Siri Novel MAKNA PADA RASA Bab 22

mpr-cover-only

Assalamualaikum dear all,

Tajuk asal Novel ni, CINTA PUTERI vs NUQMAN… tapi Juea tukar kepada MAKNA PADA RASA. Jatuh cinta dengan kata-kata ni dari kawan baik yang sangat kreatif bila berkata-kata, Siti Fadhilah Osman aka Cette. Thank you, Cette!

As always, tolong kongsikan komen dan idea, ya. Mg2 cerita ni dpt jadi lebih baik. Jaga diri, jaga hati. Mg bahagia n ceria selalu.

Here you are, bab 22. Jeng jeng jeng…

Bab 22

“Nak tengok tarian sufi?”

“Eh… Nak! Nak!! Bestnya! Kat mana?! I’ve read about it somewhere… Macam menarik sangat tarian tu… ” Puteri teruja sampai tak sedar dia sedang menggoyang-goyangkan lengan Nuqman.

Tersenyum Nuqman dibuatnya. Selalunya gadis itu kelihatan matang dan serius. Tapi rupanya masih keanak-anakan. Hilang wajah penat lesu setelah seharian melancong. Usai solat maghrib dijamakkan dengan solat Isya’ di Masjid Biru tadi, Nuqman kasihan melihat Puteri yang lesu keletihan. Hampir dia membatalkan niatnya dan membawa Puteri balik berehat. Tapi kini gadis itu kembali ceria seperti kanak-kanak riang bila diajak menonton tarian sufi.

“Kita tengok sambil makan ya.”

“Alright!” Puteri tersenyum malu-malu sambil melepaskan lengan Nuqman. Terlupa diri sekejap!

Perut pun sudah berlagu. Sebab mereka hanya minum teh di jalan kecil di Taksim tadi selepas jalan-jalan di sekitar Taksim Square sementara menunggu masuknya waktu maghrib.

Namun seronok juga menemani Nuqman berbual-bual dengan warga Turki yang suka menghabiskan masa bersembang-sembang di lorong-lorong kecil sekitar Taksim sambil minum teh dalam gelas-gelas kecil dengan gula batu. Sesuai dengan gelaran yang diberikan untuk kawasan itu – syurga cai. Ramah sungguh orang Turki rupanya. Nuqman belum menguasai bahasa Turki dan banyak berbahasa Inggeris. Apa pun, pesan Nuqman – SENYUM! Dan mereka dilayan penuh mesra!

Asyik dengan suasana itu, Puteri tak sedar masa berlalu. Kemudian mereka berjalan sambil menghirup udara petang menuju Masjid Biru. Suasana begitu harmoni dengan simpang-siur manusia, dikelilingi bunga-bungaan terutamanya tulip yang mekar berseri. Anjing dan kucing tidur bermalas-malas malah tak langsung terganggu dengan manusia yang ramai. Sementara burung merpati jinak terbang menari-nari di atas kepala. Satu perkongsian yang sungguh mesra alam!

Puteri berlari-lari mengejar merpati jinak yang mulanya mengerumuni bila dia kaku berdiam diri tetapi berterbangan bila dia mahu menyentuh. Memang sifat merpati, dekat bila tak dipeduli tetapi lari bila hendak dimiliki. Nuqman ketawa gelihati dengan keletah Puteri. Merpati itu persis dirinya.

Puteri tercungap-cungap bila duduk di hamparan rumput baldu di taman indah yang teretak di antara Hagia Sophia dan Masjid Biru yang telah mereka jejaki awal pagi tadi. Namun lewat petang ini, ramai sungguh warga Turki dan para pelancong yang beristirehat di situ. Kebanyakannya bersama keluarga atau teman-teman. Namun sesuatu yang agak aneh kerana tak kelihatan pasangan-pasangan kekasih seperti di Malaysia. Kalau lelakinya, bersama teman-teman lelaki. Begitu juga gadis-gadis Turki, datang bersama keluarga atau teman-teman sejenis. Maka taman itu tak tercemar dengan adegan-adegan yang mengundang kehadiran para iblis dan syaitan.

“Letih?”.

“Yeah… But happy! Thank you so much for taking me around…” Jujur terluah kata-kata itu dari bibirnya.

Nuqman merebahkan badannya di atas rumput seperti kebanyakan lelaki warga Turki dan para pelancong saat itu. Terlalu indah. Berbumbungkan langit Illahi yang terbentang luas, berlantaikan bumi hijau dengan warna-warni bunga dan paling istimewa bila ditemani isteri yang cantik manis… Inikah agaknya yang dikatakan syurga dunia?

“Awak selalu lepak sini?” Puteri bertanya, memotong anganan Nuqman yang sedang tersenyum-senyum dengan langit

Senyuman dibibir Nuqman bertukar tawa. Lepak? Pernahkah wujud istilah itu dalam hidupnya?

“Ini kali pertama….”

“Really?!” Susah Puteri hendak percaya.

“Kawan saya beritahu, di sini paling best kalau nak dengar alunan azan bersahut-sahutan di Istanbul.”

“Ohh…!”

“Awak… Awak tak pernah lepak?” Memang naluri Puteri tersentak bila Nuqman ketawa tadi.

“Depends…. Kalau maksud lepak tu, duduk-duduk tak buat apa-apa… Saya tak pernah.”

“Ohh…! Walaupun waktu remaja?”

“Saya banyak minat, banyak hobi. Masa tak cukup bagi saya. Jadi memang saya tak sempat lepak.”

“Ohh…!”

“Kenapa ‘ohh’?”

“Sebab pelik.”

“Pelik?!”

“Yalah… Pelik sebab awak tak pernah lepak. Busy sangat ke hidup awak? Walaupun masa remaja?”

“Lepas SPM, saya dah ada syarikat sendiri. Saya buat wakaf dari buluh. Lepas tu buat dengan kayu pulak. Bila sambung belajar, saya buat part time tapi ada pekerja fulltime dua orang. Arwah ayah yang tolong pantau masa tu.”

Terbeliak mata puteri. Di usia itu, terlalu muda untuk ada syarikat sendiri!

“I just love to build. Dalam otak saya ni, asyik ada je yang saya nak bina. Sekarang jiwa saya pulak… ke arah pembangunan yang berbeza. Tapi masih nak membina…”

Puteri menelan liur. He’s a workaholic?

“Sanggup ke awak hidup dengan saya? Saya tak macam lelaki lain, yang mampu nak beri sepenuh perhatian pada isteri tersayang. To serve and to love you like a queen…”

Menyindir nampak?!

“Awak ingat saya ni apa? Saya tak perlukan semua tu lah! Kan saya kata, saya nak hidup sendiri. Saya tak perlukan perhatian sesiapa… terutama awak!”

“Amboi! Bunyi macam merajuk je…”

“That’s the truth. It’s not worth it. Expectation makes you weak.” Nuqman bangkit duduk mengadap muka Puteri.

“Such a strong lady?!” Pandangan mata Nuqman dibalas berani.

“You’ll see…”

Tiba-tiba azan berkumandang. Sesaat kemudian, ada laungan azan dari arah lain turut bermula. Dan satu lagi dan lagi. MasyaAllah! Indah sungguh. Nuqman beralih duduk di sisi Puteri. Dia juga seperti Puteri, mendongak memandang menara dan kubah masjid biru, kemudian berpusing-pusing melihat masjid-masjid lain yang nampak dari kejauhan.

Antaranya sudah pasti Masjid Beyazid II dan Masjid Sulaimaniye. Seterusnya yang lebih jauh sedikit seperti Masjid Yeni dekat terminal feri Eminonu dan Masjid Ortokoy di Terminal Feri Kabatas.

Waktu itu bagaikan keramat. Puteri dan Nuqman seperti mereka yang lain juga, diam terpukau dengan laungan azan yang amat merdu bersahut-sahutan mengagungkan Yang Esa. Sebaik saja azan-azan itu selesai berkumandang, mereka sama-sama menadah tangan membaca doa menjawab azan. Kemudian sama-sama bergegas ke masjid biru untuk menunaikan solat.

“Ika nak makan apa malam ni?” Tersentak Puteri yang melangkah terlalu perlahan bila melewati taman bunga itu sekali lagi. Ternampak-nampak Nuqman yang berbaring dan duduk di sisinya… Bagaikan mimpi menjadi nyata. Ehhh?! Benar, dia pernah bermimpi di kelilingi masjid…

“Ika nak lepak kat taman tu lagi ke? Pandang macam tak nak tinggalkan tempat ni je…”

“Eh! Tak de lah. Saya teringat azan tadi. Hebat suasana tu…” Sungguh tak tipu! Puteri cuba menyakinkan hatinya yang mengejek. Azan ke Nuqman?! Isyhh!

“Betul kawan saya cakap. It was so deep… Terasa sungguh kebesaran Allah. Azan tu kalau kita hayati, kita rasa macam Allah pujuk kita datang sembah Dia. Kalau kita dengar dengan hati…”

“Pujuk? Dengan hati?” Mata Puteri terkelip-kelip. Nuqman tersenyum. Comel sungguh kalau dia buat macam tu, hatinya berbisik.

“Ya. Masa Rasulullah berbincang macammana nak beritahu kaum muslimin waktu solat dah masuk, Sayidina Umar Al Khattab dan Abdullah bin Abas dapat mimpi. Maksudnya Allah ajarkan macammana nak panggil kaum muslimin bila masuk waktu solat melalui mimpi mereka.

Dalam azan, Allah bagitau kita yang Dia Maha Besar. Dia ada segala-galanya. Haa… kita mintak je kat Dia. Tapi nak dapat bantuan Allah tu, kita kena mengaku yang Allah tu Tuhan kita. Allah ajarkan kita supaya kita mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Allah juga mahu kita mengaku yang Nabi tu Pesuruh Allah. Bila dah mengaku, kita kena hidup macammana yang Allah mahu, yang nabi ajarkan.”

Entah kenapa Puteri rasa sebak mendengarnya. Mudah saja nak faham. Tapi kenapa dia tak pernah rasa yang azan itu seperti Allah sedang memanggil dengan pujukan. Bekukah akal dan hatiku, ya Allah?

“Saya paling tersentuh part ni, bila kita mengaku saja, Allah pujuk kita dengan penuh kasih sayang-Nya, ajak kita, marilah bersembahyang. Bayangkan, sembahyang tu kan satu perintah? Tapi Maha Lembutnya Allah, Dia panggil dengan kasih sayang, dengan pujukan… ‘Marilah!’ Begitu sekali Dia melayan kita hamba-Nya. Tapi selalu kita buat tak tahu je walaupun macam tu sekali Allah memanggil.”

Nafas Puteri tersekat-sekat. Akulah tu!!

“Dia pujuk lagi, marilah menuju kemenangan… Allah nak bagi kemenangan bila kita sembah Dia. Bila kita hidup macam yang Nabi ajarkan. Kita jugak yang untung. Kita akan menang di dunia dan Akhirat. Tapi hati kita buta. Kita tuli dengan pujukan Allah… Kita selalu leka, lalai…”

Setitis airmata jatuh di pipi. Cepat-cepat Puteri memandang ke arah lain. Malu kalau dilihat Nuqman. Akulah yang buta dan tuli…

“Sebab tu kita tengok, orang yang jaga solat, hidupnya tenang dan berjaya. Kalau orang yang tak solat, kaya dan berjaya tapi belum tentu hidup tenang. Apa lagi kalau gagal… Banyak lagi huraian tentang azan yang kalau kita faham, barulah azan tu berkesan pada kita. Nanti saya kongsikan bila-bila free…” Bagaikan mengerti gelojak perasaan Puteri, Nuqman berjanji. Untuk bercakap panjang lebar tentang itu semua agak kurang sesuai kerana mereka sudah semakin hampir dengan tempat yang dituju.

Masih belum ramai pengunjung yang datang ke Restoran Antep kerana malam baru bermula. Meja pun tak banyak kerana bahagian tengah restoran itu dikosongkan untuk ruang tarian.

Nuqman memesan makanan. Dia lebih suka makan dahulu. Kemudian bolehlah menonton persembahan tarian sufi dengan lebih fokus.

Tidak lama kemudian, tiga orang pemuzik tradisional mengambil tempat. Mereka mengalunkan muzik yang kedengarannya seperti qasidah.

“Elok Ika habiskan makanan tu dulu. Nanti takut Ika pening, dah tak boleh makan.” Beritahu Nuqman bila melihat Puteri banyak berdiam dan termenung.

“Sampai macam tu sekali ke?”

“Ada orang yang tak pening bila berpusing tapi pening bila tengok orang berpusing.”

“Iya…?!”

“Kalau Ika pening, saya tak larat nak dukung bawak balik ke apartment…”

“Heee awak ni!!” Mencerun mata Puteri bila Nuqman tersenyum mengusik. Ke situ pulak perginya dia!

“Cepat makan!” Gesa Nuqman lagi. Puteri patuh. Bimbang pula kalau dia betul-betul pening nanti.

Tidak lama kemudian, tiga orang penari yang tinggi-tinggi belaka keluar dengan pakaian tradisional, berkain kembang mencecah lantai dengan tarbus tinggi di kepala. Mereka menundukkan kepala memberi hormat kepada para tetamu. Kemudian mula melangkah perlahan-lahan membuat pusingan. Bila langkah semakin laju, kain dikembangkan dan nah… mereka berputar! Kain yang labuh hingga mencecah lantai itu kembang dan melebar di pinggang mereka bagaikan sayap. Kaki mereka jelas berputar-putar tanpa henti dan teratur tanpa tersalah langkah. Kepala dan tangan pula berlenggok dan bergerak mengikut alunan.

Takjub Puteri melihat pergerakan yang berpusing-pusing tanpa henti itu dan mereka tak langsung kelihatan pening atau penat malah tenang menghayati muzik yang berkumandang lembut bagaikan bermeditasi. Syahdu!

“Inilah Mevlevi Sema Ceremony, tarian ni dikawal kerajaan Turki sebab bimbang jadi ajaran sesat pulak nanti. Kalau di tempat-tempat lain yang lebih besar macam di Hodja Pasha Cultural Center, ada penasyid-penasyid sekali. Kebanyakkan tarian ni diiringi dengan nasyid-nasyid tentang ketuhanan.”

“Oooo! Err… Awak… Awak pernah cuba tak?” Tergelak Nuqman. Cepat dia menggelengkan kepala.

“Macam berminat je?! Awak boleh cuba sendiri nanti. Tapi kena kuat penghayatan. It’s a way of communication. Mereka tenggelam, asyik meluahkan rasa cinta kasih kepada yang Maha Pencipta. Dunia fana ni dah hilang. Sebab tu mereka tak pening…”

Puteri terpana seketika. Kemudian mengalihkan pandangannya kepada para penari yang masih berpusing sejak tadi. Apa agaknya yang mereka sedang bicarakan dengan Tuhan? Awesome!

“Bila manusia lahir ke dunia, kita dibekalkan dengan fitrah. Fitrah tu, keinginan semulajadi, kecenderungan. Fitrah paling besar, rasa ingin bertuhanlah. Rasa perlu kepada Tuhan. Datang pula rasa nak agungkan Tuhan, besarkan Tuhan, syukur kepada Tuhan. So, terciptalah tarian tu…” Nuqman menyambung bicara dalam perjalanan mereka kembali ke pangsapuri. Puteri mendengar dengan penuh minat. Tarian yang sungguh mendalam maksudnya.

Sepatutnya rasa letih yang menguasai diri namun setelah menyaksikan tarian itu tadi, Puteri rasa ada tenaga yang luar biasa dalam dirinya. Sebaik saja, pintu pangsapuri dibuka, dia meletakkan beg tangan dan Camcodernya di meja lalu terus ke balkoni, menghirup udara malam di Istanbul sambil termenung jauh bagaikan membelah Selat Bosphorus yang terbentang di hadapannya. Dia masih teringatkan tarian tadi.

Puteri berpusing ke belakang dan kelibat Nuqman tidak kelihatan. Dia tersenyum sendirian lalu tunduk melihat pakaiannya dan kedua tangan memegang tepi kain kembang yang labuh yang dipakainya. Kebetulan pula! Kakinya mula mengatur langkah, membuat pusingan. Perlahan-lahan mulanya tetapi semakin lama semakin laju. Kainnya mula berkembang tetapi tidak sekembang penari tadi. Cukuplah. Puteri terus berpusing semakin laju. Dia memejamkan mata. Cuba berkomunikasi. Dengan Tuhan? Ya… Dia mahu menikmati alam Tuhan yang bebas dan luas ini. Syukur? Ya… Teramat syukur ya Allah…

Nuqman yang tadi terus ke dapur, kembali ke ruang tamu sambil menatang dua biji gelas dan air kosong. Terkejut dia melihat Puteri yang sedang berpusing bebas dan bagaikan sedang bermunajat. Dia duduk sambil meneguk segelas air kerana merasa sangat dahaga sambil menyaksikan aksi Puteri yang sedang menari! Indahnya. Patutlah hanya lelaki yang melakukan tarian sufi di Turki. Kalau perempuan yang melakukannya, para penonton lelaki pasti terganggu!

Puteri tercungap-cungap. Dia bagaikan kelemasan tak cukup oksigen. Entah macammana, kakinya tersalah langkah dan…

“Ika!” Tubuh Puteri jatuh dalam pelukan Nuqman sebelum sempat mencecah lantai. Puteri ketawa gelihati. Nuqman kaget. Boleh ketawa sedangkan dia cukup cemas kalau tubuh kecil itu terhempas ke lantai! Mata Puteri masih terpejam rapat. Seluruh dunia berputar. Dia tak pasti hendak bergerak. Seketika Nuqman terpukau, terjeda dengan kecantikan Puteri yang tersenyum berseri. Perlahan-lahan mata Puteri terbuka. Kemudian tutup semula. Dunia masih berputar. Dia tersenyum lagi. Tapi dia selamat dalam pangkuan Nuqman. Jadi dia terus memejamkan mata, tenangkan diri. Nafasnya yang tadi tercungap-cungap kian reda. Tiba-tiba terasa pipinya hangat. Dia membuka mata. Dunia sudah berhenti berputar. Tetapi Nuqman sedang asyik memandangnya. Dia juga terkaku memandang Nuqman.

“Ika…” Nuqman tersedar dari terus merenung wajah Puteri. Tangannya asyik mengelus pipi gadis itu. Puteri menelan liur dek kehangatan telapak tangan dan tubuh Nuqman. Hangat itu sampai ke jantung dan seluruh tubuhnya! Segera dia cuba untuk berdiri. Nuqman membantu Puteri namun tidak mahu melepaskannya malah memeluk erat, cuba mengusir dingin dari tubuh Puteri. Wajah Puteri tenggelam di dadanya.

Like home…, desis hati Puteri. Dia tersenyum lalu memeluk lebih erat. Pertama kali dia dipeluk lelaki yang bukan abah. Bukan abah!! Tubuh Puteri kejang. Pantas dia menolak tubuh Nuqman. Kerana terkejut, Nuqman melepaskannya. Puteri panik. Bila dia terpandang gelas di meja…

“Err… Saya dahaga… Saya… Saya minum kejap ya…” Nuqman mengangguk sambil tersenyum. Puteri panik tiba-tiba?

Habis dua gelas air diteguk Puteri. Rasa gelabah, gementar, malu, penat dan entah apa lagi menjadi agak reda. Dia tersandar melepaskan lelah di sofa. Apa yang aku buat ni?! Hatinya merengek sendirian.

“Ika tahu tak, orang yang tak percaya dan tak kenal Tuhan, orang tu sebenarnya melawan fitrah diri sendiri. Dia lawan kehendak hati dan jiwa. Dia tak nak ikut tuntutan dan keperluan jiwanya. Sebab dia ikut kehendak nafsunya.” Suara Nuqman kian mendekat memaksa dia membuka mata. Nuqman berdiri santai sambil menyandarkan bahunya di bingkai pintu kaca itu.

Puteri terpinga-pinga. Nuqman masih bercakap tentang tarian sufi itu atau… Ahh… Kenapa dia terlalu kacak malam ini? Atau aku dah pening…?

“I’m talking about you yang tak sukakan lelaki…”

“Ohh…” A mind reader!

“Kan tadi, kita cakap pasal fitrah semulajadi manusia. Yang besarnya, fitrah rasa bertuhan dalam diri kita. Lepas tu, fitrah yang lain, contohnya rasa perlu kepada pasangan hidup…”

“Ohh…” Nuqman tersenyum bila Puteri mula memberi reaksi. Puteri membetulkan kedudukannya di sofa.

“Cuba Ika kaji kenapa Tuhan ciptakan lelaki dengan sembilan akal dan satu nafsu. Sedangkan perempuan dicipta dengan satu akal dan sembilan nafsu?” Nuqman memandang tepat ke arahnya. Puteri rasa tercekik. Dia dah mula dah…, getus hati kecilnya.

“Simple. You cannot lead your life better dengan satu akal nak mengawal sembilan nafsu. Keselamatan pun tak terjamin. That’s the fact! Kenapa Allah buat macam tu? Supaya berlakunya rasa perlu memerlukan, mahu lengkap melengkapi antara lelaki dan perempuan. Sebab nafsu lelaki tu harus dipenuhi oleh perempuan juga. So, jadilah fitrah inginkan pasangan untuk hidup lebih sempurna dan bahagia, betul tak?” Bersungguh-sungguh Nuqman cuba membuatkan Puteri faham dengan harapan gadis itu dapat mengubah prinsip hidupnya yang entah apa-apa sebenarnya.

Puteri hanya memandangnya terkelip-kelip. Tiada balasan kata-kata. Malah wajahnya juga tiada riak.

“Back to your case, Ika pasti ke yang Ika boleh hidup tanpa lelaki? Ika pasti yang Ika boleh uruskan hidup Ika dengan tak tersalah langkah? Sedangkan sebenarnya Ika sedang melawan fitrah, yang perempuan dan lelaki tu saling memerlukan?

You cannot deny that, Puteri Zulaikha, that you need a man’s good mind to guide you through life, to be safe and to be a better person. You need a man’s love, a man who cares. A man’s tender touch to your harden heart…”

Mata Puteri akhirnya mencerun. Ahh… He’s really bugging me with THAT issue! Bibirnya mula menguntum senyum, senyuman yang amat sinis kelihatannya. Kepalanya digeleng-gelengkan sedikit. Kemudian nafas ditarik dalam-dalam.

“A BIG NO is the answer. I cannot deny that the ‘nine nafs and one mind’ fact. But a strong mind is enough to handle the weak nine nafs! As for me, men mean disaster. Yes, men love women so well, protect them at their best. They can make a woman feels at the top of the world but they can also crush THAT woman at their feet as if she means nothing just in another day. Yes… everybody needs a companion, wants to love and to be loved, to be at the top of the world… But I will not let myself be crushed! Ever!” Puteri bersuara tegas. Ada suara dendam yang terselit. Yang jelas, ada api kemarahan yang mula membara. Nuqman hanya diam memandang. Puteri mula makin panas. Dia bingkas bangun menuju ke balkoni. Seketika dia berpaling.

“Lagipun, not to worry, Mr Nuqman. A man’s touch make me sick. Even a man’s gaze irritates me. As for a man’s love, I’ve survived so far. I can control my life well without a man’ s good mind as you put it. And as you said about my harden heart… Not even your touch can make it melt…! So, don’t bother… We are not fit for each other, believe me!” Puteri semakin lantang dan tegas. Pandangannya tepat ke muka Nuqman. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk aku hentikan semua ini, bisik hati kecilnya.

Nuqman yang sedari tadi mendengar penuh teliti sambil berpeluk tubuh mengangguk-angguk. Matanya berkelip-kelip seperti berfikir. Puteri kembali merenung Selat Bosphorus yang berbalam-balam cahaya bagaikan alunan sutera di waktu malam. Lega. Segarit senyum muncul di bibirnya.

I win this time! Yesssss!! Hatinya melonjak riang. Akhirnya Nuqman faham juga tentang pendiriannya. Pantang baginya kalau dia disamakan dengan semua perempuan lain. Dia lain dari yang lain. Cukup sekali dia diajar tentang cinta. Selamanya dia mengerti. Dan kalau sudah cukup mengerti, mana mungkin dia mengulangi kesilapan yang sama. Dia bukan perempuan bodoh.

Sambil menghela nafas panjang tanda berpuas hati, Puteri berpusing kembali, mahu melihat wajah Nuqman yang terdiam panjang. Dia pasti kini tunduk dengan hujah-hujahnya.

Nafas Puteri seakan terhenti bila melihat Nuqman yang rupanya sedang memerhatikannya dengan pandangan yang amat berbeza. Pandangan yang…

Tangan lelaki itu sedang membuka membuka jaket kulitnya perlahan-lahan. Kenapa? Panas sangat dengan hujah berapinya? Haa… Baru dia tahu. Dia ingat lelaki hebat sangat?

Jaket kulit itu dilemparkan ke entah ke mana di balik sofa. Pandangannya terus merenung sepasang mata Puteri. Dahi Puteri berkerut kehairanan. Tangan Nuqman membuka butang kemeja putih pula. Puteri semakin kehairanan. Kan sejuk ni?! Takkan tak tahan sampai macam tu sekali? Bisik Puteri bagaikan hendak ketawa.

Butang terakhir kini terbuka. Puteri menelan liur. Tapi tekaknya terasa kering berpasir. Apa yang tak kena dengan Nuqman?! Kenapa macam nak buka baju pulak ni! Takkan kepanasan dengan hujah-hukah aku tadi? Tapi Puteri sudah tak berani hendak ketawa.
Jaketnya yang pendek separas pinggang ditarik rapat.

Kemeja putih lelaki itu pula melayang entah ke mana. Sepasang mata Puteri terbeliak. Badannya hanya dibaluti singlet putih serlah. Yang cukup terbuka untuk menyerlahkan dadanya yang bidang dan sasa serta sebahagian bulu dada yang seksi itu! Kemudian tangan Nuqman menyentuh kepala tali pinggang. Namun pandangan matanya tidak meninggalkan wajah Puteri sebaliknya turun perlahan-lahan ke bawah… ke lehernya, ke dadanya…

“Nuqman! Kenapa dengan awak ni? Kenapa tengok saya macam tu?” Puteri mula panik. Tangannya disilangkan didada. Tubuhnya kaku terais di jeriji di balkoni.

“Irritated? Yes…”

“What?! What do you mean? What on earth are you doing?!” Puteri menjerit sebaik saja tali pinggang lelaki itu pula dilayangkan entah ke mana. Dia semakin panik bila Nuqman melangkah selangkah demi selangkah mendekatinya sambil terus memandang bibirnya! Oh Tuhan!!

“I want to see how sick you are at my touch… To prove that we do not fit each other, eh?” Nuqman mengenyitkan sebelah matanya.

Mulut puteri terlopong. Terbeliak matanya, tak percaya dengan tingkah Nuqman.

BIG mistake, Puteri!!!

6 thoughts on “Siri Novel MAKNA PADA RASA Bab 22

  1. owh.. owh..heart pounding.. my head spinning.. please owh please let me have your book. Please let me know when the book is out. I want to be your no. 1st reader.

    Jue,
    Can you share the list of your previous book. I MUST have em all!!

    Like

    1. Hehehe… The writer pun sama! Has, you’ll get this book as a special gift from me, insyaAllah.

      My 1st book, Cebisan memori terbitan Creative enterprise. And if you wanna read how Nuqman n Puteri met, find my 2nd book, antologi cerpen – Hakikat Cinta terbitan Buku Prima. Tq so much for your support, dear!

      Like

Leave a comment