, maka saya perintahkan ayahanda untuk turun berjuang.’ Sampai Sultan Murad dah tak ada alasan nak mengelak lagi…” Nuqman ketawa kecil. Suaranya sarat dengan rasa kagum. Puteri yang mendengar ikut tersenyum. Bagaikan ada watak Al Fateh yang hidup dalam diri Nuqman.

Nuqman mengajak Puteri ke suatu sudut lain. Mereka berdiri di tepi benteng mengadap Selat Bosphorus. Angin dingin bertiup agak kuat di situ, amat menyenangkan.

“Nampak kat sana tu?” Nuqman menunjukkan jarinya ke arah daratan di seberang sana. Puteri patuh, menghimbau pandangan sejauh yang mungkin.

“Di situlah dulu letaknya kota Konstantinople. Jelas dari sini. Sultan Muhammad memang cerdik sungguh, dia betul-betul kaji sejarah. Dah ramai pejuang Islam nak tembus Kota Konstantinople tapi gagal. Kebal sangat. Kota tu ada tembok tingginya dua puluh lima kaki, tebalnya empat lapis, di luar tembok ada parit air pulak. So, Sultan Muhammad bina tugu ni. Hanya ambik masa empat bulan. Dia sendiri buka serban dengan baju dia, ikut bina kubu ni. Semua ulama dengan pemimpin malu, ikut sekali buat kerja buruh. Hebatkan pemimpin Islam?” Puteri menelan liur, mengangguk. Betapa aku jahil tentang semua ini. Aku hanya seorang Islam kerana dilahirkan Islam, bisik hati kecil Puteri, malu dengan diri sendiri. Islam pun belum betul-betul kenal, apatah lagi pemimpin Islam?!

“Depan tugu ni tepat di mana laluan paling sempit sepanjang Selat Bosphorus. Jadi Sultan Muhamad mengawal laluan kapal-kapal dengan posisi terbaik di sini. Dari sini jugak, dia melancarkan serangan, mengebom kota Konstantinople dari tiga menara bertalu-talu sampai kota tu lemah dan akhirnya berjaya ditawan dengan macam-macam taktik peperangan hasil pimpinan Sultan Muhamad.” Nuqman memandang jauh, menjiwai sejarah hebat itu. Dia menarik nafas perlahan-lahan. Semangatnya semakin berkobar setiap kali dia mengunjungi Rumeli Hisari. Dia mengalihkan pandangan kepada Puteri yang asyik merakam gambar dari sudut itu.

“Hebatkan hasil pimpinan sorang lelaki yang baru 21 tahun? Boleh bina tugu sehebat ni, runtuhkan kota kebal, mampu memimpin sebuah empayar Islam… hanya orang yang betul-betul bertaqwa saja yang akan dibantu Allah sampai ke peringkat ni…”

Lensa Camcoder Puteri terhenti. Lama dia termenung menjauh. Nuqman kehairanan dengan tingkah Puteri. Apa agaknya dalam fikirannya? Perlahan Puteri berpaling memandang tepat ke arah Nuqman.

“If only such a person exist today… mungkin kekejaman terhadap orang Islam yang sedang berlaku… takkan berlaku…” Keluhnya, perlahan. Ada air yang tergenang dalam kelopak matanya. Nuqman terkedu. Penderitaan dari keganasan itu benar-benar meninggalkan kesan pada Puteri.

“Allah Maha Pembela, Ika. Sejarah tetap akan berulang. Setiap 100 tahun, Allah datangkan seseorang yang bangkit membela agamanya. Bawak manusia yang dah lalai, dah rosak, ada yang dah sesat, balik semula pada Tuhannya. Kita dah lalai sangat, Ika. Ramai antara kita dah rosak, makin ramai yang tersesat, semua tu membentuk jahiliah. Mana yang masih beriman tetap yakin, Allah akan datangkan penyelamat tak lama lagi. Kita kena terus kuat jaga agama, jaga iman selagi mampu. Keganasan tu akan berakhir dengan kemenangan bagi Islam. Percayalah. Sejarah dah banyak kali buktikan. Ada mujadid pada setiap kurun. Selain tu, ada pemimpin gagah berani macam Sultan Muhamad Al Fateh, Khalid al Walid, Salahuddin Ayyubi, ramai lagi. Islam tu selamat dan menyelamatkan. Ika kena yakin…” Nuqman mengimbau masa lampau demi untuk berkongsi kekuatan.

Puteri semakin sebak. Macammanalah aku nak yakin… aku tak tau pun semua tu! Aku tak pernah ambik tau! Puteri mengutuk diri sendiri.

“Pembela agama Allah sedang berjuang di mana-mana Ika. Mereka tak ramai. Sebab yang benar-benar bertaqwa memang tak ramai. Tapi percayalah… Islam tak kan terbiar hancur.” Nuqman cuba menenangkan gadis itu yang seperti tenggelam punca dengan apa yang sedang berlaku.

“Mereka ni hebat, Ika. Macam Sultan Muhammad… dia suka pakai serban. Ikut sunnah nabi. Tentera dia pun suka pakai serban. Yang paling hebat, serban tu lah kain kafan diaorang…” Nuqman tersenyum tapi riak wajahnya keharuan. Puteri terperanjat.

“Betapa diaorang cintakan syahid…,” sambungnya, sebak. Puteri tunduk. Hebatnya, ya Allah! Bantulah mereka yang membela agama-Mu, ya Tuhan… selamatkanlah kami, hatinya merintih sungguh.

“Ika nak explore tempat ni lagi, tak?”

Cepat dia mengangguk. Airmata yang bertakung dikesat laju. Nuqman menghulurkan tapak tangannya. Malu-malu Puteri menyambutnya.

“Then, lets go! Kita kena mendaki. Setidak-tidaknya sampai tingkat tiga. Sanggup tak ni?” Puteri terdongak. Tugu itu kukuh menanti. Sanggup! Dia sanggup demi menjelajah rahsia kekuatan Al fateh!

Mereka melangkah dan terus menjelajah ke segenap penjuru tugu itu. Selain dari tiga menara utama yang berbentuk silinder di pinggir pantai, di sayap utara dan selatan, ada pelbagai lagi bentuk binaan dengan fungsi yang berbeza dibina dalam Rumeli Hisari. Ada deretan batu yang menaik seperti tangga mengelilingi dataran yang luas seperti stadium. Dinding-dinding batu yang menjadi benteng juga dibina dengan berbagai bentuk menjadi ‘wall of fire’ yang tidak boleh ditembusi dan tidak selamat jika dihampiri.

Dalam tugu itu selain pintu masuk besar untuk ke menara, terdapat banyak pintu-pintu dan lorong-lorong yang digunakan untuk ke gudang senjata dan tempat penyimpanan stok makanan para tentera. Puteri dapat merasakan semangat juang tentera Islam yang memenuhi ruang Rumeli Hisari satu waktu dulu semakin kuat dalam nafasnya.

Tiba di tingkat tiga pada ketinggian 60 kaki dari aras laut, Puteri mula terasa penat. Nuqman menariknya ke bawah redup pepohon di situ sambil berdiri mengadap selat Bosphorus. Kapal-kapal besar dan feri sedang bersimpang siur membawa barang dagangan dan juga penumpang. Ada yang melambai tangan ke arah mereka. Terlupa rasa letih, Puteri dan Nuqman ikut melambai.

“Inilah senibina pertahanan tentera terbaik di zamannya. Bukan saja kubu, tapi strategi dan taktik perang Sultan Muhamad Al Fateh diakui oleh barat di antara taktik yang hebat, unik dan bijak sampai ke hari ni. So, what do you think of Rumeli Hisari? ”

Puteri mengangguk. Kebenaran itu tak akan dapat disangkal. Namun payah dia hendak mencari kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan Rumeli Hisari.

“A great great architecture. I can’t say much but… he is a chosen man…” Puteri menelan liur, cuba mencerna kata-kata sendiri.

“He didn’t know that he was the chosen one at that time. All he knew then was that he chosed to be the one…,” jawab Nuqman. Dalam maksudnya, sedalam renungannya ke dalam anak mata Puteri.

“Dia yakin dengan Hadis Nabi, yang Konstantinople akan jatuh ke tangan seorang raja yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Dia bersungguh-sungguh nak rebut peluang, nak membenarkan kata-kata Nabi. So, he chosed to be the one…,” jelas Nuqman lagi. Puteri terpaku, tak mampu mengalih pandangan.

“Do you?” Nuqman mengangkat kening. Puteri terkejut dan tergamam.

“Err… do-do I what…?”

“You are the chosen one but do you chose to be the one?” Puteri bertambah tergamam. Ss-soalan apa ni? Jerit hatinya.

“To… to be… what?” Soalnya kembali dalam helaan nafas gementar. Sungguh dia tak faham!

“To be my wife…,” jawab Nuqman, lembut. Kelopak matanya berkedip sekali, terbuka semula menanti jawapan.

Puteri terlopong, tak mampu menarik nafas, apatah lagi berkata-kata.

Akhirnya mereka keluar dari Rumeli Hisari bersama sejarah yang masih bernafas. Pantai Bebek yang panjang dan tenang itu disusuri bersama. Masing-masing terdiam tanpa kata. Namun pertanyaan Nuqman tetap terakam di situ, di Rumeli Hisari.

Suasana pantai agak sibuk waktu itu. Matahari sudah meninggi. Banyak bot-bot besar bersidai di tepi pantai menunggu penumpang. Kaki pancing sudah berderetan menunggu ikan memagut umpan di mata pancing. Ada juga yang mandi-manda, beristirehat dan bersiar-siar di pantai. Nuqman melabuhkan punggung di kerusi kayu di situ. Puteri yang gelisah sendiri sejak tadi, mengelak dari duduk bersama. Dia membuka kasut, melangkah ke gigi air.

‘Do you?’ Soalan Nuqman berulang-ulang kali bergema dalam dirinya.

‘To be my wife…’ Dia seperti melamar, bisik hati Puteri.

Benar, dia tak pilih aku. Dan aku pun tak pilih dia. Aku dan dia dipilih untuk disatukan. Bezanya, dia memilih untuk menjadi seorang suami tapi aku… belum mahu memilih untuk menjadi seorang isteri…?!

Puteri mengeluh panjang entah kali yang ke berapa. Berat dadanya menanggung persoalan itu. Aku datang untuk mencari jawapan pasti tapi setakat ni, aku makin buntu, Puteri mengeluh panjang.

Nama Maliha menerjah mindanya. Puteri menyentak diri sendiri supaya fokus dengan apa yang penting waktu ini. Dia mesti balik! Dia mesti berjumpa dengan Maliha sebelum majlis pertunangan tu, hati Puteri bertegas. Tak kira samada Taufik serius terlibat, tak kira samada tindakan Taufik betul atau salah, dia tetap sedang terlibat dengan sesuatu yang bahaya. Hati kecil Puteri kuat mengatakan yang Maliha tak tahu tentang penglibatan Taufik. Setidak-tidaknya dia mahu Maliha bertunang dalam keadaan dia maklum dengan semua itu.

Puteri menarik nafas dalam-dalam. Dihela perlahan-lahan, mengumpul kekuatan diri. Dia harus tegas dengan diri sendiri. Dia tak boleh hilang fokus dalam hidupnya. Hatinya membulat dengan sebuah keputusan.

Dia akan meninggalkan Istanbul… dan Nuqman. Cukuplah sampai di sini hubungan mereka. Segala yang manis akan dia simpan jadi kenangan. Puteri menoleh ke belakang, memandang Nuqman dari jauh. Lelaki itu sedang sibuk dengan handphonenya. Dia sedang menelefon seseorang, seperti membincangkan sesuatu yang serius.

Puteri menelan liur. Memandang lelaki itu sepuas hatinya. Nuqman seorang lelaki yang istimewa. Puteri amat pasti tentang itu. Belum pernah dia temui seorang lelaki seperti Nuqman. Apakah mungkin dia benar-benar mampu setia bersamanya?

Lelaki seperti itu mampu memilih mana-mana perempuan yang dia suka! Mana mungkin seorang gadis mentah seperti aku dapat memenuhi citarasanya? Dunianya luas, impiannya terlalu tinggi. Aku cuma gadis biasa… sampai waktu dia akan tersedar yang aku tak cukup layak untuk bersamanya…

Aku bukan untuknya. Puteri menelan sebak, mengakui hakikat dirinya. Lebih baik dia tetap memilih jalan hidup sendiri. Abah akan faham. Nuqman? Nuqman juga akan faham suatu hari nanti. Hakikatnya dia tahu, Nuqman adalah lelaki yang akan terpahat kukuh di hatinya. Entah sampai bila. Kerana dia amat istimewa…

Entah dari mana datangnya rasa sembilu menyelinap di hati, tersayat pedih. Puteri tertunduk memandang pepasir di kaki. Sebak semakin kuat bertandang.

“Ika…”

Puteri terdongak memandang langit. Terdiam, kaku berdiri. Dia tak boleh berpaling kerana sudah ada airmata yang hampir tumpah.

“There’s a flight to Singapore tonight. And another flight to KL tomorrow. That’s the earliest we can get… supaya Ika dapat jumpa Maliha. Mungkin awal pagi Sabtu, insyaAllah…,” beritahu Nuqman di telinganya sambil tangannya melingkar, mendakap Puteri. Menyentak sekujur tubuh gadis itu.

“Are you sure that you wanna leave Istanbul… and me?” Bisik Nuqman lagi. Puteri yang tadi terkaku dipeluk Nuqman jadi lebih terkejut hingga terpejam matanya. Sanggupkah?! Dan airmata itu tumpah akhirnya.

Nuqman terus mendakap Puterinya. Isterinya! Rasa damai, asyik dan bahagia. Mahu dia kongsikan rasa-rasa itu tapi… biarlah sentuhan itu yang menyampaikan segala rasa. Hanya yang merasa akan tahu maknanya. Makna pada rasa, itulah penghayatan.

Dia rasa seperti mahu memberitahu dunia yang dia punya isteri. Yang dia sayangkan isterinya. Rasa tak mahu lagi berpisah dengannya.

Mereka bersatu di situ. Disaksikan bumi, pantai, laut dan langit. Mereka disatukan dengan akad yang suci atas nama Illahi.

Puteri menahan diri dari teresak. Tiba-tiba dia tak mahu detik ini berakhir. Izinkan… izinkanlah dia menikmati bahagia ini… walaupun untuk sekejap cuma. Sentuhan Nuqman terasa keikhlasannya. Terasa kasih sayangnya. Terasa kebahagiaannya. Dan Puteri terdiam menghayati rasa-rasa itu sepenuh hati.

Puteri menangis? Nuqman kehairanan. Dia memegang kedua bahu Puteri dan memusingkan tubuh gadis itu. Benar, pipinya basah… Puteri cepat-cepat mengesat pipi dengan belakang tangannya. Dia cuba untuk tersenyum.

“Hey… kenapa ni? Sedih nak tinggal Istanbul atau nak tinggal saya?” Bahu Puteri disentak. Sempat dia mengusik. Puteri terdongak.

“Mestilah Istanbul!” Luahnya sambil mengerutkan muka, melindungi segala rasa.

“Ooohhh… Istanbul!” Nada suara Nuqman mengejek. Hidung Puteri ditarik kuat.

“Sedih nak tinggal Istanbul, ya?!” Puteri menepis malu.

“Mestilah!” Jawabnya lagi. Mengaku tidak sekali!

Nuqman ketawa. Masih terdengar suara mengejek.

“Yang pasti, Ika pergi raikan Maliha dan Taufik. Tapi kena janji… yang Ika takkan ganggu majlis pertunangan tu. Jangan sekali-kali menghalang, okay?” Puteri buat muka. Nuqman membesarkan matanya.

“Tapi Maliha tak boleh teruskan kalau dia tak…”

“Boleh, Ika. Tentang Taufik, kita akan selesaikan sama-sama sebaik saja majlis tu selesai. Tapi jangan diganggu majlis yang baik tu. Ika kena janji…”

“Kalau tak…?”

“Saya batalkan tiket…”

Ada hati yang melompat kegembiraan mendengarnya. Tapi Puteri cuma mengerutkan dahi.

“Saya janji kalau awak pun janji!”

“Janji apa?”

“Selamatkan Taufik…” Nuqman ketawa.

“Taufik memang selamat, Ika.”

“Awak jangan main-main. Kalau tak, saya call Maliha suruh batalkan saja…”

“No… don’t do that! Saya janji. Kita akan bantu Taufik pilih ‘jalan yang selamat. Ok?!”

Puteri tunduk, mengangguk. Nuqman meraih dagunya. Memandangnya lama. Puteri juga membalas pandangan itu. Mencari maksud pandangan Nuqman.

p/s: Kalau ada fakta yang tak betul, mohon bantu Juea betulkan ya… your thots and comments will keep me going, as always…

Siri Novel MAKNA PADA RASA Bab 30

Salam semua…

New entry as promised. Rasanya bab ni paling susah Juea nak tulis sebab terlalu berat dan pedih. Emosi sangat-sangat terusik. Juea ketengahkan juga untuk penghayatan kita bersama. Would love to hear your thoughts and comments… to share the pain dan strength… with them. kita bersatu dalam doa.

Khuda Hafiz.

Bab 30

Puteri menarik nafas panjang berkali-kali, cuba menenangkan diri. Kemudian dia melangkah menghampiri jendela. Langsir diselak. Permandangan bandaraya Istanbul terhampar di ruang mata. Bandaraya nostalgia dunia itu kini pesat dengan perkembangan ekonomi dan kebudayaan di antara dua benua dan juga dunia. Bagaikan mimpi bagi Puteri untuk menjejaki kota yang ke tujuh paling ramai dikunjungi pelancong di dunia ini.

Kalau boleh dia mahu berlama-lama di sini. Banyak sungguh tempat yang ingin dia jelajahi dan terokai. Apatah lagi selepas melihat sepintas lalu bangunan-bangunan bersejarah itu dari atas cruise semalam. Meneroka Istanbul bersama Nuqman… Ah! Indahnya…

Tapi hatinya mendesak untuk pulang. Dia mesti jumpa Taufik dan Maliha. Kalau apa-apa berlaku nanti, dia akan rasa bersalah seumur hidupnya sekiranya dia hanya membiarkan perkara ini berlaku. Fail kuning di atas meja itu dikerling dengan ekor mata. Cemasnya! Apa yang Taufik sedang lakukan sebenarnya? Dia tak dapat nak bayangkan bagaimana kehidupan Maliha jika Taufik benar-benar terlibat. Lebih dahsyat lagi kalau Taufik mengheret Maliha sekali dalam kancah keganasan itu. Tak mungkin!

Fail kuning itu dicapai. Hatinya mula berdetak cemas. Helaian demi helaian diselak setelah isi kandungannya dibaca. Kebanyakannya adalah gambar-gambar yang memaparkan pesanan yang dihantar melalui aplikasi whatsapp di antara Taufik dengan rakan-rakannya. Melihat pada nama-nama yang tertera, agak ramai juga dalam kumpulan yang mereka namakan Pedang Zulfakar itu. Perbincangan mereka berkisar tentang syarat-syarat wajib jihad dan persiapan diri yang mesti dibuat untuk melepasi tapisan kumpulan-kumpulan mujahiddin.

Ya! Mereka berbincang tentang mujahiddin. Bukan ISIS! ISIS dengan mujahiddin tak sama? Tapisan? Dahi Puteri berkerut. Nak pergi mati pun kena ada tapisan? Hatinya sinis bersuara geram.

Dia membaca lagi. Cemas semakin membuak di dada. Kumpulan ini benar-benar serius. Mereka mencari tapak untuk berlatih menjadi pejuang sebelum pergi berjihad. Serbuan ke beberapa lokasi di Kedah oleh pihak berkuasa membuatkan mereka semakin berhati-hati. Ha! Tahu pun takut? Dengan pihak berkuasa, mereka takut? Dengan puak pengganas, mereka tak takut pulak? Mereka ni memang pelik! Hati Puteri menggerutu.

Selain daripada itu, dana juga menjadi topik hangat. Berbagai-bagai cadangan dibincangkan. Antaranya mencari penaja dan membentuk kumpulan yang dapat membangunkan ekonomi untuk menampung keperluan jihad. Oh Taufik! Aku betul-betul ingat engkau nak bukak restoran lepas habis belajar…! Puteri mengeluh panjang lalu tersandar di kerusi. Macamanalah Taufik boleh terlibat dengan kumpulan-kumpulan ini?

Nuqman keluar dari bilik air. Puteri cepat-cepat tunduk melihat kertas-kertas di tangannya. Sepatutnya dia keluar dari bilik itu! Kenapalah tak terfikir dari tadi?! Sekarang, siapa yang tak tentu arah. Sudahlah mata ni degil tak mendengar kata! Hendak jugak menjeling ke arah Nuqman yang sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil. Dia hanya bertuala menutup pusat hingga ke lutut seperti tadi. Selalu tengok perempuan seksi, dia tak rasa apa-apa. Tapi bila Nuqman seksi macam ni, dia tersiksa!

Nuqman perasan yang Puteri sudah gelabah. Dia sendiri pun janggal. Tak pernah berada dalam keadaan itu dengan perempuan. Tapi… Eh! Itu kan isterinya. Dia harus biasakan. Apatah lagi dengan isteri yang berlagak dingin terhadapnya. Hmm… Nuqman mula mengira-ngira sendirian. Apa kata kalau… dia goda isteri sendiri? Sampai isterinya mengalah dan menyerah! Nuqman tahu dia boleh guna cara paksa atau pujuk. Teringat cara-cara Rasulullah dalam menawan hati para isterinya, Nuqman tersenyum sambil menjungkit kening sebelah. Paksa bukan caranya.

Dia tak jadi hendak mengambil baju dari almari baju. Sebaliknya dia mencapai sikat. Rasanya itulah kali pertama dia menyikat rambut penuh gaya di cermin sambil memerhati Puteri yang tak senang duduk di kerusinya.

“So, serius ke Ika nak balik?” Punggungnya dilabuhkan di meja, hampir dengan tangan Puteri yang masih memegang fail. Puteri terdiam. Dan semakin lama, fail itu seperti semakin bergetar.

“Y-ya… Ika… eh… sssaya nak balik…” Puteri menelan liur berkali-kali. Tubuh itu terlalu dekat. Haruman mandiannya yang masih kuat melekat membuatkan nafasnya turun naik. Lari, Puteri! Lari sebelum terlambat!

Tap! Fail tertutup rapat. Puteri bingkas berdiri.

“Eh! Nak ke mana? Kan nak bincang?” Terkejut Nuqman dibuatnya. Dia ikut berdiri. Dalam hati, jenuh menahan gelak. Kuat juga penangan auranya! Puteri terkulat-kulat tak pasti nak berkata. Kakinya tiba-tiba terpaku tak mahu melangkah. Nuqman cepat bertindak. Dia melangkah ke belakang Puteri, menyekat pergerakannya.

“Ika cadang nak balik bila?” Dia cuba bersuara selamba.

“Hari ni! Ya… hari ni! Anytime kalau flight ke KL ada…” Laju Puteri menjawab.

“What!” Nuqman terkejut sungguh. No way! Bentak hatinya. Kedua bahu Puteri dipegang dan dipusingkan supaya gadis itu mengadapnya.

“Ika baru tiga hari kat sini, takkan dah nak balik? Banyak tempat lagi Ika tak pergi, tak jelajah…,” Nuqman cuba memberi alasan. Hati saya pun awak tak sempat jelajah lagi, sambungnya di dalam hati.

“Saya tau…,” Puteri buat muka sedih. Tapi memang dia sedih. Sedih nak tinggalkan Nuqman… Eh! Nak tinggalkan Istanbul! Akalnya cepat-cepat membetulkan.

But being so close with him like this… PUTERI ZULAIKHA!! Hatinya menjerit memberi amaran.

“Then, don’t go. Everything else can wait for a while… let’s explore Istanbul, get to know Istanbul better? Hmmm…?” Nuqman memujuk lembut. Telapak tangannya menyentuh pipi Puteri. Ibu jari mengusap bibirnya. Puteri terkedu. Sentuhan itu mematikan akalnya. Melemahkan semangatnya. Dia menelan liur, mengalihkan pandangan. Tolong aku, Tuhan!

“Ika… tell me that you’ll stay…” dagunya diangkat, memaksa dia menatap wajah sayu merayu Nuqman. Puteri memejamkan mata.

“Ika?!” Bahu Puteri disentak Nuqman. Puteri meletakkan kedua tapak tangan ke dada Nuqman, cuba menjauhkannya. Tapi… bulu dadanya di tapak tangan… membuatkan Puteri lupa apa yang hendak dikatakannya. Jemarinya menyentuh dada Nuqman yang bidang dan sasa. Merasakan keasyikan jemarinya di antara bulu roma. Matanya juga terpaku di situ. Nafas Nuqman hangat di ubun-ubunnya. Puteri tak mampu berfikir lagi.

“So, you’ll stay, hmm…”? Nuqman benar-benar mengharap. And explore me! Hatinya nakal menyambung.

Puteri menelan liur. Hatinya memang tak mahu pergi. Sh-should I stay…?

Maliha! Ingat Maliha! Dia perlukan kau, Puteri! Puteri cuba menepis rasa-rasa itu. Sedaya upaya…

“Maliha… Liha nak bertunang. I’ve got to be there for her…” Puteri membuka mata, memaksa seluruh diri bersuara. Memandang Nuqman dalam-dalam. Nuqman melepaskan keluhan panjang. Tangan di bahu Puteri akhirnya melingkar di pinggangnya. Susah untuk dia melepaskan Puteri kali ini…

“Ok… bila?” Dia mengalah.

“Sabtu ni…,” suara Puteri bagaikan hendak menangis. Lingkaran tangan Nuqman di pinggangnya… mengujakan!

“That’s three days away…!” Puteri hampir tersedak dengan suara Nuqman yang meninggi.

“Yy-ya! Sebab tu sssaya kena balik…!” Mukanya berkerut, mengharap. Sebab dia sudah tak kuat lagi nak bertingkah. Mahu saja dia memeluk Nuqman dan lupakan semua kebimbangan. Jantung berpalu terlalu kuat dengan irama yang tak menentu.

“Ika… majlis bertunang, kan? Balik hari Jumaat pun masih sem…”

“I have to stop her!” Ya! Semua itu mesti dihentikan. Semua ini juga mesti dihentikan. Kenapa tak tentu arah jadinya, Puteri??!

“What??!”

“That’s the only way to stop Taufik! I know him. Bukan mudah nak ubah Taufik. Dia kena tinggalkan semua ni kalau dia nak bertunang dengan Maliha…!” Ya! Itu saja caranya. Entah kenapa tiba-tiba dia terfikir begitu. Dan sebab lain ialah… aku perlu lari dari Nuqman sebelum aku semakin terjerat!

“Ika… you cannot jump to conclusion just like that! Takkan nak rosakkan majlis diaorang tak usul periksa dulu?”

“Sebab tu saya nak balik hari ni! Susah saya nak explain dalam telefon. Saya nak pastikan Taufik mengaku dan berjanji dengan saya. Kalau tak, saya takkan benarkan dia bertunang dengan Liha! TAKKAN!” Mata bundar Puteri semakin besar. Suaranya semakin tegas. Pandangan Nuqman menirus. Puteri tak sepatutnya bertindak sejauh itu tapi untuk membuatkan dia berubah fikiran, Nuqman tak boleh hanya memujuk.

“Ika tak boleh halang Taufik macam tu sekali…”

“Kenapa? Kenapa tak boleh?! Bukti dalam fail ni dah cukup kan…?”

“Sebab Ika tak tau kenapa Taufik dengan kawan-kawan dia ambik tindakan macam tu.” Terkelip-kelip mata Puteri, tak percaya.

“Kenapa? Awak tau?” Cabar Puteri. Sedangkan Nuqman langsung tak kenal siapa Taufik!

“Let me show you…!” Bahu Puteri dipusingkan dan dia disuruh duduk di kerusi. Lingkaran di pinggang akhirnya terlerai. Puteri terhenyak di kerusi. Tak pasti samada lega atau kecewa.

Laptop dibuka di hadapannya. Nuqman tunduk, muka hampir bersentuhan. Puteri menahan nafas. Jemari Nuqman pantas menekan papan kekunci dan membuka aplikasi. Senarai video berderetan terpapar di layar. Dia memilih salah satu lalu membukanya. Puteri tak dapat memberi fokus. Jarak Nuqman menganggunya. Hatinya belum reda dari berdebar.

Video ditayangkan memenuhi layar. “Awak tengok dulu…”

Nuqman beredar dari situ. Puteri mengikut dengan pandangan. Bagaikan tak mahu berjauhan…

“Fokus, Ika. Nanti Ika akan dapat jawapan kenapa Taufik pilih jalan tu…,” secepat kilat matanya kembali ke layar. Imej Nuqman yang bermain di mindanya terbang berserpihan entah ke mana.

Laungan syahadah dari video yang sedang ditayangkan mengejutkan Puteri. Imej hidup yang diambil di medan perjuangan menyentak mindanya, mengubah rentak jantungnya. Diselang-selikan dengan ucapan penuh bersemangat dari seorang lelaki berserban yang dialihbahasa di kaki layar memudahkan Puteri untuk memahami apa yang berlaku.

Bagaikan menonton filem ngeri, babak-babak menyayat hati mengunci Puteri di kerusi. Letupan dan bedilan di sana-sini. Kesannya yang amat dahsyat dirakam. Bukan hanya pada bangunan-bangunan yang rebah hancur menyembah bumi tapi lebih dahsyat kesannya kepada manusia yang masih bernyawa. Bukan setakat luka atau bermandikan darah sahaja tapi mereka dipaksa menyaksikan pembunuhan demi pembunuhan di depan mata. Kaum lelaki di tembak, ditikam dan ditetak sesuka hati di depan anak isteri! Perut Puteri senak menyaksikan paparan-paparan itu.

Kemudian imej puluhan mungkin ratusan kanak-kanak yang dikelar leher mereka kaku tak bernyawa terlayar di situ. Serta-merta Puteri memejamkan mata. Terbayang di ruang mata bagaimana anak-anak itu menggeletak bagai ikan yang disiang hidup-hidup! Airmata mengalir deras di pipinya. Mana mungkin wujud manusia sebegitu zalim?! Itu terlalu zalim dan lebih buas dari binatang buas! Tangannya memegang leher sendiri. Lehernya terasa sesak dan sakit walaupun tak langsung terluka.

Tuhan! Nafas Puteri sesak, rasa tak cukup oksigen bila menyaksikan rakaman itu. Tak sempat menghela nafas, imej seorang gadis dihumban dari sebuah trak yang penuh dengan lelaki ke tengah jalan yang dilitupi salji dalam keadaan hampir berbogel.

Dari suara latar video itu menjelaskan yang gadis itu ditangkap dan dirogol entah puluhan tentera Assad Basyar yang durjana dan dilemparkan di atas jalan di tengah-tengah bangunan yang hampir hancur itu. Keadaan hening dan sunyi kerana semua penduduk yang masih bernyawa bersembunyi ketakutan di balik dinding-dinding.

Puteri menekup mulut. Dia terjerit cemas dan pilu. Tangannya mendakap tubuh sendiri. Airmata sudah lencun di pipi dan leher. Semuanya mampu memandang dari balik dinding. Gadis itu masih hidup, bergerak-gerak lemah tak bermaya. Ya Allah! Raung Puteri. Tolonglah…

Seorang lelaki tak sanggup hanya memandang. Dia berlari membawa selimut, mahu menutup tubuh gadis yang sebelum ini menjaga auratnya. Dia menggigil kesejukan di atas salji. Tubuh lemah itu dibalut dan dirangkul ke pangkuannya untuk diselamatkan. Namun hanya sempat dua tiga langkah, tembakan dilepaskan bertubi-tubi ke tubuh lelaki itu tanpa belas kasihan dan dia rebah menyembah bumi bersama gadis malang itu.

“Noooo!!” Puteri meraung. Menangis menggigil. Kejam! Terlalu kejam! Lelaki itu kaku tidak bernyawa. Dan trauma gadis yang masih hidup itu berganda. Pilu, pedih tak terbayang lagi.
“Ika!! Syhh…. ok… ok… you don’t have to see the rest. I’m sorry! I’m so sorry…!” Nuqman yang sudab berpakaian lengkap terkejut. Segera dia memaut bahu Puteri yang teresak-esak menangis tapi matanya tetap terkunci dilayar. Nuqman menyentuh kekunci tapi dihalang Puteri.

“Let me see! Oh God… just let me see them…” rayunya tanpa mengalih pandangan. Nuqman terkaku seketika kemudian berundur ke belakang. Tangannya tak lepas di bahu Puteri, berkongsi apa yang dirasainya. Dia amat tahu…

Pembunuhan demi pembunuhan dan seksaan demi seksaan dipaparkan. Wanita-wanita direntap di mana-mana, diseksa, dirogol semahunya. Puteri rasa jijik, perutnya mual. Hatinya disiat-siat rasa pilu. Rasa lebih baik mati dari mengadap kejadian yang amat dahsyat itu.

Tayangan tamat dengan seruan jihad dilaungkan bertalu-talu. Nuqman menutup layar, menolak laptop ke tepi. Puteri terdiam, tak bermaya. Hanya terus menangis teresak-esak. Dia kehilangan kata. Terasa bagaikan kehilangan separuh nyawanya selepas menyaksikan kejadian-kejadian itu.

Nuqman duduk di meja, mengadap Puteri. Airmata yang bertali arus itu diseka berkali-kali walaupun ia basah semula. Tersentuh hatinya melihat Puteri yang sangat sensitif melihat penderitaan orang lain. Patutlah dia sangat bimbangkan Maliha dan Taufik. Rupanya dia seorang yang penyayang di sebalik watak keras yang dipamerkan selama ini.

“It’s a huge war, Ika. And far more complicated.The cruelty they endure is beyond imagination. It is a war against Muslims. Against all of us. That’s the fact that we have to face…” Nuqman mengeluh pasrah. Tangan Puteri yang masih bergetar dicapai ke dalam genggaman tangannya.

“So, how do you feel?” Lembut Nuqman bertanya. Waktu ini, dia tahu, emosi mengatasi segala fakta dan ilmu dalam diri setiap orang yang menyaksikan kezaliman seperti itu.

“That’s too cruel… God…!” Puteri terjerit, marah bercampur pilu. Dia menekup muka, menangis lagi teresak-esak. Tolonglah ya Allah! Rintihnya tak berkesudahan. Dia masih tak boleh bernafas. Imej-imej dahsyat itu terus bermain-main di ruang mata.

“That’s exactly what Taufik and his friends feel about all these, Ika. So, you should understand why they do what they do…” Nuqman cuba mengaplikasikan keadaan yang sama mungkin berlaku di antara mereka. Nuqman bangun ke jendela. Ini bukan suatu isu yang mudah untuk dibincangkan tanpa melibatkan emosi.

“Let’s go out, Ika. Kita bincangkan hal ni satu persatu. Lepas tu, Ika boleh buat keputusan. Patut ke Ika nak stop majlis yang baik tu? Ika boleh buat keputusan bila Ika nak balik. Saya akan uruskan… tapi sekarang, kita keluar dulu. Ambik angin. Kita bertenang. Kita bincang sambil jalan-jalan. There’s a lot of things to sort out. Saya pun perlu fikirkan hal ni sebab malam ni, kami nak berbincang lagi tentang hal yang sama.”

Lama Puteri terdiam. Kata-kata Nuqman kedengaran hambar di telinganya. Namun bunyi letupan dan bedilan masih terus bergema dalam jiwanya.

“I don’t know what to think! I don’t know what to do! All I want is for all these to stop… this is too much… my heart aching so bad…” Puteri menekan dadanya. Suaranya serak. Airmata kembali tumpah. Nuqman yang mendengar terasa pilunya. Dia melangkah, memusing kerusi hidrolik itu agar Puteri duduk mengadapnya.

“You can help…,” ujarnya perlahan. Sekurang-kurangnya Puteri pasti akan rasa lega kalau dia dapat membantu. Itulah yang turut dirasai oleh ramai muslim di seluruh dunia apabila menyaksikan peristiwa yang dahsyat di akhir zaman ini.

“I’ll tell you how…,” telapak tangan Nuqman dihulurkan. Puteri terngadah memandangnya dengan mata dan hidung yang merah dan basah. Nuqman memandang dalam ke anak matanya seakan-akan melihat apa yang ada di hatinya. Perlahan-lahan Puteri menyeka airmata dan menyambut huluran tangan Nuqman.

p/s: Part of this story is real. I think some of you already saw those videos and news. Apart from sharing, I can only pray… and my heart and soul will always be with them. you know what I mean. meanwhile, I would like to say that, I love you guys…