Siri Novel MAKNA PADA RASA (Cinta Puteri vs Nuqman) 25

Salam sayang!

Bab 25 baru siap. Upload je dulu ya. Not sure where its heading sometimes… Juea tak pandai menulis, tak pernah belajar pulak. Nak ikut kaedah menulis, buat plot bagai, lagi2 la tak reti. So, experts and readers, pls help.I just go by my instict. Mg Allah guide me along the way. And your comments and thots really help and appreciated. Tq and luv u guys a lot – juea

Bab 25

Puteri berguling ke kiri. Kemudian ke kanan. Sudah berpuluh kali begitu! Arghh… lelap tak juga datang. Akhirnya dia bangun duduk, meraup wajah sendiri. Letih dan lesu kini berganda. Dia cuba melelapkan mata, melupakan semua. Tapi minda dan jiwanya terus berkocak. Sambil mengeluh panjang, Puteri turun dari katil menuju ke bilik air. Walaupun sudah lewat dan suasana sejuk dingin, dia mandi juga untuk menyegarkan diri dan menyalin pakaian.

Sehelai baju tidur sutera yang baru dibeli bersama Nuqman semalam disarung ke tubuhnya. Warna ungu muda yang lembut itu merubah penampilannya di cermin. Entah kenapa baju itu dipilihnya, Puteri sendiri tidak tahu. Jemarinya menyentuh kelembutan sutera… Dan lembutnya sentuhan jemari Nuqman kembali menerjah di ingatan. Saat itu juga, tubuhnya yang tadi kedinginan selepas mandi kembali hangat. Pandangan Puteri tertancap pada wajah sendiri.

“Why do I feel like a woman…?” Dahinya berkerut dengan kata-kata sendiri. Say my name… Suara Nuqman tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga.

“Nuqman…!” Puteri memejamkan matanya rapat-rapat. Demi Tuhan, dia tak pernah merasakan getaran yang sebegini dahsyat seumur hidupnya. Sedangkan lelaki itu tidak ada di sisinya saat itu. Apa maksudnya ini, ya Tuhan. Semakin aku cuba, semakin aku menjerat diri! Kenapa aku jadi selemah ini?

“Is he conquering me without me knowing? Am I gonna be his slave…?” Keluhan berat melewati bibirnya. Dan mata Puteri terus terbuka luas. Memang sebab cinta, perempuan sanggup jadi hamba lelaki!

Tak mungkin…! Tak mungkin! Mindanya terus berputar. Puteri menggeleng-gelengkan kepala bagaikan histeria. Perempuan di dalam cermin itu mengatakan perkara yang sama namun dengan nada mengejek. Yesss… You’ll be his slave forever… You’ll be nothing but a slave, Puteri…! Dan perempuan itu ketawa mengilai.

“Noooo!” Puteri menjerit cemas. Dia lari ke katil dan menghempaskan diri ke tilam empuk. Sebiji bantal ditekup ke kepala, cuba menutup telinga. Dia benci dengan ejekan yang terus-terusan menghantuinya. Aku bukan perempuan lemah! Aku bukan mainan lelaki… Bukan! Bukan! Aku ada harga diri… Aku takkan biar diri aku dicampak sesuka hati lagi lepas mereka jemu mencintai… Takkan sekaki-kali…!

Tiba-tiba Puteri bangun duduk di katil. Amarahnya kembali terbakar. Bantal yang sebiji itu dibaling entah ke mana. Benci! Dia mendengus dan berpaling. Matanya terpandang majalah yang dibeli bersama Nuqman. Kata-kata itu! Pantas majalah itu dicapai dan helaiannya diselak rakus. Dan jumpa! Anak matanya berlari di antara perkataan yang tertulis.

‘Be a floor to him, he will be a roof to you…’ Bohong! Aku sanggup merendah diri kepadanya, sangkakan yang aku akan dilindungi tapi apa yang berlaku akhirnya? Jangankan dilindungi, lagi diaibkan, dirobek-robek hati dan perasaan adalah!

‘Be a soft seat to him, he will be a pillar for you…’ Tipu belaka! Selama ni aku setia, dengar apa saja masalahnya. Pujuk bila merajuk. Aku rayu bila dia berkeras. Aku siram air bila dia panas, sampai aku tiup agar dia sejuk. Tapi di mana kekuatannya bila hatinya diuji?

‘Be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you…’ Be a slave?! Never!! Semua ini dusta semata! Segalanya sudah aku turutkan. Tak satu pun permintaannya kubantah. Kehendaknya penting bagi aku. Sanggup aku korbankan diri dan masa. Tapi… tapi aku tak sanggup nak gadai maruah! Aku bukan perempuan yang begitu. Lagipun, maruah aku untuk dia juga. Segala yang aku jaga akan aku serahkan untuknya juga, bukan? Memang semua itu bohong! Seribu daya aku bahagiakan dia, tapi masih belum cukup. Cinta apa namanya kalau macam tu? Kasih apa kalau sampai aku bukan lagi diri aku…?

Puteri kembali merintih bagaikan baru semalam dia ditinggalkan. Hanya kerana kasihnya tak sempurna. Tak cukup untuk lelaki sehebat Ammar Bahrain!!

Dan airmatanya mengalir lagi. Bersama sembilu silam yang kembali menghiris. Pedih tak terkata. Sakit tak terucap. Bila kejujuran dan kasihnya yang melimpah-ruah hanya untuk disimbah balik ke muka sendiri seolah-olah tiada harga. Dan kata-kata hinaan rupanya yang terhambur. Dia harapkan hidup bagai rama-rama yang bebas bahagia di antara kuntuman bunga selepas keluar dari kepompong cinta rupanya dia hanya kupu-kupu yang bagaikan tiada bila tumpang berteduh di dahan kayu.

‘Perempuan memang tak cerdik kalau letak kebahagiaan yang diharapkan tu di tangan lelaki. Apa yang lelaki boleh buat?!’ Puteri terpinga-pinga. Suara Nuqman jelas sungguh bagaikan dia ada di bilik itu.

Cemas, Puteri kelam-kabut menarik comforter menutup tubuhnya yang hanya berbalut baju tidur sutera itu. Dia berpusing ke kiri dan ke kanan, mencari kalau ada bayang-bayang Nuqman sekalipun… Namun setiap ruang dalam biliknya tiada kelibat. Hanya dia, mindanya dan jiwanya.

‘Sleep well, darling. Lesson learned, I hoped…’ Kata-kata itu menusuk jantung. Apa maksud lelaki itu sebenarnya?

‘Orang cerdik akan letakkan kebahagiaan tu di tangan Allah. Allahlah yang Berkuasa, kepada siapa Dia nak bagi kebahagiaan…’ Aku tak cerdik! Aku yang salah! Kata-kata Nuqman itu berkali-kali datang mengingatkannya. Aku harapkan kebahagiaan dari Ammar. Aku letakkan keyakinan pada dia. Apa kuasanya? Dia jugak manusia seperti aku… Hatinya berubah… Fikirannya juga berubah. Dia pergi tak berpaling langsung… Bodohnya aku! Bodohnya aku!

Puteri kini memeluk lutut. Menangisi diri sendiri bagaikan anak kecil. Bukan salah dia… Salah aku… Rintihnya berterusan. Airmata juga yang setia menjadi teman. Majalah itu diraih dekat. Antara kabur dek mata yang berkaca, Puteri ulang membaca.

‘Bergantung dengan Allah untuk bahagia. Tapi Allah letakkan syarat…’ Kata-kata Nuqman terdengar lagi.

‘Nasihat orang tua Arab tu adalah syaratnya. Dia nak anak perempuannya buat kerana Allah sebab semua yang dia nasihatkan tu adalah perintah Allah. Maka Allah akan balas, dengan izin-Nya, lelaki tu akan melindung anaknya, menjaganya sampai akan jadi hamba juga kepada anaknya, sanggup buat apa saja demi kebahagiaan anaknya kerana Allah juga… Hakikatnya, kebahagiaan tu datangnya dari Allah!” Airmata Puteri mengalir laju.

‘Datangnya dari Allah…’, Bisik hati Puteri sambil matanya terus membaca. “O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he. should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eyes and his ears. Let him not smell except a good odour from you; let not his eyes see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.” Pesanan buat seorang pengantin dari ibunya!

“Ibu!” Puteri terlafaz sepatah kata keramat itu. Majalah itu diletakkan semula. Matanya menerawang ke ruang bilik yang sunyi. Yang kedengaran hanyalah sedu-sedan tangisnya.

“Ibu…!” Rintih Puteri lagi penuh lirih. Ibu tiada hendak menyahut.

“Ika dah kahwin, bu! Abah kahwinkan Ika. Macammana Ika nak buat, bu? Luka ni… Luka hati Ika masih sakit, bu… Apa Ika nak buat? Tolong Ika, bu…” Suara Puteri semakin tenggelam dalam tangisannya.

‘Dia nak anak perempuannya buat kerana Allah…’ Bagaikan ada suara singgah di mindanya. Puteri terdongak. Seperti kata-kata Nuqman!

‘…sebab semua yang dia nasihatkan tu adalah perintah Allah.’

‘Hakikatnya, kebahagiaan tu datangnya dari Allah!’ Puteri menelan liur. Apa maksudnya ini? Rasa hati yang sangat kuat ini? Itukah juga kemahuan ibu?

‘Dia nak anak perempuannya buat kerana Allah…’ Kata-kata itu terus tergiang-ngiang di telinganya. Puteri memejamkan mata. Bayangan ibu menjelma. Ibu tersenyum mendepakan tangannya, menantikan dakapannya. Ibu memang suka mendakap Puteri lama-lama. Sebab Puteri wangi sangat, kata ibu. Dan Puteri akan ketawa bangga. Akhirnya Puteri terlena. Bersama wangian ibu yang hadir seketika.