Siri Novel CINTA PUTERI vs NUQMAN 21

Assalamualaikum wbr…

Buat semua yg sudi follow dan singgah ke blog yg tak seberapa ni, juea ucapkan terima kasih sangat-sangat. Semakin tinggi statistik viewers, semakin bersemangat nak menulis.

Ni baru balik bercuti sakan sampai blog pun bercuti jugak. Harap2 novel ni dpt siap awal tahun ni sbb idea dah mencurah-curah. 2 plot novel baru pun dah siap. Err… Sape2 yg berminat nak jd co-writer sgt2 dialu2kan. Sbb juea sgt2 tak punya banyak masa nak nulis huhu.. Serius tau! Jom kita tulis sama2. Sayang kalau idea n plot tu sampai tak tertulis dan terbiar je akhirnya…

Selamat tahun baru pd semua. Juea doakan sgt2 mg di thn baru ni, hati2 kita makin dekat dgn Tuhan n makin terasa kewujudannya. Kalau dpt rasa Tuhan ada, kita akan semakin kuat dan semakin positif. Semakin rasa diri disayangi dan mampu menyayangi. Merasakan Tuhan tu ada dah cukup untuk kita takut nak buat dosa dan suka nak buat baik. Lagi kita buat baik, kita tahu Tuhan akan akan makin dekat dan makin sayang pada kita. Sebab kita kan hamba-Nya, milik-Nya?

So, teruskan bersama Puteri n Nuqman. Tru them, I share my love and care to all of you. Khuda Hafiz!

Bab 21

BAB 21

Bunyi ketukan di pintu mengejutkan Zulkarnain dari tidur. Pantas dia memaksa kelopak matanya diangkat. Cahaya suram dan samar menyimbah ruang keliling. Macam bilik hotel! Minda Zulkarnain memberitahu lantas tubuhnya bingkas duduk di tilam empuk sambil dia memerhatikan sekeliling.

Udara dingin menyentuh kulitnya yang terdedah bila selimut melurut ke bawah. Zulkarnain tersentak bukan kepalang. Barulah dia teringat kembali tentang apa yang telah berlaku dan di mana dia saat itu. Nadia! Mengelingas matanya mencari kelibat wanita kesayangannya itu. Ketukan di pintu sekali lagi mengejutkannya. Bingkas dia bangun mengutip pakaian di lantai dan kelam-kabut menyarungkan ke tubuh sambil mindanya masih terpinga-pinga. Nadiakah itu? Kalau Nadia, kenapa dia pula mengetuk pintu? Jadi siapa? Matanya membulat. Dadanya berdebar.

Sebaik sahaja daun pintu dikuak…

“Assalamualaikum…” Tersengih seorang lelaki tua yang mungkin berusia lebih kurang tujuh puluhan. Tergagap-gagap Zulkarnain menjawab salam. Bagaikan orang yang bersalah tertangkap basah, tak keruan dibuatnya.

“Maaflah Pak Alim ganggu. Ni ha, Puteri Nadia mintak Pak Alim sediakan minum petang untuk tetamunya. Tapi… err… Pak Alim tak tau pulak kalau encik datang dengan isteri…” Dia memandang Zulkarnain dengan rasa serba-salah sambil memerhati lelaki itu dari atas ke bawah membuatkan Zulkarnain semakin gelabah. Tangannya kalut membetul-betulkan pakaiannya yang mungkin tak terurus pada pandangan lelaki tua itu. Dengan isteri…?! Ishh… pakcik ni macam tau je…, desis hatinya.

“Saya… saya sorang je, pakcik. Eh… jemputlah masuk. Boleh kita sembang-sembang…” Bagaikan mahu membuktikan kata-katanya, daun pintu dikuak luas bagi mempersilakan tamunya itu.

“Tak apalah, nak. Menganggu pulak nanti…”

“Eh! Tak apa pakcik… jom masuk… kita minum sama ya.” Daun pintu kayu cengal itu dikuak semakin lebar. Zulkarnain terlebih dahulu masuk ke dalam sambil matanya memerhatikan sekeliling. Jangan ada apa-apa yang boleh menimbulkan sangkaan pula nanti. Pintu bilik yang separuh terbuka memperlihatkan keadaan katil yang agak tidak terurus. Panjang langkah Zulkarnain menutup pintu itu sebelum sempat Pak Alim mengerling. Kemudian dia cepat-cepat ke dapur untuk mengambil cawan dan piring. Pak Alim juga muncul di dapur, menghulurkan minuman dan kuih-muih yang dibawanya.

“Puteri pesan, kalau perlukan apa-apa, bagitau aje dengan pak Alim. Rumah Pak Alim kat hujung jalan ni aje.”

“Oh! Alhamdulillah. Terima kasih Pak Alim. Buat susah je. Kebetulan memang saya tak biasa dengan tempat ni. Saya ada hal nak jumpa dia sebenarnya. Ingatkan dia tinggal di sini…” Akal Zulkarnain mula ligat memainkan peranan. Mungkin Pak Alim tahu tentang Nadia.

“Eh… ni rumah singgah Tengku. Tak pernah diaorang duduk kat sini. Cuma datang berehat-rehat terutama musim buah-buahan. Err… anak ni kawan Puteri ke?” Kawan?! Kening Zulkarnain terangkat.

“Hmm… macam tu lah, Pak Alim. Kami kenal lama dah. Sejak sama-sama belajar di London dulu.” Zulkarnain serba-salah, tak sanggup menipu dan berlakon.

“Ooohh! Patutlah special. Kawan lama rupanya. Sebab tak pernah Puteri bawa sesiapa ke rumah ni melainkan ahli keluarga Tengku. Diaorang ni jenis privacy sikit, kata orang putih…” Pak Alim ketawa sendiri dengan kata-katanya.

“Ya, Pak Alim. Tengku ada ke London dulu. Saya jumpa dengan Tengku di sana. Memang baik hati orangnya.

“Itu yang Pak Alim sanggup terus buat apa pun untuk keluarga Tengku. Tengku memang ambik berat pasal orang. Kami orang kampung memang sayangkan dia. Ni rumah tempat Tengku lahir. Ayah Tengku pun Pak Alim kenal. Lepas mak ayahnya meninggal, Tengku buat rumah ni jadi rumah persinggahan. Iyalah, dia sibuk di bandar. Adik tunggal Tengku lagi jauh. Jadi Pak Alimlah yang jaga rumah ni dengan dusun yang dua ekar tu. Sayang kamu datang, dah tak ada musim buah…” ramah sungguh Pak Alim. Terasa kemesraannya.

“Anak ni datang bercuti ke?”

“Eh, tak, Pak Alim. Nama saya Zulkarnain. Panggil saya Zul je. Saya ada kerja sikit. Err… saya dah tak ingat rumah Nadia… err… maksud saya, Puteri. Puteri Nadia. Kalau boleh tu, saya tak nak berlama. Entah bila dia nak ke sini. Jadi elok saya ke rumah dia je. Hmm… pak Alim tahu ke di mana rumahnya?”

Dahi Pak Alim berkerut memikirkan sesuatu. Zulkarnain menelan liur. Jangan ditanya macammana aku datang ke sini…!

“Macam tu pulak, ya! Pak Alim pun tak faham. Puteri mintak dibukakkan pintu. Sangka Pak Alim dia yang nak ke sini. Rupanya ada tamu. Kenapa Puteri tak suruh encik Zul ke rumah terus? Bukan dekat rumahnya tu…”

“Eh! Panggil Zul je, Pak Alim. Ada salah faham sebenarnya. Dia mungkin ingat saya nak bercuti. Sebenarnya saya ada kerja, tak banyak masa. Itulah yang nak cepat jumpa dia tu. Lepas tu saya nak baliklah.” Aduh! Pening kepala dibuatnya!

“Tak apalah, Pak Alim. Saya ke pejabat dia je, esok. Cuma nak mintak Pak Alim tolong panggilkan teksi, boleh ke?”

“Eh, boleh sangat. Tapi tak nak rehat dulu ke? Kalau nak mandi-mandi, kat belakang ni ada air terjun…” Zulkarnain tersengih. Memang kena mandi! Tapi tak perlulah sampai ke air terjun. Lagipun urusan dengan Nadia belum selesai. Dia perlu dijejaki sebelum dia menghilang sekali lagi.

“Tak pe, Pak Alim. Nanti saya datang lagi, bolehlah ke air terjun. Saya nak mandi, solat dulu. Tadi letih sangat, tertidur…” Tersengih lagi.

“Kalau macam tu, Pak Alim mintak teksi datang pukul enam nantilah ya…”

“Haa… eloklah tu, Pak Alim. Tapi makanlah dulu. Sedap goreng pisang panas ni…” Zulkarnain beriya-iya menjemput Pak Alim kerana sudah terasa amat lapar. Sementara itu, otaknya ligat berputar mencari jalan agar Pak Alim memberikan alamat rumah Nadia. Dia tak mahu berbincang di pejabat. Payah nanti. Hatinya bermunajat. Mohon Allah permudahkan. Dia tak mahu menipu dan membuat helah dengan lelaki tua itu. Seperti kata Natrah, kenapa tak minta pertolongan Tuhan saja daripada letih nak memikirkan jalan keluar bila ada masalah? Sedangkan meminta-minta kepada Tuhan itu, Tuhan suka sebab kita mengaku hamba, lemah tiada daya upaya. Selepas itu barulah berikhtiar sambil terus bergantung dengan Tuhan. Tawakal dan redha atas apa juga yang datang selepas itu.

“Entah apa khabar Puteri… Pak Alim dah seronok dengar dia telefon tanya pasal rumah ni tengahari tadi. Sangka Pak Alim, dia yang nak datang…” Tiba-tiba Pak Alim mengeluh. Tangan Zulkarnain terhenti menyuap goreng pisang yang masih berasap panas.

“Lama dia tak ke sini. Lepas Tengku meninggal, dia sebatang kara. Dulu Puteri selalu bawak Datin berehat-rehat di sini. Dia sayang sungguh dengan arwah papa dengan mamanya. Pak Alim tak taulah macammana dia sekarang, hidup sorang diri… berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…” Pak Alim terhenti di situ. Selera Zulkarnain juga mati di situ.

Pak Alim menghabiskan air teh yang masih ada dalam cawan. Selepas itu, dia meminta diri. Mahu tak mahu, Zulkarnain menghantar Pak Alim ke pintu dengan hati yang berat. Kalaulah dia boleh tahu lebih lanjut lagi tentang Nadia…

Zulkarnain sudah siap mandi dan bersolat ketika sebuah teksi merah putih bergerak masuk ke perkarangan rumah itu. Dia melangkah keluar rumah sambil memandang sekeliling mencari kelibat Pak Alim. Hatinya terasa hampa tetapi dipujuk hati supaya bersabar. Terus meminta kepada Tuhan agar dipermudahkan urusan mencari zuriatnya.

Sebaik sahaja dia membuka pintu teksi tersebut, deruan motosikal kedengaran dari jauh. Hatinya melonjak syukur. Ada harapan!

“Haa… dah sampai pun! Sempat encik Zul selesai solat tadi?”

“Ya, Pak Alim… alhamdulillah…” Akalnya masih menerawang mencari kata-kata yang sesuai untuk mendapatkan alamat Nadia sekali lagi. Pak Alim mematikan enjin motosikalnya lalu datang bersalam dengan Zulkarnain.

“Nanti datang lagi ya…” Zulkarnain mengangguk-angguk.

“Haa… ni alamat rumah Puteri. Pak Alim mintak cucu salin dari buku telefon kat rumah tu. Sampaikan salam Pak Alim pada dia ya… Bagitau dia, Pak Alim dan Mak Zah harap sangat dia dapat datang ke sini lagi…” Zulkarnain tunduk memegang kertas kecil itu. Terima kasih Tuhan! Terima kasih Natrah…

“InsyaAllah, Pak Alim… InsyaAllah!”

Rumah besar tersergam indah dengan rekabentuk moden di Bukit Jelutong itu memang jauh berbeza dari rumah Puteri Nadia yang pernah Zulkarnain jejaki dulu yang kini sudah bertukar milik. Hari sudah malam. Namun rumah itu gelap tidak berpenghuni. Hanya lampu-lampu bulat di tiang-tiang besar yang mengelilingi rumah itu yang terpasang. Ke mana dia?

Setelah hampir sejam Zulkarnain membatu diri dalam kereta yang diparkir di hadapan rumah jiran Nadia sehingga dia hampir terlena, akhirnya kereta milik Nadia tiba dan berhenti di hadapan pagar rumahnya. Pagar automatik itu terbuka perlahan-lahan. Dengan pergerakan yang amat senyap, Zulkarnain keluar dari keretanya dan berjalan di dalam gelap menyusuri pagar menghampiri rumah Nadia. Sebaik saja kereta bergerak masuk ke garaj, dia menyelinap masuk sebelum pintu pagar automatik itu tertutup rapat. Zulkarnain bergerak dalam diam ke arah pintu sambil berselindung di balik bayang-bayang rumah dan pokok-pokok kecil di halaman rumah itu.

Sebaik sahaja Nadia membuka pintu, Zulkarnain keluar dari persembunyiannya dan merangkul pinggang Nadia, membawanya masuk ke dalam rumah sambil menutup mulutnya. Terbeliak mata Nadia. Tubuhnya meronta-ronta mahu melepaskan diri.

“Ssyyh… ni abang, Nadia!” Bisik Zulkarnain ditelinganya. Nadia yang menggelupur terus kejang kaku sebaik sahaja mendengar suara Zulkarnain. Pantas Zulkarnain menutup pintu dengan sebelah tangan dan menguncinya dari dalam. Mulut Nadia akhirnya dilepaskan.

“How dare you!!” Jeritannya bergema seluruh ruang. Zulkarnain memandang tepat ke mukanya dan meletakkan jari telunjuknya ke bibir sendiri.

“Save it!” Suara Zulkarnain keras dan tegas membuatkan amarah Nadia terbantut. Lelaki itu melangkah perlahan-lahan ke ruang tamu lalu melabuhkan punggung tanpa dipelawa. Dia duduk tersandar seolah-olah kepenatan.

“Get out of my house before I call the police!” Nadia semakin berang dengan tindak-tanduk lelaki itu. Dia terpacak berdiri dengan dadanya yang berombak kencang dek terkejut dan kini marah yang kian memuncak. Melihatkan Zulkarnain buat tidak peduli, tangannya mencapai telefon bimbit dari beg tangannya.

“Do it! Tak perlu abang ke balai polis untuk laporkan kehilangan anak abang…” Kata-kata itu membuatkan Nadia terais. Lagi??!! Urrghhh…!

“Are you blackmailing me now? How could you?!!”

Zulkarnain berpusing ke belakang. Memandang lembut ke wajah Nadia yang terpacak berdiri.

“Come here… lets talk…” Ujarnya perlahan, hampir merayu.

Nadia menelan liur. No! Hatinya menjerit. Aku tak boleh dekat dengannya! Aku kalah dengan sentuhannya. Tuhan! Nadia terpaku di situ. Tiada daya untuk bergerak. Dia sangkakan semuanya akan selesai. Namun kejadian petang tadi semakin membuatkan dia benci dengan dirinya sendiri. Sehingga dia tekad mahu meneruskan keinginannya untuk berhijrah ke luar negara.

“Nad, we need to talk. REALLY talk!” Dengan dua langkah yang panjang, tangan wanita itu dicapai dan diheret bersamanya ke ruang tamu. Kemudian kedua bahu Nadia dipegang dan dia dipaksa duduk di situ. Zulkarnain mundar mandir di hadapan Nadia, tidak pasti bagaimana hendak dimulakan. Yang penting, dia mahu memiliki Nadia dan anaknya kembali. Kali ini, dengan atau tanpa kerelaan wanita itu. Dia tidak peduli lagi. Sudah bertahun dia bersabar dan menunggu. Namun dia semakin jauh dan semakin kehilangan mereka.

Akhirnya Zulkarnain melabuhkan punggung di meja kaca itu dan mengadap Nadia yang diam mencuka. Diraih kedua tangan wanita itu dan digenggam lembut. “I’m going to stay here. As your husband. Period.”

“You are TOTALLY insane!” Jerit Nadia sekuat hati. Tangannya direntap sekuat hati dan dia bangun mahu melarikan diri.

Namun pergerakan Nadia bagaikan sudah dibaca. Tangan Zulkarnain semakin kuat mengenggam dan tubuh Nadia dihenyak ke sofa dan ditindih dengan tubuhnya. Nadia terpenjara di situ. Hidung bertemu hidung.

Nadia bagaikan kelemasan. Kenapa lelaki ini selalu buat dia jadi gila? Dulu dia gila mencintainya. Sekarang buat dia rasa nak gila bila bersamanya! Dia benci! Teramat benci! Dia takkan pernah mahu bersuami lagi!!

“Abang takkan mengalah lagi, Nadia. You love me as much as I love you. And that is everything I need. Tuhan takdirkan kita jadi suami isteri. Kita terikat, Nadia! Kita terikat dengan hubungan hati, dengan janji kita pada Tuhan. And YOU cannot run away from that. Ever!” Suara Zulkarnain hanya perlahan tapi terlalu tegas bunyinya. Nadia memandang tidak berkelip. Nafas mereka sama kencang, turun naik.

“Kali ni, abang takkan mengalah dengan nafsu dan kehendak Nadia. Abang takkan ikut corak hidup Nadia lagi. Dan ingat Nadia, apapun yang Nadia nak buat, ingat satu perkara. Nadia seorang hamba Allah dan seorang Isteri. Nadia tak boleh hidup sesuka hati. Kita bukan mati jadi tanah. Tapi setiap perbuatan kita, kita akan tanggung akibatnya nanti. Dan abang juga dipertanggungjawabkan atas apa yang Nadia buat. Ingat tu! Tak taat pada abang maksudnya derhaka pada Tuhan!” Tubuh Nadia dihenyak sekali lagi ke sofa. Dan kedua tangannya dilepaskan. Dari pandangan mata Nadia, Zulkarnain yakin dia benar-benar faham kali ini. Dia MESTI difahamkan.

“Abang nak bawa Natrah ke sini, jumpa dengan Nadia. Biar Nadia dengar sendiri dari mulut dia. Dia memang izinkan abang kahwin lain sebab dia faham kedudukan dia. Abang kahwin dengan dia semata-mata sebab nak selamatkan dia dari keadaan hidup dia yang tersepit masa tu. Tapi tak sekali-kali bermaksud abang nak abaikan Nadia. Lagipun, abang yakin abang mampu. Lepas tu, kita buat majlis kahwin. Semuanya belum terlambat. Kita kena cari anak kita…”

“Never! Nadia bukan benda tak bernyawa. Abang nak buat itu ini dengan Nadia sesuka hati? Nadia akan ke mahkamah… kita perlu berpisah secara sah.” Walaupun pahit perkataan itu dilafazkan, dia tak punya jalan lain lagi. Kalau berpisah, aku tak perlu tanggung dosa lagi, desis hati Nadia.

“Berpisah?! Atas alasan apa?!”

Nadia terdiam.

“Awal petang tadi kita bersama, Nadia. Kita masih macam dulu. You cannot deny that! There is nothing wrong with us. We just need to start all over again…”

“Everything is wrong… I want to be alone. That’s my choice!”

“Liar! Jangan siksa diri kerana ego, Nadia.”

“You want your child, right?”

Zulkarnain pula terdiam.

“Nadia hanya akan serahkan anak tu kalau abang ceraikan Nadia. And I mean every word I’ve said.” Pandangannya menikam tepat ke dalam anak mata Zulkarnain. Serius tak berkelip. Dan Zulkarnain kehilangan kata.

P/s: Please share your thoughts and comments ya… I really need them to go on and do better!

Advertisements

2 thoughts on “Siri Novel CINTA PUTERI vs NUQMAN 21

  1. jue,

    keep doing what you are doing right now. it is beautifully written. sangat terkesan. i really wish i could write as good as you.

    Like

    • Has,
      Alhamdulillah. It’s a gift from Him. Kini jadi perjuangan juea utk mempromosi cinta-Nya. Oh, you can, dear… Just keep on trying… And thank you so much for your kind words… It keeps me going. Jaga diri, jaga hati. Sayang selalu!

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s