Siri Novel MAKNA PADA RASA bab 29 (Cinta Puteri vs Nuqman bab 29)

Salam semua…

Haa… cepat sikit entry kali ni. yang berikutnya akan menyusul esok atau lusa. really hope you’ll enjoy this story… or is it too heavy?

Take care, khuda hafiz!

Bab 29

Nuqman terasa hangat dan selesa. Ada sesuatu yang lembut dibahunya. Bau harum yang tak biasa dia hidu menyenangkan penafasannya. Hmm… asyiknya. Tapi ada sesuatu yang agak berat di dada dan pehanya. Nuqman rasa bagai dipeluk orang.

Matanya perlahan-lahan terbuka. Dalam mamai dia menyentuh dadanya. Dia menelan liur. Memang dia sedang dipeluk seseorang. Puteri! MasyaAllah!! Eh…! Subhanallah! Isyhh… biar betul!!

Kepala Puteri manja terlentok di bahunya. Pipi dan dan hidungnya menyentuh bahu dan lehernya. Dia tidur nyenyak, mengiring sambil memeluk Nuqman erat sekali. Bagaikan bantal peluk! Bertuahnya badan!! Hati Nuqman berbisik bahagia.

Enak sungguh rupanya tidur dipeluk isteri. Teringinnya nak membalas pelukan itu. Jangan! Hatinya melarang. Nanti Puteri akan terbangun dan saat-saat indah ni akan berlalu…

Nuqman memejamkan matanya semula, menikmati, menghayati detik-detik bahagia. Bibirnya menguntum senyum. Begini rasanya saat bangun di sisi orang yang dikasihi. Hangat dan manja. Rasanya Nuqman tak mahu lagi tidur sendirian! Sejuk dan sunyi.

Dia teringatkan sesuatu. Perlahan dia menoleh ke kanan. Handphone Puteri ada di situ. Dia capai dan jam di skrin ditelek dalam pandangan yang belum jelas. Matanya masih teramat berat. Mengantuk.

Allah! Dah pukul empat pagi. Sekarang Istanbul memasuki musim panas, jadi waktu siangnya lebih panjang. Ada empat puluh minit lagi sebelum masuk waktu Subuh. Agak terlewat untuk tahajjud tapi masih sempat.

Nuqman menoleh ke sebelah kirinya. Puteri manja terlena. Oh Tuhan! Ujian sungguh! Sayang rasanya nak berpisah dengan Puteri saat dipeluk begini. Antara tahajjud dengan Puteri… mana yang harus aku pilih? Nuqman tersenyum.

Perlahan dia mengangkat tangan Puteri. Kepala Puteri dialihkan ke bantal. Puteri menggumam dalam tidurnya, berpusing ke sebelah sana seolab-olah merajuk tidurnya diganggu. Nuqman menarik selimut yang masih terlipat kemas di hujung katil. Diselimutkan tubuh Puteri agar dia kekal hangat. Pasti dia terlalu mengantuk kerana ikut teleconference malam tadi.

Nuqman keluar perlahan-lahan menuju ke biliknya dan berwuduk. Kemudian berdiri di saf putih yang dihampar di ruang tamu. Dia mengerjakan amalan rutinnya, solat tahajjud dan witir. Dah tak sempat nak buat solat taubat dan solat hajat. Kemudian dia berselawat menunggu azan Subuh.

Teringatkan Puteri yang masih terlena, dia bingkas bangun menuju ke bilik. Melihatkan Puteri tidur nyenyak, dia pasti gadis itu takkan sedar sendiri untuk bangun solat Subuh. Tambah pula lagi semalam dia berjaga.

Tangannya masuk di bawah selimut mencari ibu jari kaki Puteri. Ditarik beberapa kali. Puteri menggumam lagi, menarik kakinya. Marah tidurnya terganggu.

Tak boleh jadi! Nuqman duduk dibirai katil. Bahu Puteri ditepuk beberapa kali.

“Ika! Ika! Bangun solat Subuh dulu…” Puteri menarik selimut menutup kepalanya. Nuqman menarik selimut itu semula.

“Ika… bangun sayang…,” Nuqman berbisik lembut di telinganya.

“Hmmm…” Puteri merengek manja. Nuqman tersenyum. Suka dipanggil sayang, rupanya.

“Ika sayang…,” bisiknya lagi.

“Hmmm…,” dia merengek lagi. Nuqman tahu Puteri sudah sedar dari lena.

“Ika sayang… bangun solat… kalau tak nak bangun, saya cium ya?”

“Hmmm…,” dia merengek lembut. Nuqman meniruskan pandangan. Memang nak dicium agaknya?

“Hah?!!” Selimut disentak, matanya terbuka luas. Wajah Nuqman yang hampir dengannya ditatap terkejut.

“Awak!!!!” Dia terjerit dan menyentak selimut menutup mukanya semula. Ingatkan mimpi!! Dia sangkakan dia sedang bermimpi bermanja dengan Nuqman. Rupanya betul!! Malunya!!

Nuqman tersenyum gelihati. Dia menepuk bahu Puteri di bawah selimut.

“Nak solat tak?” Soal Nuqman.

Kepalanya bergerak-gerak di bawah selimut, mengangguk laju.

“Ok, bangun ambik wuduk. Saya pun nak ambik wuduk ni. Saya tunggu kat luar.” Nuqman bangun dengan senyuman yang panjang. Subuh yang amat membahagiakan!

Mereka solat Subuh berjemaah. Selesai berdoa, Puteri bersalam dengan mata yang separuh terbuka. Dia masih teramat mengantuk. Badan dan fikirannya bagaikan terawang-awang.

“Awak… saya nak tidur. Ngantuk sangat…,” pintanya, manja. Nuqman tersenyum. Memang dia sendiri pun mengantuk sebab hanya sempat tidur sejam saja malam tadi.

“Hmm… pergilah tidur. Rehat dulu ya.” Puteri mengangguk. Dia bangun melangkah berat ke biliknya. Tak sempat membetulkan letak badannya, dia tertidur dengan telekung yang masih tersarung di kepala.

Nuqman mencapai tasbih. Cuba mengelak dari tidur selepas Subuh. Bila matahari naik segalah nanti, dia akan tidur sekejap kerana dia rasa amat letih dan mengantuk.

Cuaca panas terik. Di hadapannya selautan pasir. Hanya khemah-khemah dan bukit-bukit pasir yang kelihatan di kejauhan. Kakinya makin lemah untuk melangkah. Tapi dia mesti terus mencari.

Selepas mendaki sebuah bukit tandus berbatu, Puteri terdengar jeritan. Bahasa mereka tak dia fahami. Beberapa orang berpakaian hitam menutup kepala dan muka berdiri menghunus senjata.

Dan… oh Tuhan!! Di hadapan mereka beberapa orang lelaki lemah melutut di pasir. Kepala mereka berbalut litup dengan karung hitam dan tangan terikat ke belakang.

“Jangan! Jangan! Tolonglah… jangan!” Dia menjerit, merayu. Rasa takut yang amat sangat menguasai dirinya tapi dia harus tahu. Dia mesti tahu.

Dia berlari di antara mereka. Senjata itu mungkin akan menghala ke jantungnya tapi dia tak peduli lagi. Dia harus tahu!

Dia menyentap karung di kepala mereka. Satu demi satu. Bukan! Bukan! Yang ini pun bukan!

“Hey!” Satu suara menyergah. Dia tak peduli. Nak bunuh? Bunuhlah! Lebih baik mati dari dia terus ketakutan mencari begini…

“Ika!” Suara itu! Siapa?

Kepalanya disentuh sesuatu. Entah-entah senjata mereka! Dia berpaling. Tekad. Hanya sepasang mata memandang marah.

Dia kenal mata itu! Tangannya yang mengigil merentap penutup muka.

“Taufik! Taufik!” Dia menjerit, meraung. Dia jumpa. Dia jumpa akhirnya! Dia akan bawa Taufik balik ke pangkuan Maliha!

Mata Taufik bagaikan menyala. Senjata itu tepat di dahinya. Picu ditarik. Dan…

“Taufiiiikk!”

“Ika!!”

Matanya terbuka. Nafasnya tercungap-cungap. Peluh memercik di dahi, di mana-mana.

“Ika…! Awak mimpi…,” tangan mengusap rambut Puteri, menenangkannya. Sepasang mata Puteri membulat, terkelip-kelip ketakutan.

“Ss… saya cuma mimpi…? Tau-Taufik tak apa-apa, kan? Taufik tak ikut ISIS, kan?”

“Taufik?!!” Nuqman terkejut. Siapa Taufik?

“Awak! Malam tadi… awak… awak cakap tentang ISIS… saya cuma mimpi, kan?” Puteri segera bangun mengadap Nuqman. Nuqman menelan liur. Taufik anak saudara Dr Arsyad! Puteri kenal Taufik?

“Nuqman!” Lengannya digoncang. Nuqman tersentak.

“Ika… bangun dulu. Everything’s alright. Ika basuh muka dulu, lepas tu kita sarapan. Saya akan jawab soalan Ika hanya lepas Ika makan, ok?” Teratur dan tenang suaranya. Puteri mengalah. Kepalanya terhenyak semula ke bantal. Dia mengangguk. Patuh.

Nuqman kembali ke ruang tamu. Dia tunduk mengutip tasbih yang terjatuh semasa dia tertidur ketika duduk di lantai sambil bersandar di sofa.

Dia hanya tersedar bila mendengar jeritan kecil dari bilik Puteri. Rupanya fikiran Puteri benar-benar terganggu kerana perbincangan semalam. Dia kenal Taufik? Apa hubungannya dengan lelaki itu? Gusar menjalar di hati Nuqman.

Nuqman hanya memesan sarapan. Dia mengemas ruang tamu dan membawa laptop ke bilik. Sempat dia membuka email, mencetak maklumat tentang ISIS dan Taufik yang dihantar Laili dan juga beberapa keping gambar Taufik. Facebook Taufik dibuka, setiap kiriman ke laman facebook dilayari. Nada perjuangan jelas dalam hampir setiap kiriman. Ada unsur provokasi dan tak puas hati. Nuqman memerhati kalau terselit agenda politik namun lelaki muda ini lebih fokus kepada mengapa masyarakat terus lena saat agama dihancurkan di depan mata. Sedangkan lena itu banyak takrifannya, Nuqman bimbang dia termasuk yang lena ‘roh tauhid’nya.

‘I’m done…” suara Puteri di pintu mengejutkan. Jelas gadis itu sudah mandi, siap menukar pakaian dan bersiap. Cepat sungguh! Namun kelesuan jelas terpapar di wajahnya.

Loceng pintu berbunyi. Syukur, sarapan sudah tiba. Nuqman keluar sambil mengajak Puteri ke meja makan.

Mereka makan dalam diam. Nuqman hanya memesan borek, sejenis makanan seperti roti canai yang diisi dengan keju dan kentang dan yang diisi dengan daging.

Puteri memaksa dirinya menelan makanan itu. Bukan sebab tak sedap. Sebab seleranya entah ke mana. Dia sebenarnya masih berharap apa yang berlaku malam tadi hanya mimpi. Tapi Nuqman tidak menafikannya!

Sepanjang perbincangan semalam, dia berdepan dengan kejutan demi kejutan. Nama Taufik tiba-tiba muncul. Dan Nuqman juga terlibat? Siapa Nuqman sebenarnya? Kenapa dia tidak hanya seorang arkitek biasa? Kan mudah kalau begitu…? Abaaaah! Sekarang menantu abah nak lawan terrorism?!

Tercekik dibuatnya mengenangkan itu semua. Puteri mencapai gelas susu di hadapannya. Makanan itu tak tertelan lagi. Dia terpaksa menolaknya dengan susu. Entah kenapa, Nuqman asyik sediakan susu untuknya?! Macamlah dia budak-budak lagi…

Nuqman memerhati Puteri dalam diam. Dia tahu Puteri memaksa diri tapi dibiarkan. Gadis itu perlu makan. Dia sudah kurus berbanding waktu mereka bernikah dulu. Nuqman bimbang kerana dia mula perasan yang gadis itu mudah terganggu emosinya. Seperti semalam dan pagi ini.

Pinggannya kosong. Nuqman masih mengunyah. Diam memerhatikannya. Jantung Puteri semakin kuat berdebar. Dia tunduk memandang kedua tangannya yang gelisah di riba. Menyabarkan diri untuk menunggu. Setiap detik bagaikan terlalu lama baginya. Sebaik sahaja Nuqman menghabiskan sarapannya, Puteri mendongak. “So?”

Nuqman tersenyum. Dia bangun sambil menghulur tangan kepada Puteri. Mahu tak mahu, Puteri menyambut juga, ikut bangun dan berpindah duduk di sofa. Dia lebih suka di meja makan sebenarnya. Ada jarak di antara mereka. Sofa? Detak jantungnya makin kalut.

“Apa yang Ika nak tau?” Nuqman duduk di sebelah tapi mengadap dia, dekat. Puteri menelan liur.

“Tau-Taufik… gambar Taufik… saya nak pastikan… yang dia… Taufik kawan saya…,” suaranya bergetar. Nuqman mengangguk. Perkataan ‘kawan’ sedikit melegakannya.

“Tunggu kejap…,” dia bingkas bangun menuju ke bilik. Semalam, Puteri hanya melihat dari jauh. Dia tak begitu pasti. Tapi Taufik Ismail… berapa ramai Taufik Ismail yang ada? Tuhan tolonglah… bukan dia orangnya…, Puteri tak putus mengharap.

“Here…,” dua keping gambar yang baru dicetak tiba di ruang matanya. Menggigil tangan Puteri menyambutnya. Wajah Taufik tersenyum memandangnya. Taufik… her big brother! Kesayangan Maliha.

“Ohh no! Please… no!!” Puteri hampir merenyukkan kertas itu. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Airmata mula mengalir laju. Mimpi semalam terbayang di ruang mata.

“Noooo!” Puteri menangis. Kenapa Taufik? Apa yang akan berlaku pada Taufik nanti?

Nuqman memaut bahu Puteri ke dadanya. Memeluk erat. Mengelus kepalanya. Hatinya berdetak, rupanya dia bukan hanya kawan.

“Ika… tenang. Dia… dia baru terlibat. Kita kena pastikan dulu. Dia belum terlibat serius. Saya yakin, kita akan sempat selamatkan dia. Ika kena banyak berdoa…” tangannya tak henti mengelus, mengusap. Tangisan Puteri jadi reda dengan kata-kata itu. Taufik masih ada harapan. Nuqman ada. Nuqman…?

“Awak… awak terlibat dengan diaorang? Awak berjihad?” Sebak kembali menunda benaknya. Ahh… dia tak tahu apa yang patut dia katakan. Cemasnya sejak semalam lagi. Macammana kalau… kalau Nuqman ikut berperang?!

“Ika risaukan saya?” Nuqman kaget. Satu perasaan halus menyelinap. Puteri mengenggam tangan Nuqman serta-merta. Kuat. Nuqman terkejut.

“Awak pergi berperang? Dengan muj-mujahiddin? No… no! You can’t be!” Dia menggeleng-gelengkan kepala. Airmata mula mengalir lagi.

“Hey… syhh….” ibu jari Nuqman menyeka airmata itu.

“No, I’m not! Ika… don’t worry too much… everything’s gonna be alright!”

“It is not alright. Diaorang tu… ISIS… please… this is horrible! I don’t believe this is happening!” Dia bagaikan histeria. Nuqman merangkul Puteri kembali ke dalam pelukannya. Dia belum mengerti.

“Ika… tak ada sesiapa terlibat dengan ISIS. Saya cuma bantu pelarian, ok. No ISIS. Kita akan dapatkan Taufik. Kita bantu dia dengan apa cara sekali pun. Jangan fikirkan yang bukan-bukan, ok… syhh…,” Nuqman memujuk lembut.

Lama kemudian, Puteri mula reda. Nafasnya teratur dan airmatanya berhenti mengalir. Dia berusaha menahan tangis dan rasa takut.

“Sayang jugak Ika pada saya…,” ujar Nuqman sambil menyentuh pipi Puteri. Sebuah jelingan tajam dihadiahkan. Nuqman tersenyum. Tadi nangis!

“Ika tenang dulu, ok. Semua ni terlalu baru bagi Ika. Kalau tak boleh kawal diri, kita tak boleh selesai masalah. So, kalau Ika nak Taufik selamat, Ika kena bertenang. Ika rehat kejap, saya nak mandi. Boleh?”

“Urgh… ok…” Puteri mengangguk. Dia menarik nafas panjang, cuba mengawal perasaannya. Betul kata Nuqman, dia mesti bertenang. Nuqman menepuk lembut genggaman tangan di ribanya. Dia bangun menuju ke bilik untuk segarkan diri. Puteri ikut bangun menuju ke bilik. Dalam hatinya nama seseorang bergema berulang-ulang kali. Maliha.

Hampir tiga tahun, dia mengelakkannya. Selama itu, dia anggap mereka sudah tiada. Maliha, Taufik dan… Ammar. Dia buang rasa rindu jauh-jauh. Dia benamkan rasa kasih dalam-dalam. Hari ini semuanya memuncak dalam dirinya. Apakah Maliha tahu semua ini? Atau Maliha juga ikut ISIS? Ya Tuhan!

Dia mencapai handphone, membuka email. Semua e-mel Maliha dan Taufik masih disimpannya kecuali dari yang seorang itu.

Ada emel baru! Gementar tangan Puteri membukanya. Setiap kali dia membaca emel Maliha atau Taufik, dia selalu menangis. Kadang-kadang murung berhari-hari. Bukan mudah dia menahan rindu. Dia hidup kesunyian. Kawan-kawan rapatnya sekarang, takkan pernah jadi seperti Maliha. Dia juga rindu pada mama… kalaulah dia tidak menerima lelaki itu dalam hidupnya, pasti dia masih ada mama. Mama Maliha yang sifatnya hampir sama dengan ibu… Setitis airmata gugur lagi. Cepat Puteri menyekanya. Emel di depan mata dibaca laju.

“Tak mungkin! Tak mungkin!!” Puteri menjerit sekuat hati. Dia berlari ke luar, ke arah pintu bilik Nuqman yang tertutup rapat.

“Awak! Awak!!” Dia mengetuk bertalu-talu. Tapi Nuqman mendiamkan diri. Dia buat apa pulak ni?!!

“Nuqman! Buka pintu ni! Nuqman!!” Dia tak lagi mengetuk tapi memukul pintu itu bertalu-talu.

Tiba-tiba pintu terkuak. Nuqman muncul tanpa pakaian dan tubuhnya basah, air mandiannya menitik ke lantai.

Jeritan Puteri nyaring bergema. Tangannya serta-merta menutup muka. Kelam-kabut Nuqman menarik tangan Puteri dan menutup mulutnya lebih kuat supaya jeritan itu tak terkeluar dari pangsapuri itu. Dia berhenti menjerit tapi matanya ditutup rapat-rapat. Berkerut seluruh muka, takut dan terperanjat. Tak tentu arah dibuatnya.

“Ika?! Kenapa?! Awak ketuk pintu saya macam nak roboh?!” Nuqman melepaskan mulut Puteri bila jeritannya berhenti.

“Sssa-saya nak… nak… balikk! Saya nak balik!” Dia tergagap-gagap. Dek kerana terlalu malu nak berdepan dengan Nuqman yang begitu, dia memusingkan badannya, melangkah pergi.

“Nanti dulu!” Tangannya ditarik kuat. Dia terpusing dan terdorong kembali ke dada Nuqman. Dada yang terdedah itu. Terbuntang mata Puteri. Cepat-cepat dia tutup mukanya. Tapi diraih Nuqman dan kedua tangannya dibawa ke belakang. Lagilah seluruh tubuhnya terdakap di tubuh lelaki itu. Dia… dia hanya bertuala pendek!

“Bukak mata tu!”

Geleng laju-laju.

“Bukak!”

Geleng lagi.

“Ooh… kalau yang tak halal, nak sangat tengok, ya. Yang halal ni, malu nak tengok?!”

Matanya terus terbuka.

“Mana ada saya nak tengok yang tak halal?!” Puteri terjerit marah. Nuqman tergelak. Yang penting, dia dah buka mata.

“Kenapa?”

“Kenapa apa?!” Pandangannya ditahan hanya separas leher saja. Tapi matanya berdegil juga hendak turun ke dada. Jantungnya berdegup terlalu laju. Dalam dakapan lelaki itu sekali lagi, emosinya tunggang terbalik.

“Awak ketuk pintu sampai saya tak sempat nak pakai baju, ada apa?”

Ya? Kenapa?

“Lepas tu tiba-tiba nak balik?!” Puteri menelan liur. Nafas dah semakin tersekat. Bulu dadanya!

“Saa-saya nak balik. Liha… Liha nak ber-bertunang!”

“Liha?!”

“Dengan Tau-Taufik!”

“Oooo…” Nuqman mengira-ngira. Rasanya dia faham. Puteri bimbangkan sesuatu.

“Okay, Ika bagi saya habis mandi dulu. Lepas tu kita bincang, boleh?”

Airliur ditelan sekali lagi. Kepala laju mengangguk. Nuqman melepaskan kedua tangannya yang dipegang ke belakang sekaligus lingkaran tangannya di pinggan Puteri terungkai. Nuqman melangkah setapak ke belakang. Puteri cepat-cepat menarik nafas. Matanya ditundukkan ke lantai. Muka dah terasa hangat. Nuqman yang hanya bertuala itu, amat-amat menggetarkan jiwanya.

“Masuklah. Duduk dulu. You can go through that file, if you want to…” cadang Nuqman sambil memberi laluan kepada Puteri dan menunjukkan fail berwarna kuning di atas mejanya. Fail maklumat tentang Taufik.

“Err… ok. Terima kasih…” Puteri mengangkat muka sedikit tapi mengelak dari memandang Nuqman. Tapi dia tahu, lelaki itu tersenyum lebar sebelum masuk kembali ke bilik air. Senyuman yang teramat nakal! Puteri mendengus marah – marah pada dirinya sendiri.

p/S: Your thots and comments will keep me going. Please share!

Advertisements

Siri Novel MAKNA PADA RASA 28 (Cinta Puteri vs Nuqman 28)

Salam sayang…

Here you are… sambungan kisah Zulkarnain. Juea memang tak sangka hingga ke ‘sini’ jalan cerita dalam Puteri vs Nuqman aka MAKNA PADA RASA… macam readers yang ternanti-nanti next entry… penulisnya juga huhu!

Moga terhibur. jangan lupa, help me to be better. drop your thots and comments, please. and Thank you so much for dropping here!

Take care…

Bab 28

Nadia tidak pernah merasa sebegitu letih. Setiap inci tubuhnya terasa berdenyut. Dia lesu. Sebaik sahaja keretanya di parkir di garaj, dia tersandar lemah. Tidak berdaya hendak keluar dari kereta. Biarlah dia berehat sebentar di situ.

Zulkarnain masih berdiri di tingkap memandang ke arah garaj. Hampir lima belas minit berlalu. Lampu kereta sudah lama dimatikan. Kenapa isterinya masih di situ?

Dia keluar menuju ke kereta. Nadia sedang terbaring lesu dikerusi yang telah direndahkan. Dia tak mahu masuk kerana aku?

Zulkarnain mengetuk cermin tingkap. Tetapi Nadia diam menbatu. Sedikit pun tidak bergerak. Zulkarnain semakin kehairanan. Samada Nadia sengaja atau… Pantas tangannya membuka pintu. Tak berkunci!

“Nadia! Nadia! Bangun Nadia!!” Tangannya menepuk bahu dan pipi Nadia.

“MasyaAllah! Panasnya!” Terkejut sungguh Zulkarnain. Pelik sebab penghawa dingin kereta masih terpasang. Nadia sakit? Pantas dia menutup enjin kereta, mendukung Nadia, membawanya keluar dan menutup pintu dengan kakinya.

Pintu bilik Nadia terkuak dan wanita itu dibaringkan di katil. Dia masih lena, tidak bergerak. Zulkarnain berlari turun, mengambil beg tangan, mengunci kereta dan pintu.

Selepas itu dia ke dapur mengambil satu jag air masak, sebuah besen kecil dan sebiji gelas, dia bergegas semula ke tingkat atas. Almari Nadia diselongkar untuk mencari tuala kecil dan baju tidurnya. Alat penghawa dingin dipasang. Zulkarnain pantas bekerja. Pakaian Nadia dibuka sedikit demi sedikit, kulitnya dilap dengan tuala basah dan akhir sekali pakaian Nadia ditukar. Setelah wanita yang masih lena itu kelihatan lebih selesa, Zulkarnain meletakkan tuala basah di ubun-ubunnya lalu dia kembali turun ke dapur untuk memasak bubur nasi dan mencari ubat untuk Nadia. Kenapa dia tiba-tiba demam? Dia mengeluh panjang. Yang penting, dia mahu menjaga Nadia. Mahu menebus kembali kesilapannya, ‘membenarkan’ Nadia hilang dari hidupnya kerana dia terlewat berterus-terang.

Sejak malam tadi, Zulkarnain bagaikan hilang punca. Kata-kata Nadia bagaikan muktamad. Namun dia cekalkan hati, terus juga bermalam di situ, di atas sofa di ruang tamu. Walaupun rumah besar itu ada empat bilik namun dia sedar yang kehadirannya tidak dikehendaki.

Pagi itu, apabila Nadia bergegas pergi tanpa mempedulikannya, langsung tidak sudi menjamah sarapan yang dia sediakan, sekali lagi dia hampa. Apakah harapan untuk kembali bersama benar-benar sudah tertutup buat mereka.

Zulkarnain tidak ke pejabat hari itu. Setelah membuat kunci pendua, dia ke pejabat Nadia untuk menghantar kunci rumahnya. Namun Nadia tidak ada. Dia meninggalkan kunci itu pada Seri, penyambut tetamu yang berjanji akan memberikannya kepada Nadia.

Selepas itu, Zulkarnain memandu pulang ke rumah. Kepulangannya disambut Natrah dengan senyum manis tanpa spekulasi. Itulah istimewanya Natrah. Zulkarnain akan rasa tenang di sisinya walaupun di saat dia sedang resah gelisah di dalam.

Air teh telah lama sejuk. Kuih sepiring terbiar tak disentuh. Sejak balik tadi, Zulkarnain hanya termenung di sofa. Dia benar-benar buntu. Dia tekad mahu berterus-terang dengan Natrah seperti yang dia katakan pada Nadia semalam. Tapi macammana? Perlukah? Atau dia teruskan saja tanpa perlu melukakan hatinya…

Mungkin akhirnya Nadia akan pergi juga. Setakat ini, dia sama sekali menolak untuk bersama. Jadi apa untungnya Natrah terluka bila akhirnya Nadia tetap tak wujud di antara mereka? Tapi… sanggupkah dia melepaskan Nadia setelah anak mereka ditemui? Kalau Nadia benar-benar tak sanggup berkongsi kasih, patutkah dia memaksa? Tapi dia sangat yakin, Nadia masih menyayanginya.

Tiba-tiba tangannya di riba diraih lembut. Entah bila Natrah duduk di sebelahnya, dia sendiri pun tak perasan.

“Abang, tak pernah Natrah tengok abang gelisah macam ni. Abang nak kongsi dengan Natrah?” Lembut sungguh tutur katanya. Selembut sentuhannya mengelus tangan suami tercinta. Zulkarnain menelan liur. Natrah tidak pernah memaksa dan mendesak. Tenang menerima apa saja. Tergamakkah dia melukainya?

“Abang… abang tak tau, Natrah… tak… tak tau nak kongsi macammana. Abang buntu…!” Tangan Natrah diramas dengan rasa serba-salah. Natrah tersenyum. Manis. Menerima. Mampukah dia terus tersenyum kalau dia tahu…? Zulkarnain memejamkan mata, tunduk memandang lantai. Tak sanggup sungguh!

“Natrah teringat arwah atok. Masa tu Natrah remaja lagi. Selalu ada masalah. Asyik gelisah, hmm… asyik nangis! Selalunya Natrah sebab selalu tersepit antara dua orang kawan baik. Selalu kena marah dengan atok.” Entah kenapa Natrah selamba bercerita. Zulkarnain mendengar penuh minat. Biar reda sikit gelodak hati di dalam.

“Bukan ke Natrah cucu kesayangan atok? Kena marah jugak?” Natrah ketawa.

“Memanglah tapi atok kan garang!” Dia ketawa lagi sambil menggelengkan kepala.

“Abang nak tau apa atok cakap kalau Natrah kata, Natrah dah buntu?” Cepat Zulkarnain mengangguk.

“Atok kata, tak pandai-pandai nak jadi ‘hamba’. Asyik rasa diri tu, ‘tuan’. Sebab tulah asyik buntu manjang!” Cerita Natrah sambil ikut gaya atoknya bercakap. Zulkarnain tersenyum. Tapi dahinya berkerut, tak faham.

“Dah lama baru Natrah faham. Kita kan mengaku hamba Allah. Tapi kita tak jadi hamba pun. Kita nak jadi tuan jugak. Sebab kalau hamba tu, dia taat je buat apa yang ‘tuan’ dia suruh. Hamba selesaikan masalah, tak? Kalau yang dia tak tahu, dia laporkan je pada tuannya, betul tak? Tuan dia akan beritahu macammana nak selesaikan. Tak susah jadi hamba, kan? Yang susah, bila hamba nak bersifat tuan. Nak selesaikan sendiri sedangkan dia tak reti…” Natrah bagaikan bercakap dengan diri sendiri.

“Rupanya atok nak ajar Natrah mengadu dengan Tuhan. Mengaku hamba, mengaku lemah, mengaku tak tau. Barulah Natrah belajar… macammana nak jadi hamba…,” redup pandangan mata Natrah menatap suaminya. Dia tak bermaksud nak mengajar. Dia cuma berkongsi.

Zulkarnain diam mengangguk. Hatinya tersentuh. Benar dia tak tahu… tapi susahnya untuk dia mengaku tak tahu. Akal sudah terlatih untuk ‘be in control’. Mengaku tak tahu sebelum mencuba bukan lelaki bijak namanya! Apatah lagi mengaku kalah. Lagi-lagilah mengaku lemah. Jadi aku sebenarnya hamba ke tuan?

Zulkarnain tersandar di sofa dan menungnya kembali panjang. Sekali lagi dia tak perasan entah bila Natrah bangun meninggalkannya sendirian.

Zulkarnain berdoa panjang selepas selesai solat zohor, diaminkan makmumnya, Natrah. Kemudian dia termenung lagi di sejadah. Cerita Natrah berlegar di fikirannya.

Bahunya disentuh lembut. Zulkarnain mendongak. Natrah melutut di hadapannya, menghulurkan tangan. Dia tunduk mencium tangan suaminya, kemudian di kedua-dua pipinya. Dahinya dikucup Zulkarnain sebagai balasan kasih. Wajah yang selalu dibasahi wuduk itu tenang menatapnya. Pipi Zulkarnain disentuh dengan telapak tangannya.

“Abang, tak usahlah termenung. Risau pulak Natrah dibuatnya. Tapi elok kalau abang bertafakur… hmm…?!” Dia mengorak senyum. Macam mengusik pun ada. Zulkarnain ikut tersenyum. Kemudian Natrah berlalu pergi.

Tafakur. Zulkarnain memejamkan mata. Tepat kata-kata itu. Dia menghela nafas panjang. Macammana dia tahu yang aku termenung, bukan tafakur? Dia terpegun dengan rasa hati Natrah.

Tadi Zulkarnain membiarkan dirinya hanyut dalam arus pemikirannya sendiri. Yang akhirnya tanpa sebarang konklusi. Sedangkan tafakur itu bermaksud merenung atau memikirkan sedalam-dalamnya apa sahaja kejadian dan ciptaan Allah yang membuktikan peranan dan kewujudan Allah. Itu lebih tinggi dan memberi kesan pada hati dan kehidupan. Zulkarnain akur. Dia harus mula belajar untuk bertafakur. Dan mula belajar melatih diri menjadi hamba.

Hanya selepas solat asar, Zulkarnain mendapat kekuatan. Dia mahu berada di sisi Nadia tapi tak sanggup membohongi Natrah. Biarlah dia terpaksa melukai, tapi dia harap suatu hari luka itu akan sembuh dengan kasih sayangnya yang terasa semakin kuat untuk Natrah.

Mengadap Natrah, meluahkan satu persatu, menyingkap sejarah menjadi perkara paling payah yang pernah dia lakukan seumur hidupnya. Wajah tenang Natrah mendengar dan menerima benar-benar mengoncang naluri lelakinya. Dia menelan sebak. Menahan getar dan pedih yang semakin menyesakkan dadanya.

“Abang, syukurlah…,” ucap Natrah setelah lama tunduk memandang lantai. Dengan kekuatan luar biasa, dia mendongak menatap wajah suami tercinta.

“Natrah sangat-sangat bersyukur! Sekian lama Natrah doakan, hidup abang sempurna. Memang selama ni, Natrah dapat rasakan, abang macam ada sesuatu yang tak kena. Macam abang tanggung satu bebanan. Abang selalu mimpi buruk, lepas tu termenung sepanjang malam. Natrah sedar tu semua selalu jadi. Tapi Natrah tak mahu memaksa abang. Akhirnya semua tu terungkai jugak hari ni.” Ada senyum yang terukir dalam kepayahan.

“Abang sungguh-sungguh mintak maaf, Natrah. Abang tak jujur dengan Natrah…,” Zulkarnain sungguh terharu dengan keluhuran hati isterinya.

“Abang… dah lama Natrah maafkan. Bukan semua kesilapan tu atas niat jahat. Kadang-kadang kita buat atas niat baik. Bukan semua yang buruk itu dosa. Kelemahan kita bukan satu dosa. Abang dah cuba buat yang terbaik…” telapak tangannya lembut menyentuh pipi Zulkarnain. Sepasang matanya sendu berkaca namun bibirnya menguntum senyum, memberi kekuatan. Melihat airmata yang tergenang itu, perasaan Zulkarnain bagaikan berkecai sama sekali.

“Natrah!!” Tubuh Natrah dirangkul erat ke dalam pelukan Zulkarnain. Terlukakah kau, Natrah?! Zulkarnain mencium ubun-ubun Natrah dan memeluknya seerat mungkin. Tuhan! Kenapa ada sakit walaupun hakikatnya dalam kasih sayang? Airmata Natrah tumpah tanpa dapat ditahan lagi. Pelukan Zulkarnain tambah menghibakan hatinya. Siapalah dia… dia hanya hamba…

Zulkarnain tahu. Apa yang telah disingkap bakal mewarnai hidup mereka seterusnya dengan warna yang berbeza, mungkin suram, mungkin berseri. Semuanya serba mungkin. Tapi walau apapun, dia tidak mahu kehilangan lagi!

Bertahun dia mengelakkan saat ini. Cuba menghalang dari ianya berlaku. Namun dia tak sanggup lagi kalau kerana itu dia akan terus kehilangan sebahagian dari nyawanya – zuriatnya.

Dia bagaikan dibawa semula ke saat dia diminta ayahnya untuk menikahi Natrah. Wajah Natrah yang dibaluti tudung labuh yang basah lencun ditimpa hujan kerana dia terjun dari rumahnya demi menyelamatkan diri dari ayah tiri durjana. Antara air hujan dan airmata, sama saja lebatnya. Dia memeluk tubuh tua ibu, menangis teresak-esak.

“Kita tak ada alasan nak bawak Natrah duduk dengan kita, Zul. Melainkan kalau dia sah sebagai isteri kamu…” Hanya Tuhan yang tahu dilema yang dia hadapi saat itu. Namun atas rasa kemanusiaan, dia tak mampu berpaling.

Kemeja di dadanya basah. Hari ini, dia buat Natrah menangis lagi. Menambah lagi episod derita perempuan itu. Hakikat bagi seorang perempuan yang amat sakit bila dimadukan. Zulkarnain tahu, dia takkan pernah dapat rasakan betapa dalamnya rasa sakit itu. Zulkarnain memejamkan matanya. Memeluk Natrah semakin erat. Maafkan abang, sayang…

“Please… berhenti menangis, Natrah. Abang tetap sayangkan Natrah dan anak-anak kita. Abang takkan abaikan. Abang mintak maaf… abang mintak maaf sebab lukakan hati Natrah…!”

Kepala wanita di dadanya digeleng-gelengkan. Tangannya semakin erat memeluk suaminya. Menumpang kekuatan mungkin. Lama Natrah di situ, di dada suaminya. Esak tangis akhirnya reda. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukan itu. Dan dia yakin, dia lepaskan dengan rela.

“Abang jangan mintak maaf. Natrah yang datang antara abang dan kakak. Natrah yang terhutang budi. Natrah redha, abang. Natrah yakin, kalau Tuhan izinkan sesuatu yang sepahit ini berlaku, pasti hikmahnya manis, kan? Kalau ini sunnahnya, takkan jadi musibah, kan?” Zulkarnain menelan liur. Terharu. Dia amat tahu, kekuatan wanita ini kukuh paksinya. Lama mereka di situ. Diam memandang satu sama lain. Saling berkongsi keyakinan dan kekuatan.

“Abang, anak-anak dah masuk asrama. Natrah sibuk dengan kerja amal Kelab… maksud Natrah, kalau abang sudi, Natrah nak hadiahkan giliran-giliran Natrah pada kakak. Kakak dah lama sorang-sorang, kan abang?”

Sebak dada Zulkarnain mengenangkan keluhuran hati Natrah. Apa maksudmu, Tuhan? Di kananku seorang wanita yang tinggi pekertinya, di kiriku pula penuh dendam dan keras hatinya. Namun keduanya amat menyayangiku dan aku juga sangat kasih pada mereka. Bantulah aku, ya Allah, agar selamat dan bahagia hidup kedua-duanya.

Bau bubur yang sudah masak menyentuh hidungnya. Bingkas dia bangun mencapai senduk, mencedok sedikit untuk dirasa. Bubur ayam itu pernah menjadi kegemaran Nadia ketika mereka hidup bersama di London dulu.

Setelah semuanya siap di atas dulang, Zulkarnain membawanya naik ke tingkat atas. Tuala kecil di dahi Nadia dibasahkan lagi, diperah dan diletak semula ke dahinya. Dia masih terlena keletihan. Biarkan dulu. Nanti kalau dia terjaga, barulah diberi makan bubur dan ubat. Tidur juga ‘ubat’. Dia perlukan rehat. Entah kerja apalah agaknya yang perlu dia bereskan sampai ke tengah malam.

Zulkarnain duduk di sofa panjang di sisi bilik. Dia mencapai beberapa buah majalah yang ada di rak berhampiran. Lama dia menyelak di sana sini. Tapi tak ada yang menarik perhatiannya. Akhirnya dia melunjurkan kaki lalu berbaring berbantalkan kusyen kecil yang empuk.

Aroma makanan yang enak menyentuh deria bau Nadia membuatkan perutnya terasa lapar bukan kepalang. Namun saat itu juga dia terasa lemah seluruh badan. Matanya juga amat berat hendak diangkat.

Namun dia rasa lebih baik dari tadi. Kepalanya semakin ringan berbanding tadi. Tapi ada sesuatu di atas kepalanya. Tangannya merayap ke dahi. Tuala. Siapa yang meletakkan tuala itu ke dahinya? Matanya dipaksa terbuka perlahan-lahan.

Dia di biliknya sendiri. Bukan dalam kereta. Kepala dibantal ditoleh ke kanan. Semuanya seperti biasa. Kemudian ke kiri…

Sebuah mangkuk bertutup, sebiji gelas yang juga bertutup dan sebuah bekas berisi seperti buah betik yang dipotong. Nadia kehairanan. Matanya menerawang lagi. Nun di sofa di tepi tingkap sebelah kiri, Zulkarnain terbaring lena.

Nadia terhenyak ke bantal. Dia jaga aku? Tangannya menyentuh baju tidur yang dipakainya. Dia tukar pakaian aku?! Nadia memejamkan mata. Itulah keistimewaan Zulkarnain. Dia pandai menjaga hati dan melindungi. Dia terlalu menjaga… sampai tak sanggup berterus-terang.

Kalau itulah kelemahannya, kenapa aku tak mampu memaafkannya? Mungkin kerana sakit ditipu itu terlalu pedih. Sakit bila dia sanggup menduakannya lebih parah lagi. Sakit bila dia terus berpura-pura seolah-olah itu semua tak berlaku jadi puncak kemarahannya hingga dendam akhirnya bertamu. Di mana keikhlasan dalam kasih sayangnya?

Nadia memaksa dirinya bangun. Seperti selalu, kemarahan akan membuatkan dia terus melangkah. Gagah walau dia sakit macammana sekalipun!

Dia memegang dinding kerana berasa pening dan lemah. Perlahan-lahan dia menuju ke bilik air. Perutnya pula senak. Dia melangkah sambil tangan menekan perutnya, menahan senak dan pedih bercampur mual. Ahh! Semua datang bagaikan serentak. Tiba di sinki, dia muntah. Yang keluar hanya angin dan air. Memanglah! Dia tak makan sejak tengahari!

Bunyi dari bilik air mengejutkan Zulkarnain dati terlena. Bingkas dia bangun lalu mengetuk pintu. “Nadia! Nadia okay tak? Lebih baik jangan kunci pintu ni, nanti…”

Pintu bilik air terkuak. Nadia tunduk memandang lantai sambil berpaut pada daun pintu. Tubuhnya semakin lemah. Dia menggigil kesejukan.

“Nadia!” Zulkarnain mencapai tangan Nadia, mahu memimpin ke katil sebelum dia rebah. Namun dalam lemah, Nadia menarik tangannya, tak mahu dibantu.

“Nadia…,” Zulkarnain bersuara lembut, memujuk. Wanita itu menggeleng-geleng lemah. Dahinya berkerut menahan otot perut yang sakit. Dia memaksa kakinya melangkah dan…

“Nadia!” Dia terhoyong-hayang lalu rebah. Zulkarnain yang masih tercegat pantas menyambut tubuh Nadia sebelum sempat mencecah lantai. Nadia diangkat ke katil. Badan Nadia hangat berbahang. Demamnya makin teruk.

Tuala kecil di atas meja di sisi katil dicelup ke dalam air di dalam mangkuk dan diperah sedikit sebelum diletakkan didahinya. Nafas Nadia hangat, laju turun naiknya. Dia merasa teramat letih dan lesu walaupun hanya bergerak ke bilik air. Matanya dipejam rapat, tak mahu memandang Zulkarnain dan kebaikannya. Benci dengan dirinya yang terpaksa menerima bantuan lelaki itu. Pedih hatinya kerana dia tahu, semua ini hanya sementara. Lelaki itu bukan hak mutlak dirinya seperti suatu waktu dulu. Dia takkan mungkin mampu untuk sentiasa bersamanya diwaktu-waktu dia diperlukan walau macammana sayang sekali pun. Kalau pun dia masih sayang… Setitis airmatanya mengalir ke pipi tanpa dapat ditahan. Urrgghh…! Dia benci sungguh bila dirinya jadi selemah ini…

“Nadia…, please… don’t deny me. Abang dah janji, abang nak jadi suami Nadia? Sebaik yang abang mampu. Abang nak jaga Nadia… abang tak mau tutup kesilapan abang dulu dengan buat kesilapan lagi…” Sepasang mata itu terus terpejam. Zulkarnain menyeka pipinya. Selimut ditarik menutupi tubuh Nadia sampai ke dadanya. Jemari yang lemah itu diraih ke dalam genggamannya. Dia harus sabar memujuk. Peluang ini takkan dibiarkan berlalu.

“Go home…,” bisik Nadia. Kemudian pandangannya dibuang ke sebelah sana. Menahan rasa sebak di dada. Dia tak mahu menangis di depan lelaki itu. Dia tak boleh tahu betapa aku lemah menghadapinya.

“This is home… I’m home wherever you are…,” jemari itu dikucup lembut.

Terpejam mata Nadia mendengarnya. Hati bahagia sungguh tapi akal kata, jangan tertipu lagi.

Zulkarnain memaut bahunya, menganjak badannya ke atas, bersandar di kepala katil. kepalanya dipaut dan diletakkan bantal di belakangnya supaya lebih selesa. Nadia mahu menolaknya tapi dia memang sudah tak berdaya.

“Sekarang, Nadia kena makan. Perut tu kosong. Sikit-sikit dulu ya… lepas tu makan ubat,” lembut zulkarnain memujuk. Bubur disuap ke bibir Nadia.

Dada Nadia sebak. Walau macammana pun dia keraskan hati, tapi kebaikan Zulkarnain mampu mencairkannya. Dia patuh membuka mulut, menelan bubur istimewa itu perlahan-lahan. Hampir separuh mangkuk, Nadia sudah terlalu letih. Dia menggelengkan kepala. Zulkarnain akur. Kemudian dia mengambil secubit roti, sebiji panadol dibalut dengan roti, diletakkan atas sudu sebelum dicelup sedikit dengan susu. Barulah disuap ke mulut Nadia. Hanya dengan cara itu, Nadia boleh telan pil. Sejak dia kenal Nadia, wanita itu tak pandai telan ubat.

Nadia menelan sambil memandang tepat ke mata Zulkarnain. Dia masih ingat! Sebak di dada semakin kuat. Sebiji lagi disuapkan ke mulutnya. Kemudian Nadia diberi minum air masak segelas besar. Jenuh dia menggeleng tapi Zulkarnain tetap mendesak. Orang demam perlu minum banyak, katanya.

Selepas itu Zulkarnain duduk rapat dengannya, mengusap rambutnya dan mengucup dahinya. Nadia memejamkan mata. Rasa tenang diperlakukan begitu. Dia semakin lali dan letih, biarlah dia dibelai dan dimanja. Nadia tak kuasa lagi untuk menghalang.

Bahunya dipaut dan dibaringkan semula. Tuala kecil di dahi dibasahkan dan diletak semula. Setelah mengemas bekas makanan dan minuman, Zulkarnain naik ke katil, berbaring di sebelah Nadia yang sudah diselimutkan.

Nadia membiarkan saja. Dia rasa tenang dan selesa. Dia cuma hendak tidur. Tak mampu nak memikirkan apa-apa lagi. Yang dia tahu, dia akan mendapatkan anaknya untuk Zulkarnain. Selepas itu, dia akan berpindah ke Australia seperti yang dirancang. Semua ini akan berakhir.

Semua ini sedang bermula, fikir Zulkarnain. Dia mengiring mengadap Nadia yang sudah terlena. Dia sudah tekad. Dia akan menghubungi Fahmi. Fahmi dan ibunya mesti tahu di mana anaknya berada. Dia harus bertemu dengan anaknya itu sebelum Nadia menemuinya. Kalau dia yang mendapatkannya terlebih dahulu, Nadia tak boleh mendesak untuk menceraikannya. Walaupun hanya Nadia yang berjanji. Bukan dia. Tapi dia tetap harus mendahuluinya. Dan mereka akan sebagai sebuah keluarga. Mungkin payah mulanya. Tapi dia yakin.

Semua ini sedang bermula, bisik hati Zulkarnain.

Semua ini akan berakhir, bisik hati Nadia.

Dan mereka akhirnya terlena dengan mimpi yang berbeza.

Siri Novel MAKNA PADA RASA 27

Salam…

Juea mengalu-alukan komen untuk entri kali ini sebab bab ini agak kompleks dengan fakta dan isu. Terima kasih.

Bab 27

Nuqman terasa segar selepas mandi tapi jiwanya masih terganggu. Puas dia cuba memadamkan bayangan wajah Puteri saat dalam dakapannya, namun ia makin jelas seolah-olah hidup. Nuqman meraup wajah sendiri. Ahh… payah! Aku yang menguji dia, akhirnya aku sendiri yang teruji! Keluh Nuqman, resah gelisah.

Akhirnya Nuqman menghampar sejadah dan berdiri mengadap Illahi dengan mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat. Kemudian dia berdoa panjang. Bimbang kalau dia tidak dapat mengawal perasaan dan tingkah laku. Risau kalau-kalau hati gadis itu tersentuh dengan sikapnya. Harapannya untuk melayari bahtera rumahtangganya dengan aman damai dalam limpahan kasih sayang diluahkan kepada Yang Maha Berkuasa. Moga kebahagiaan itu akan memberi kekuatan untuk dia terus memperjuangkan Allah dan Rasul setakat yang termampu dengan izin-Nya juga.

Gelora di dalam bagaikan surut. Nuqman menghela nafas penuh syukur. Dia duduk mengadap mejanya yang sarat dengan pelbagai dokumen dan pelan-pelan lukisan yang sudah dianalisa dan disemak pada peringkat akhir. Handphone dicapai. Pesanan ringkas, e-mel, peti simpanan suara dan Whatsapp semuanya disemak sambil tangannya mencatat di buku nota butiran yang penting yang harus dia tangani.

Suara Miqdam, pembantu peribadi merangkap setiausahanya dalam peti simpanan suara membulatkan fokusnya.

“Assalamualaikum abang. ISIS makin parah. Banyak pihak minta kerjasama. Terbaru anak saudara Dr Mustaffa terlibat. Ada meeting malam ni. We need you there. 9 pm on Skype. Mohon respon.”

Ringkas tetapi sangat serius. Nuqman mengerling jam di tangan. Sejam sahaja lagi. Masih sempat. Dia menghantar pesanan kepada Miqdam melalui Whatsapp. Laptop dibuka. Cepat dia menekan papan kekunci mencari maklumat sebanyak mana yang dapat dari dalam dan luar negara. Di zaman informasi tanpa sempadan ini, setiap berita dan maklumat mudah didapati dan cepat boleh disilang-periksa atau cross-checked dengan pelbagai sumber. Kemudian yang paling penting, semua itu harus diteliti mengikut Al Quran dan Sunnah.

ISIS yang dikatakan ‘hero’ baru dalam Islam. Dijulang oleh mereka yang masih belum benar-benar memahami agama. Kefahaman dan ijtihad ISIS jelas melencong dan di luar fikrah ahli Sunnah Wal Jamaah, perbuatan dan akhlaknya yang melampau dan tidak melambangkan Islam sebenar serta tindakan mereka yang sebenarnya menguntungkan musuh Islam.

***

Puteri terjaga dari lena. Tekaknya kering kehausan. Baru dia teringat yang dia tidak minum sebelum tidur. Mungkin juga makan malam tadi yang agak banyak rempah buat badannya memerlukan air yang banyak.

Bingkas Puteri bangun dari katil lalu membuka pintu bilik. Dengan mata yang masih berat untuk dibuka, Puteri melangkah dalam keadaan terhoyong-hayang menuju ke dapur. Udara dingin di ruang tamu menggigit kulitnya. Tak tahan, dia berpatah balik ke katil lalu mencapai jubah tidurnya yang terhampar di situ. Tubuhnya yang masih berbalut baju tidur sutera terasa hangat dan selesa.

Di meja dapur, Puteri duduk menumpang dagu dan tangan kanannya memegang segelas air. Namun matanya tertutup rapat. Puteri terlena lagi di situ hingga tangannya terjatuh ke sisi dan kepalanya terlentok ke bahu, barulah matanya luas membulat. Jantungnya berdegup kencang kerana terkejut sekaligus menhalau kantuk yang menguasai diri. Gelas yang dipegang tadi bergoncang dan separuh air tertumpah. Bingkas Puteri bangun mencari tuala dapur. Teringatkan Nuqman mungkin akan terdengar bunyi dan tersedar, Puteri bergerak dengan hati-hati. Dia sama sekali tak mahu bertembung dengan Nuqman dengan baju tidur!

Dua gelas air diminumnya. Lega! Bayangan tilam empuk mula menggamit di ruang mata. Dia bergerak perlahan-lahan menuju ke bilik. Saat melewati pintu balkoni yang tertutup rapat, Puteri terhenti. Dia menyelak sedikit langsir dan mengintai Selat Bhosporus yang masih kelam. Lampu-lampu kecil di tepi-tepi bukit dan pancaran cahaya yang menyimbah dari bangunan sepanjang selat itu ditambah dengan cahaya bulan yang agak suram menyerlahkan keindahan selat yang bersejarah itu.

Kedamaian dan ketenangannya membuai hati Puteri. Pintu balkoni yang terkunci itu dibuka sedikit cukup untuk meloloskan dirinya keluar. Jubah tidur ditarik rapat membaluti dirinya untuk melindungi tubuhnya dari angin sejuk yang bertiup lembut. Puteri melangkah perlahan-lahan ke jeriji besi sambil menghimbau pandangannya sejauh mungkin menikmati permandangan yang sangat hebat itu. Bibirnya mengorak senyum. Ini memang menjadi saat-saat yang indah dalam hidupnya.

***

Di bilik, Nuqman dikejutkan dengan panggilan telefon. Miqdam sedang membuat persediaan untuk teleconference melalui Skype meminta dia untuk bersedia. Rupanya jam sudah hampir pukul 2 pagi.

Nuqman segera membuka aplikasi Skype dan seketika kemudian, suara teman-teman seperjuangannya kedengaran. Suasana agak riuh rendah dari bilik mesyuarat Peace Yo! dari aras dua The Turban. Nuqman tersenyum. Rindu sungguh pada mereka. Pada The Turban.

“Assalamualaikum…” Dia mengucapkan salam. Suasana tiba-tiba sepi seketika. Semua mata memandang ke layar tayang atau skrin yang pastinya ada terpamer wajah Nuqman yang sedang tersenyum mengadap laptop.

“Waalaikummussalam!” Dr Ashraf akhirnya menjawab salam selepas terjeda seketika. Dia ketawa ceria selepas dikejutkan oleh suara Nuqman yang agak lama menghilang. Seketika itu juga, jawapan salam bersahut-sahutan dari yang lain. Masing-masing mengambil tempat di kerusi mengelilingi meja segi empat panjang yang melintang di tengah bilik mesyuarat itu. Kini seluruh perhatian diberikan kepada ‘boss’ kesayangan mereka di layar tayang di dinding utama bilik itu.

“Kau punya lama menghilang, Man… kau kerja ke kau honeymoon?” Nuqman tergelak besar dengan serkap jarang sahabat kesayangannya, Dr Ashraf yang sudah dianggap macam abang sendiri. Nampaknya serkap jarang sudah jadi serkap basah! Yang lain ikut ketawa dengan tafsiran masing-masing. Di dalam bilik itu, hanya Miqdam dan Dr Ahsraf sahaja yang hadir dalam majlis pernikahan Nuqman dan Puteri selain adik-adiknya, Norhan dan Nabil. Mereka sudah berjanji akan merahsiakan hal itu daripada yang lain.

“Best ke kat sana, abang Nuqman? Sampai tak nak balik?!” Pembantu Pakar Ekonomi di Peace Yo!, Ikram menyampuk. Di Peace Yo!, tiada encik Nuqman. ‘Encik’ bertukar menjadi ‘abang’.

“Bumi Allah, Am… di mana pun best. Ada keistimewaan masing-masing. Tapi Malaysia tetap paling best! Am apa khabar?”

“Amboi!! Tanya khabar Am je?!” Dr Maisarah, isteri kesayangan Dr Ashraf membulatkan matanya. Pakar sakit puan itu merangkap Pengerusi Kelab Adam dan Hawa di bawah organisasi Peace Yo!. Dia juga bagaikan kakak bagi Nuqman dan menjadi kesayangannya sejak sepuluh tahun dia mengenali pasangan suami isteri itu.

“Kak Sarah, mintak maaf, kak! Rindu dengan akak sebenarnya tapi takut nak cakap, takut abang Ashraf marah Man!”

“Hah! Pandai kau corner baring ya!” Sergah Dr Ashraf. Seluruh penghuni dalam bilik itu ketawa. Mereka memang suka bergurau senda persis satu keluarga.

“Abang Man, memanglah kami rindukan abang. Tapi kami teringin nak tengok Istanbul secara live la! Err… abang boleh halakan laptop tu ke arah mana-mana permandangan paling indah kat Istanbul tu, tak?” Amir Hamzah, pakar IT di Peace Yo! pula bersuara. Riuh rendah suara lapan orang yang lain sampuk menyampuk. Nuqman tidak dapat menolak permintaan secomel itu. Sambil ketawa, dia mengangkat laptop menuju ke ruang tamu.

Walaupun amat sejuk sebenarnya untuk keluar ke balkoni waktu itu tetapi Nuqman usahakan juga agar tidak menghampakan mereka. Laptop diletakkan di meja kopi terlebih dahulu. Dia mahu menyusun atur meja dan sofa agar permandangan suasana awal pagi di Selat Bosphorus dari luar balkoni dapat dirakam dari kamera laptop.

Langsir yang bergerak-gerak ditiup angin menghentikan langkah Nuqman. Kenapa pintu itu terbuka?! Nuqman amat pasti dia telah menutup dan mengunci pintu itu dari dalam malam tadi. Mungkin ada yang menceroboh?! Hati Nuqman berdetik bimbang. Apatah lagi Puteri ada bersamanya. Keselamatan gadis itu menjadi tanggungjawabnya. Sambil berdoa agar semuanya selamat, dia menyelak langsir dan berhati-hati melangkah keluar memeriksa ruang balkoni.

***

Puteri menarik ikatan tali jubah tidurnya dengan lebih ketat supaya udara dingin di awal pagi yang semakin menggigit itu tidak begitu terasa. Sambil menghela nafas puas, dia terus melihat di kejauhan. Terasa diri bebas dan tenang dalam suasana begitu.

Tiba-tiba ada satu tangan menutup mulutnya dan tubuhnya dipeluk erat sehingga dia tidak boleh bergerak. Matanya terbeliak kerana terkejut dan suara jeritannya memang tidak terlantun kerana hanya bergema di kerongkong. Saat itu juga Puteri bertindak menundukkan badannya, menghayun ke kiri hanya untuk berpatah balik dan serentak itu juga tumitnya menghentak kaki orang yang cuba menguasainya.

Terdengar erangan yang tertahan-tahan dari mulutnya dan lingkaran tangannya di pinggang Puteri agak longgar. Saat keemasan itu digunakan Puteri untuk menegakkan tubuhnya dan menghayun siku kanannya tepat ke rusuk kanan musuhnya.

Dia mengerang semakin kuat dan lingkaran dipinggangnya terungkai. Dua tapak ke hadapan dan Puteri berpusing balik lalu menghayunkan kakinya ke muka lelaki yang sedang tertunduk-tunduk menahan sakit. Dia sempat mengangkat tangan melindungi mukanya tapi tendangan padu dari gadis yang memiliki tali pinggang hitam taekwando itu cukup menghantar dia terduduk ke lantai.

“Ika!” Nama itu diseru. Dalam terkejut dan terpegun dengan tindakan pantas Puteri, Nuqman sempat bersuara sebelum diserang lagi. Langkah Puteri yang siap untuk menghantar tendangan kedua terhenti serta-merta. Dia kenal suara itu!!

“Nuqman!!” Puteri benar-benar terperanjat. Debaran rasa takut bertukar rentak menjadi cemas.

“Ya Tuhan!!” Dia menerpa ke arah Nuqman. Semua berlaku dengan amat pantas dan ahh… apa yang aku dah buat ni!! Puteri panik melihat Nuqman memegang rusuk kanannya. Dia terduduk melutut di hadapan Nuqman, gelabah tidak tahu di mana hendak disentuh, apa yang hendak dibuat.

“Awak! Sorry awak! Sakit ke…?”

Tiada jawapan dari Nuqman. Sebaliknya tangan tangan lelaki itu pantas merangkul leher Puteri sehingga dia rebah ke bahunya dan sekali lagi mulut gadis itu ditutup dengan tangan kiri. Mata Puteri terbuntang dengan dahi yang berkerut rapat. Apa kena dengan Nuqman?!!

“Syhh… Ika, listen to me! Kat dalam tu laptop saya on, saya tengah skype dengan kawan-kawan di Malaysia! Diaorang tak tau Ika ada di sini unless you want me to tell them about you…?” Nuqman tercungap-cungap berbisik di telinga Puteri, antara cemas dan menahan sakit. Tetapi sempat wujud nada mengugut yang nakal di situ.

Pantas Puteri menggelengkan kepala sambil membulatkan matanya. Tahu pun takut! Nuqman geli hati tapi bukan masanya hendak ketawa. Mereka semua sedang menunggunya dan pasti tertanya-tanya.

“Now, be a good girl, ikut saya dari belakang. Hati-hati!” Puteri laju mengangguk. Rangkulan dilepaskan dan cepat puteri bangun berdiri sementara Nuqman terkial-kial kerana menahan sakit.

Puteri tunduk membantu sambil berbisik, “sorry awak! So sorry…!!”

Nuqman yang sudah berdiri tersenyum mendengarnya dan sempat dia menarik hidung Puteri. Terjeda Puteri seketika sebelum tangannya ditarik Nuqman hingga terdorong tubuhnya ke belakang lelaki itu. Nuqman menarik Puteri rapat di belakangnya dan perlahan dia menyelak langsir untuk melihat kedudukan laptop di meja. Mujur ianya membelakangi pintu di balkoni.

Suara riuh rendah dari laptop menandakan program mereka belum bermula. Nuqman memimpin Puteri masuk dan bergerak ke sisi. Puteri disuruh duduk di sofa yang satu itu dengan bahasa isyarat. Kemudian Nuqman berpatah balik lalu membuka pintu sorong dengan lebih lebar dan menyelak langsir.

Laptop diangkat lalu dia melangkah keluar ke balkoni sekali lagi sambil mengahalakan layar laptop ke arah luar di mana Selat Bosphorus sedang mengalir tenang dalam suasana yang masih kelam waktu dinihari. Namun simbahan cahaya di sana sini tetap menyerlahkan keindahannya. Suara riuh rendah semakin reda dan mereka pastinya sedang menumpukan perhatian ke layar.

“Ok, sekarang abang Man kat balkoni apartment ni. Kat bawah tu selat Bosphorus. Mungkin tak jelas sangat sebab kat sini jam dua pagi sekarang, masih gelap,” beritahu Nuqman.

Suara bertingkah-tingkah mula kedengaran lagi. Ada yang memuji. Ada yang mula berangan nak terbang ke Turki. Ada yang dah jatuh hati dengan Istanbul! Macam-macam! Nuqman tersenyum dengan gelagat mereka. Dia bergerak perlahan-lahan di sepanjang balkoni untuk merakamkan lebih banyak permandangan di situ.

“Wah!! Dah macam tempat berbulan madu tu, Man. Rugi kau duduk sorang-sorang!” Dr Maisarah mengusik di sambut gelak tawa yang lain.

“Siapa kata dia sorang?!” Selamba Dr Ashraf menyampuk.

“Isyhh abang ni! Mengusik biarlah berpada-pada”, marah Dr Maisarah dalam jelingannya.

“Ya lah! Dia dengan bidadari tu!” Ujar Dr Ashraf lagi. Lagi kuat ketawa mereka. Nuqman tergelak, tapi tak mampu nak berkata-kata. Hatinya berdebar bahagia. Kalaulah mereka tahu yang memang ada bidadari bersamanya… pasti lagi gamat suasana!

“OK, tepat jam sembilan malam. Terima kasih, abang Nuqman kongsi dengan kami keindahan Istanbul. Syukur abang Nuqman dan ayah Nizamuddin dapat bersama kita malam ini. Ayah, terima kasih dapat join walaupun kami cuma dapat hubungi ayah pada saat-saat akhir sebab pertemuan ni agak mengejut.” Suara Miqdam meredakan suasana dan memulakan mood perbincangan yang sangat penting pada malam itu.

Wajah Haji Muhammad Nizamuddin Haji Muhamad Taha, pakar motivasi dan dakwah yang terkenal di tanahair kelihatan segar dan tenang. Dia tersenyum di layar sambil mengangkat tangan lalu memberi salam. Jawapan salam dilantunkan hampir serentak dari semua yang hadir termasuk Nuqman. Sesuai dengan gelarannya, Haji Muhamad Nizamuddin memang bagaikan ayah di Peace Yo! Dialah pembimbing, pendidik dan pemimpin mereka secara formal dan lebih banyak secara tidak formal di Peace Yo!

“Lama tak jumpa, Man. Apa Khabar?”

“Alhamdulillah, ayah. Man sihat. Ayah nampak sihat, alhamdulillah. Syukur dapat jumpa ayah malam ni.” Nuqman antara kesayangan ayah Nizam yang sentiasa merujuk dan meminta pandangan serta nasihat dalam hampir setiap perkara yang dia lakukan. Bagi Nuqman, ayah Nizam bagaikan pengganti ayahnya yang telah pulang ke rahmatullah.

Ayah Nizam mengangguk sambil tersenyum berseri. Wajahnya tenang dan menenangkan sesiapa yang memandang.

“Silakan Miqdam…” Ayah Nizam membuka laluan, memberi restu.

“Kita persilakan jika ada sebarang input yang dapat bantu kita sebelum kita dengar apa yang dapat dikongsi dari abang Nuqman dan Ayah Nizam malam ni.” Miqdam membuka peluang kepada yang lain untuk bercakap selepas selesai membuat ucapan alu-aluan dan menerangkan topik permasalahan yang akan mereka bincangkan pada malam itu.

“Untuk membuka perbincangan kita pada malam ini, kita persilakan Dr Ashraf,” Miqdam menjemput dengan penuh hormat.

“Kita dah dengar berita-berita tentang penglibatan rakyat Malaysia dengan ISIS yang bermula dengan pengebom berani mati, lepas tu tiga buah keluarga yang menyertai ISIS. Terbaru, ada wanita yang terlibat dalam jihad al nikah yang dipromosikan oleh ISIS.” Dr Ashraf tenang bersuara selepas mengucapkan kata-kata aluan yang ringkas.

Fokus Nuqman agar terganggu dari layar kerana bahasa badan Puteri yang duduk di hadapannya agak membimbangkan. Dia bagaikan terpinga-pinga mendengar mukadimah perbincangan mereka.

“Antara yang semakin serius terlibat antaranya pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi. Kita ada satu kes yang agak ekslusif dari sahabat kita, Dr Arsyad yang mana anak saudaranya sendiri, Taufik Ismail menjadi rekrut ISIS dengan sekumpulan pelajar, mungkin kawan-kawan rapat dia juga.” Dr Ashraf mengeluarkan beberapa keping gambar dari fail di hadapannya dan diserahkan kepada Miqdam.

“Tak mungkin!!” Jeritan kecil terlepas dari mulut Puteri sebaik sahaja gambar-gambar itu ditayangkan dilayar. Nuqman hampir terbangun dari kerusi kerana terperanjat. Puteri cepat-cepat menutup mulut. Nuqman terdiam, kaget.

“Man…?!” Suara Dr Ashraf mengejutkannya.

“Ya… err… ya abang…?” Nuqman menelan liur, cuba bersuara tenang. Dia bimbang wajahnya berubah di layar mereka.

“Semua ok ke?”

“Eh! Ok, abang. Teruskan… silakan…” Nuqman senyum memberikan keyakinan. Tolong jangan tanya dari mana suara itu datang, rayunya di dalam hati.

“Ok… Jadi itulah yang jadi fokus utama kita nak cari solusi yang berkesan bukan saja nak selamatkan Taufik dan kawan-kawannya tapi untuk kita semua juga supaya pengaruh ISIS dapat kita kepung.” Dr Ashraf yang sememangnya sudah lama mengikuti perkembangan ISIS merasa lega apabila isu ini cuba ditangani bersama kerana setakat ini, belum banyak tindakan yang benar-benar padu dilaksanakan di tengah masyarakat.

“Pelajar IPT memang jadi sasaran mudah sebab ISIS guna media sosial.” Amin Bakri menguatkan hujah.

“Mungkin saluran ni juga patut jadi senjata kita lemahkan pengaruh ISIS,” cadangnya lagi.

“Macammana dengan alternative diversion untuk orang-orang yang mula ada kesedaran jihad ni yang sebenarnya positif untuk dunia Islam tapi tersasar kaedahnya bila mereka ikut ISIS?” Muaz Kamaruddin, salah seorang arkitek senior di firma arkitek milik Nuqman membuka cadangan itu kerana memang ada pihak yang mencadangkan di media massa tapi belum ada sebarang perancangan dibuat setakat ini.

“Betul tu, Muaz. Saya rasa kalau di Malaysia mungkin perkara ni masih samar tapi saya ada ikuti perkembangan di sini dengan kawan-kawan yang dah lama berjihad, laluan lebih jelas di sini sebab Turki antara negara paling banyak terima pelarian perang sebab bersempadan dengan Syria. Antaranya jihad dengan memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria di sini. Selain tu, ramai juga yang berjihad bersama kumpulan Mujahiddin Syria yang bangkit memperjuangkan nasib pengikut-pengikut ahli Sunnah Wal Jamaah yang hidup tersiksa diperangi Syiah. Kita semua tahu, golongan Sunni sudah lama tertindas dengan dahsyat. Pejuang Mujahiddin berjuang ikut kaedah peperangan Islam sebenar. Jadi laluan berjihad di sini lebih jelas.

Rakyat Malaysia kebanyakannya masih kabur. Bila ISIS memperjuangkan Islam, itu dianggap Islam yang sebenar. Sedangkan yang berperang sebenarnya adalah cabang-cabang agama Islam atau firkah yang tentunya didalangi Yahudi. Jadi kena kenal pasti, ISIS di cabang Islam yang mana sebelum kita ikut berjuang sebab Rasulullah dah pesan, Islam di akhir zaman berpecah kepada 73 firkah dan yang selamat hanyalah yang mengikut Sunnah Wal Jamaah. Ini amat-amat penting sebelum menbuta tuli ikut berjihad. Saya rasa kesedaran ini yang patut diperluaskan di media sosial sekaligus beri laluan alternatif kepada orang yang mahu berjihad di jalan Allah.” Jelas Nuqman dengan panjang lebar.

“Memang secara global, Islam bangkit hampir serentak di seluruh dunia sekarang. Ini antara kesan dari tekanan Islamophobia yang melanda sejak runtuhnya WTC, 11 September. Jadi ISIS kini dianggap reformer dalam dunia Islam dan jadi laluan untuk mereka bersatu menentang Islamophobia. Golongan ni tentunya remaja dan intelek Islam serata dunia, tak kira bangsa dan negara. Selain itu, sifat memberontak dan amarah jadi tunjang keberanian mereka untuk angkat senjata bersama ISIS. Malah tindakan keganasan macam pengebom berani mati dan sebagainya kita bimbang lebih didorong oleh emosi daripada jihad yang sebenar kerana Allah Taala.” Dr Maisarah ikut memberi input.

Nuqman lega bila Dr Maisarah menyambung perbincangan. Kerana pandangan Puteri yang amat menikam itu menganggunya. Namun Nuqman harus fokus dan cuba untuk tidak mempedulikannya. Gadis itu mungkin terkejut dengan perbincangan ini atau dengan penglibatannya.

“Jadi, menguasai media sosial memang kena jadi fokus utama kita sekarang untuk sampaikan maklumat sebenar secara global dengan lebih cepat. Untuk tindakan awal, kalau kita boleh dapat maklumat lanjut tentang Taufik dan kumpulannya, mungkin kita dapat berjumpa atau berhubung terus dengan mereka. Dan kalau ada peluang, kita boleh ‘terjun’ dalam kumpulan ni supaya kita tahu pergerakan mereka dengan lebih jelas.” cadang Amin Bakri.

“Ini fail peribadi Taufik dan catatan pemerhatian Dr Mustafa. Beliau serahkan pada kita supaya kita dimudahkan untuk dapat maklumat lanjut dan buat apa-apa tindakan yang perlu.” Jawab Dr Asyraf.

“Selain dari usaha nak jejaki mereka, kita perlu buat persiapan tentang langkah yang sepatutnya kita ambik untuk Taufik dan kumpulannya jugak masyarakat.” Sampuk Dr Masyitah.

“Ada lagi dari yang lain? Untuk makluman, hampir semua maklumat tentang ISIS dah kita failkan. Ada kes dan persoaan yang diajukan oleh masyarakat, kita sertakan sekali. Kita mohon respon dan pandangan dri semua. Sebentar lagi, Laili akan datang dan agihkan salinan fail tersebut. Untuk abang Nuqman dan ayah Nizam, Laili akan e-melkan sekejap lagi.” Kebanyakan daripada mereka sudah membincangkan secara tak rasmi sejak akhir-akhir ini. Jadi hanya panduan dan bimbingan yang mereka harapkan dari Nuqman dan ayah Nizamuddin pada malam itu.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, kita persilakan abang Nuqman…” ujar Miqdam bijak mengendalikan majlis tanpa membuang masa.

Nuqman yang sedang memerhatikan Puteri gelisah di tempat duduknya cepat-cepat memberi fokus ke layar laptop.

“Hmm… rasanya dah banyak yang dapat kita kongsikan. Rasa tak sabar nak dengan apa yang nak dikongsi oleh ayah malam ni. Jadi, persilakan, ayah…” Nuqman segera mengajukan permintaan itu kerana dia tahu fokusnya saat itu amat terganggu.

“Segala puji bagi Allah yang menurunkan pelbagai ujian hebat demi untuk menguji kecintaan hamba-Nya dan sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Pembela. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW, keluarga dan para Sahabat Baginda yang kerana perjuangan merekalah, kita direzekikan iman dan Islam. Terima kasih juga kerana sejarah yang mereka tinggalkan menjadi bukti dan panduan kita hari ni. Jika tidak, kita akan buntu dengan segala masalah yang melanda.

Kita semua dah dengar dan faham tentang apa yang berlaku. Ramai antara kita juga dah baca Hadis-hadis tentang akhir zaman dan petanda kiamat. Semua yang disebutkan telah dan sedang berlaku. Jadi apa tindakan kita yang sedar untuk selamatkan diri supaya tak tergolong dalam golongan itu? Apa yang patut kita buat untuk bantu orang lain juga supaya terselamat?

Semua yang ada di sini mesti pernah dengar tentang umat Islam yang ramai di akhir zaman tapi hanya seperti buih di lautan, bukan? Jadi macammana kita nak buat supaya kita tak jadi sebahagian dari buih itu?

Kita dah tahu yang Islam akan berpecah kepada 73 firkah. Hanya ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja yang akan selamat kerana mereka ini memilih jalan yang selamat yakni jalan para Rasul dan para Sahabat yang dah terbukti selamat. Jadi macammana untuk betul-betul kekal dengan pegangan ahli Sunah Wal Jamaah ini?

Pokok pangkalnya, iman. Dan iman akan terpelihara dengan solat yang betul dengan bacaan, pergerakan, rukun dan penghayatannya.

Semua jawapan ada dalam sembahyang. Tapi solat yang bagaimana? Solat seperti solatnya Rasulullah dan para sahabat. Merekalah yang bersolat dan diberi kemenangan. Merekalah yang bersolat dan hidup bertamadun, makmur, berkasih sayang. Mereka tak dikuasai musuh dan tak berperang dengan sesama sendiri. Merela bersolat dan hasilnya mereka tak jadi ISIS. Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat. Wallahualam.”

Demikian ringkas dan padat ucapan ayah Nizamuddin. Seluruh yang mendengar terdiam. Lama terdiam. Nuqman juga terdiam. Puteri lebih-lebih lagi terdiam. Terpaku memandang Nuqman tak berkelip. Nuqman juga hanya memandangnya, juga tak berkelip.

“Terima kasih ayah Nizamuddin. Terima kasih. Syukur ya Allah. Jawapan yang tepat ke hati dan akal pun tak dapat nak menafikan. Rasanya penghayatan solat mesti jadi fokus kita selari dengan penjelasan tentang pengaruh ISIS. Kita dengarkan beberapa ulasan sebelum kita tutup majlis dan kita akan bertemu lagi esok untuk menyusun tindakan-tindakan yang kita perlu buat secara bersama. Dipersilakan, yang kita kasihi Dr Asyraf…” mujur Miqdam tak terlupa tugasnya sebagai pengerusi majlis.

Sebaik saja pertemuan itu bersurai, Nuqman menutup laptop sambil menguap. Jam di tangan hampir 3 pagi waktu Istanbul. Dia mengalih pandangan ke sofa dan tersenyum.
Puteri terlena di situ dengan wajah yang masih cemas dan berkerut memikirkan perbincangan tadi. Mungkin juga ianya terlalu berat untuk minda Puteri.

Nuqman juga rasa teramat mengantuk. Sebelum dia juga terlena di sofa, lebih baik dia membawa Puteri ke biliknya terlebih dahulu. Hmm… sudah berapa kali Puteri didukung ke katil sejak dia ke Istanbul? Nuqman berkira-kira sendirian sambil tersenyum. Mujur Puteri bersaiz sederhana. Saiz comel! Kalau lebih dari itu, boleh sakit pinggang dibuatnya!

Puteri dibaringkan dikatil. Tali dipinggangnya dibuka supaya dia selesa. Nuqman terperasan yang Puteri sedang memakai baju tidur yang dibelinya kelmarin. Sutera dan Puteri. Gandingan yang mempersona…

Wajah itu manja tatkala terlena. Mata Nuqman walaupun sudah berat kerana mengantuk tetap tak mahu melepaskan pandangan itu. Akhirnya Nuqman berlunjur, baring mengadap Puteri. Dan sekali lagi, dia lena disamping Puterinya.

p/s: You comments and thots keep me going. take care

Siri Novel MAKNA PADA RASA 26 (Cinta Puteri vs Nuqman 26)

Salam rindu buat yang sudi singgah…

Ampun maaf kerana blog ni tetiba senyap. Laptop jam, hp jam, tuan punya badan pun jam sampai semuanya kena masuk bengkel untuk dibaiki dan diurut. Huhu… macam jiwa kita jugak la kan… perlu dibaikpulih sentiasa supaya segar dan tak lalai dari-Nya. Buat yang menunggu2, thousand apologies. kata-kata salah seorang yang mengikuti cerita ini mencemaskan Juea… ‘saya harap awak akan tulis cerita ni sampai ke akhirnya…’ dan Juea berjanji, insyaAllah. itu juga harapan Juea.

Thanks again for all the comments and messages yg penting sgt2 utk memastikan yg Juea on the right track. takut sgt kalau tersasar sampai melalaikan. So, ini sambungannya. moga terhibur. dan jangan lupa, do give me your comments to keep me going! Syukran! Khuda Hafiz!

Bab 26

Kereta Peugeot 308 Egyptian Blue meredah kesibukan kota menuju ke selatan tanahair. Dari Lebuhraya Utara – Selatan, dia keluar di persimpangan Air Hitam menuju ke Batu Pahat untuk sampai ke Pekan Parit Raja yang amat sinonim dengan ‘pisang salai’.

“Macammana kalau tak jumpa?” Nadia bercakap dengan diri sendiri. Sudah hampir sembilan belas tahun daerah itu mahu dilupakannya. Namun semuanya masih tersimpan kemas diingatan. Dan kejadian malam tadi membuatkan semua itu bagaikan baru saja berlaku. Segala rasa sakit, benci, dendam kembali bersarang dalam hatinya dan yang paling pedih bila masih ada rindu dan kasih kepada lelaki itu. Sedangkan dia hanya mahu menganggap yang lelaki itu telah mati. Dan yang paling memeritkan bila naluri keibuannya bagaikan memuncak saat ini.

Tidak ada siapa pun yang tahu betapa dia sangat mahu memiliki anak itu. Kalau benar berita tentang dirinya disebarkan, seluruh dunia akan menunding jari kepadanya. Dia pasti menjadi ibu yang kejam dan tak berperikemanusiaan. Bila dia sanggup meninggalkan anaknya yang baru saja dilahirkan tanpa menoleh ke belakang lagi.
Siapalah yang tahu dilema dalam dirinya. Mereka hanya akan menuduh tanpa bertanya. Menghukum membuta tuli. Nasib dia dan wanita lain yang tertindas sama saja. Menjadi mangsa keadaan tanpa pembelaan dan hujungnya mereka juga yang dihukum bersalah!

Seperti Zulkarnain! Sedikit pun dia tidak mengaku salah kerana membohonginya selama ini. Sebaliknya memeras ugut jika dia tidak mahu menyerahkan anaknya. Apa haknya untuk menuntut anaknya selepas apa yang telah dia lakukan? Apa hak Zulkarnain mahu menganggu privasi dirinya sedangkan selama ini dia tidak pula memburu dan mengungkai punca perpisahan mereka? Kerana dia bahagia! Pastinya kerana dia cukup bahagia tanpa dirinya. Jadi untuk apa tiba-tiba datang menuntut haknya sedangkan sebelum ini dia tidak pula bersusah payah mahu melunaskan hak seorang isteri?! Nadia yang selama ini berhempas pulas memperjuangkan hak asasi manusia tiba-tiba dikejutkan dengan tuntutan hak dari orang yang selama ini mengabaikan haknya! Gila!

Namun api kemarahannya bagaikan malap apabila sesuatu di luar jangkaannya berlaku. Hari ini dia sebenarnya amat sibuk dan penat. Tanpa mempedulikan kehadiran Zulkarnain yang benar-benar bermalam di rumahnya, dia bergegas ke pejabat. Sarapan pagi yang disediakan ‘suami’ di atas meja makan hanya dijeling sekilas. Apalah ertinya lagi…

Pagi itu giliran dia dan WWT menjadi moderator ‘Program LGBT Sebahagian Dari Kita’ yang sudah berlangsung selama dua hari dan hari itu adalah hari yang terakhir. WWT bersama tujuh buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat menjayakan program itu untuk memberi kesedaran kepada kelompok terpinggir iaitu ‘Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual (LGBT)’ dan juga masyarakat tentang hak-hak mereka yang selama ini diperkotak-katikkan secara sewenang-wenangnya. Berbagai acara berlansung dengan lancar seperti pameran, motivasi, bual bicara secara langsung, pemberian jarum suntikan dan kondom secara percuma walaupun dikritik hebat oleh pelbagai golongan dan acara penutup merupakan persembahan pentas dari Kelab LGBT untuk hiburan sekelian yang hadir.

Cukup! Cukuplah mereka dipinggirkan, dihina, dianaktirikan dan hidup dalam diskriminasi tak kira dalam pergaulan seharian, ibadah mahupun kerjaya hanya kerana mereka dikatakan terlibat dalam dosa. Sedangkan kebanyakan yang menunding jari itu juga bergelumang dengan dosa! Bukan hanya cemuhan dan penghinaan yang harus mereka telan malah bakat dan kebolehan mereka juga tidak diiktiraf oleh mana-mana jabatan dalam apa pun bidang walaupun mereka cemerlang dan profesional. Lebih dahsyat lagi, kesalahan mereka yang terlibat dalam cara hidup ini adalah kesalahan jenayah! Sudah banyak kes yang berlaku dan hukuman dijatuhkan tanpa pembelaan sewajarnya. Semua ini harus dihentikan dan mereka harus diperjelaskan dan dididik tentang hak mereka dalam lingkungan undang-undang. Hak mereka sebagai golongan dewasa untuk memiliki kehidupan peribadi harus dikembalikan!

Dan kerana pembelaan itu, Nadia dan WWT serta beberapa buah NGO yang lain dituduh menyokong kegiatan LBGT yang tidak bermoral! Kesal teramat kesal atas tuduhan melulu itu, Nadia dan teman-teman seperjuangannya mengambil tindakan undang-undang dan tekad untuk meneruskan perjuangan mereka membela hak LGBT dan mengembalikan mereka kepada kehidupan yang sewajarnya. Penglibatannya mendapat liputan meluas dan itu bukan lagi satu kejutan baginya. Dia kenal siapa dalang dan siapa yang jujur dalam pentas kehidupan ini.

Namun hari ini mereka semua dikejutkan dengan kehadiran sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Peace Yo! Selama dua hari, mereka hadir hanya untuk mengedarkan risalah tentang ‘LGBT – Sejarah, Kesan dan Penyelesaian’ kepada orang ramai. Nadia sendiri menerima risalah itu yang katanya menarik perhatian ramai namun dia tidak sempat menelitinya. Kehadiran sepasang suami isteri yang kedua-duanya merupakan doktor pakar perubatan sebagai jurucakap kumpulan itu mengejutkannya dan kerana tidak benar-benar mengetahui latar belakang mereka, hasrat mereka untuk memperkenalkan diri dan menawarkan khidmat nasihat kepada pengunjung-pengunjung program itu disambut baik.

“Kami berada di sini bersama Penganjur program dan semua NGO yang terlibat kerana Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguh Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Az Zumar: 53)

Kami datang bukan untuk mengatakan kamu berbuat salah. Tapi kami datang untuk bersama kamu mencari diri dan memperbaiki diri. Kita semua sama, hidup penuh dosa. Dan kita sangat bertuah kerana kita memiliki Tuhan yang Maha Baik lagi Maha Pengampun. Mari kita cari kebahagiaan hidup yang sebenar dan kita tagih keampunan dari Allah. Sebab Allah dah pesan, ‘… janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah’. Kita takkan dapat menuntut hak kita sebagai manusia selagi hak Allah tak kita tunaikan. Kami di Peace Yo! akan bersama anda, keluarga anda dan teman juga sahabat anda untuk mengikat silaturrahim sesama Islam untuk kita sama-sama selamat dan menyelamatkan. Selamat datang ke Peace Yo!, insyaAllah.”

Peace Yo! Nadia pernah beberapa kali mendengar nama itu ketika di dalam dan di luar negara namun dia tidak ambil peduli. Khabarnya kumpulan itu kini menguasai kebanyakan golongan di laman sesawang atau lebih tepat di media sosial. Namun kata-kata wakilnya yang ringkas namun amat padat itu sangat membolak-balikkan hatinya.
Dan kata-kata itulah membuatkan dia tidak senang duduk dan terus memandu ke selatan tanahair sebaik sahaja program itu tamat awal petang tadi.

‘Kita takkan dapat menuntut hak kita sebagai manusia selagi hak Allah tak kita tunaikan.’ Apa sebenarnya maksud kata-kata itu? Apakah hak aku yang selama ini diabaikan kerana aku tidak menunaikan hak Allah terhadap aku? Apakah kerana itu hak aku sebagai seorang anak tidak diambil kira? Hak aku sebagai seorang perempuan untuk memilih jodohnya dinafikan? Hingga akhirnya hak aku sebagai seorang isteri dipermainkan dan yang paling dahsyat, hak aku sebagai seorang ibu terpaksa aku kuburkan sendiri!!

“Mama takkan setuju dengan pilihan Nadia!”

Kata-kata Tengku Nuruddin saat menziarahi anaknya di kota London secara kebetulan kerana urusan perniagaannya di sana bagaikan muktamad.

“Tapi, pa… kak Eda…”

“Sebab kak Eda dah memilih abang Hasyim?”

“Abang Hasyim jugak bukan orang berada, Pa. Kita langsung tak tahu asal usul keturunannya. Dia cuma orang kampung! Kenapa Nadia tak boleh?”

“Bukan tak boleh, sayang, Tapi papa rasa Nadia tak sekuat Kak Eda. Papa jugak tak sanggup nak tengok seorang lagi anak papa menderita kerana pendirian mama!”

“Tapi kalau bukan Zulkarnain, Nadia akan menderita juga, kan pa? Sebab Nadia tak pernah sayangkan seorang lelaki macam Nadia sayangkan dia…” Suara Nadia serak menahan sebak yang teramat.

Sangka Nadia, kalau dia mempertahankan haknya untuk memilih jodohnya sendiri, dia akan bahagia juga walau apa pun rintangannya. Namun rupanya, dengan cinta atau tanpa cinta, dia tetap menderita!

Pernikahan yang berlangsung di Kedutaan Malaysia di kota London berlangsung bagaikan mimpi. Restu papa memudahkan segalanya. Majlis doa selamat ringkas sahaja di rumah sewanya. Tiada jemputan untuk keluarga atau VIP. Hanya kenalan rapat sahaja. Kerana pernikahan itu seharusnya kekal rahsia. Itu janji Nadia kepada papa sehinggalah Zulkarnain pulang ke tanahair dan membina kerjaya. Harapan Nadia cuma satu. Mama akan menerima Zulkarnain setelah kerjaya dan ekonominya kukuh dan stabil.

Menyesal? Apa pun natijahnya, Nadia tidak pernah menyesal dengan keputusannya. Kerana enam bulan hidup bersama Zulkarnain yang ketika itu berada di tahun akhir peringkat PhD dalam jurusan ekonomi sementara Nadia pelajar tahun satu peringkat sarjana undang-undang, menjadi memori terindah baginya. Walau dia harus membayar dengan seumur hidupnya! Apakah itu kerana haknya terhadap Tuhan tidak selesai sebenarnya? Apakah hak Tuhan itu? Jiwa Nadia semakin bergelojak resah dengan persoalan yang bertubi-tubi datang. Apapun, permintaan Zulkarnain harus dipenuhi demi untuk dia tenang kembali dan berdepan dengan persoalan hidup dengan dirinya sendiri.

Banyak sungguh kawasan perumahan dibangunkan di sepanjang jalan menuju ke Pekan Parit Raja. Universiti juga sudah berubah wajah. Nadia terus memandu dengan debar yang semakin kuat di dada. Masjid Jame’ di simpang Jalan Parit Raja dengan Jalan Temenggung Ahmad kelihatan berseri. Nadia hampir terlepas pandang.

Akhirnya, dia tiba ke Pekan Parit Raja kini berubah wajah. Nadia memandu perlahan sekali untuk memastikan yang dia tidak salah haluan. Bangunan pasar diamati sungguh-sungguh kerana agak berbeza dengan wajah baru. Nadia tidak pasti kalau dia dapat menjejaki rumah itu sekali lagi namun dia harus melakukannya walau macammana sekali pun.
Dia semakin memperlahankan kereta supaya kampung yang dituju yang tidak jauh dari situ tidak terlepas. Tak berapa lama kemudian, dia membelok ke kiri, masuk ke jalan Parit Daun. Dia masih ingat nama jalan itu.

Apabila sampai ke jambatan kecil, disambut dengan pintu gerbang, barulah Nadia yakin yang dia berada di lokasi yang tepat. Namun debaran di dada bertukar rentak. Cemas. Bagaimana untuk berhadapan dengan situasi ini? Yang sudah sembilan belas tahun dia cuba padam dari kotak ingatannya. Dia terus memandu melewati surau dan beberapa buah rumah yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Kebanyakannya besar-besar dan cantik berbanding dulu yang hanya ada rumah-rumah yang diperbuat dari kayu dan papan serta beratap genting.

Nadia sampai ke hujung kampung namun rumah itu tidak ditemui atau sudah berubah wajah sehingga dia tak dapat mengecam lagi. Laluan itu betul tetapi entah di mana rumah yang dicarinya. Buntu, Nadia berpatah balik ke surau.
Jam sudah menunjukkan angka tujuh. Tidak lama lagi masuk waktu maghrib. Dia pasti ada orang yang akan datang awal ke surau.

Jangkaan Nadia tidak meleset. Kelihatan beberapa buah motosikal di parkir di tepi surau itu. Dia cepat-cepat menghentikan kereta lalu merapati surau. Seorang lelaki tua memakai kopiah datang berjalan kaki. Nadia memberi salam dan menyapa dengan sopan.

Sebaik sahaja nama Hanipah dilontarkan, lelaki itu menggelengkan kepala. Nadia panik. Dia yakin benar yang dia tak salah kampung.

“Tak ada orang nama Hanipah, seingat atok. Bukan orang sini, agak eh?” Ah! Betul juga, desis hati Nadia. Mak Pah orang Perak!

“Ya, Tok! Dia orang Perak. Err.. Dia kawin dengan orang sini. Ta… Tapi saya tak ingat nama suaminya.” Nadia mula buntu.
“Orang Perak?” Soalnya kembali.

“Ya, tok… Suaminya dah meninggal masa saya datang sini dulu. Kemalangan, katanya.”

“Orang Perak… Ooo Lek Kusen ni. Dia kawin orang Perak. Accident di Parit Rojo…”

“Kusen? Hussein! Ya, namanya Hussein.” Nadia menghela nafas kelegaan.

Namun sayang, mereka sudah lama berpindah sejak banjir besar. Tanah itu sudah dijual. Sudah ada rumah baru di atas tapak tersebut. Atuk yang baik hati itu menunjukkan rumah anaknya yang dulu berkawan baik dengan anak lelaki Lek Kusen sampai sekarang. Dan dia ada menyimpan nombor telefon untuk dihubungi. Selepas mengucapkan sebanyak-banyak terima kasih, dia terus memandu ke arah rumah Atuk tersebut yang boleh dilihat dari surau itu.
Nombor telefon yang diharapkan sudah berada di tangannya. Hari sudah gelap. Nadia berkira-kira samada hendak bermalam di Pekan Parit Raja atau terus pulang.

‘Two days, Nadia and the time is ticking…,’ suara Zulkarnain menyentak ingatannya. Akhirnya dia terus memecut kereta membelah kegelapan malam pulang ke Kuala Lumpur. Hatinya berdebar-debar. Apakah Zulkarnain masih berada di rumahnya? Bagaimana dengan isterinya? Ahh! Biarkan! Aku akan bersabar sehingga tiba harinya aku dan dia berpisah secara mutlak! Bisiknya memujuk diri.