Siri Novel MAKNA PADA RASA (Cinta Puteri vs Nuqman) 24

Salam dear all,

Sejak semlm, ada lagi yg sudi follow blog yg tak seberapa ni, alhamdulillah n terima kasih. And rating viewers tetiba naik… Haaa… suka bab-bab romantik la tu… Hehe… Fitrah la tu kan. Mg terhibur jiwa. Tapi kalau ada didikan dan ilmu yang terselit, jangan dibiarkan berlalu ya. Juea kongsikan apa yang rasanya bermanfaat. Juea pun tak pandai, sama-samalah kita belajar dan beramal.

Juea nak ambik kesempatan ucapkan terima kasih pd Cette, kwn baik juea yg sudi pinjamkan kata-kata mutiaranya yg kini jd tajuk novel ni. Tq dear! Ada rezeki, u dpt royalty hehe… InsyaAllah!

So, here you are… Sambungan kisah puteri dengan nuqman yg buat some little heads spinning hehe… Err… You should try the tarian sufi, you know…

Love and care,
Khuda hafiz!

Bab 24

“Nuqman, please…! You know what I mean!” Puteri menjerit merayu. Namun Nuqman terus melangkah.

“Awak… Awak kena hormat pendirian saya, Nuqman! Listen to me…!” Antara bertegas dan kecut, Puteri semakin kalut. Dia tak boleh benarkan Nuqman menyentuhnya. Tubuh lelaki itu bagaikan ada arus elektrik. Nanti dia akan hilang kawalan diri! Tapi sayang, Nuqman semakin hampir.

Puteri kini berpaut kuat pada jeriji besi di balkoni itu. Seolah-olah itulah penyelamatnya. Dia terperangkap!

Sempat dia menoleh ke belakang. Mencari ruang untuk melarikan diri. Namun di sebalik jeriji itu, hanya cerun bukit yang gelap kehijauan sebelum arus Selat Bosphorus yang mengalir deras, sederas adrelinanya saat itu.

Panik, dia kembali berpusing dan Nuqman sudah terpacak di hadapannya. Mata Puteri terbeliak. Serius sungguh lelaki ini!! Hatinya berbisik, terjun saja Puteri! Namun sebahagian dari dirinya menjerit, jangan jadi gila! Ohh… You can handle this, girl… He’s been kind all these while…

“Look, Nuqman…” Puteri meletakkan telapak tangannya di dada Nuqman, cuba mencari jalan untuk menahannya dari terus mendekati. Dia menarik nafas mencari kekuatan. Dan wajah Nuqman saat itu… Ahh teramat menggoda!!

Denyutan jantung Nuqman berdetak laju di telapak tangan membuatkan Puteri menyentak kembali tangannya. Tubuh Puteri terasa menggigil kerana terkejut. Ke… kenapa macam tu sekali…?! Nuqman merenung semakin tajam.

Mata bundar Puteri membulat ketakutan. Tangannya menarik jeriji demi jeriji, melangkah meniti di tepi balkoni dengan segala kekuatan yang masih ada. Sesaat dia rasakan ada peluang, dia angkat langkah seribu, berlari masuk ke dalam sampai habis terlanggar pintu kaca yang separuh terbuka. Sakit bahunya bukan kepalang. Puteri menyeringai.

“Ika!!” Seru Nuqman, cemas. Dengan beberapa langkah panjang, dia sudah tiba ke sisi. Puteri terkejut. Pantas dia berpusing dan berlari lagi…

Namun pinggangnya lebih cepat dirangkul Nuqman dan tubuhnya terpusing ke dalam pelukan lelaki itu. Puteri terdongak memandang Nuqman, cemas Tuhan saja yang tahu. Dia memang takkan mampu melawan tubuh lelaki itu yang tinggi dan sasa. Apa yang dia mahu sebenarnya, ya Tuhan?!

“Are you alright, Ika? Sakit tak?” Nuqman mengusap bahunya yang terlanggar pintu. Laju Puteri menggeleng. Nuqman mengangkat kening sambil tersenyum sumbing.

“Kenapa Ika lari? Ika takut dengan saya?” Sekali lagi Puteri menggeleng laju. Mana boleh mengaku!!

“So, just let me… Kita perlu buktikan yang kita tak sepadan. Saya sangat menghormati pendirian Ika. Sebab tu saya nak buktikan yang saya salah…” Telapak tangannya terus mengusap lembut bahu Puteri, menghangatkan. Puteri semakin susah hendak bernafas. Jantungnya macam hendak melompat keluar. Nafas mereka berlaga.

“Nu…Nuqman! Don’t! Please don’t be ridiculous! Just… Just accept it. You don’t have to prove a thing! That’s just me…!” Entah kenapa dia ketawa. Cuba membuatkan Nuqman tak ambil serius mungkin. Tergagap-gagap Puteri cuba menyakinkannya. Kepalanya semakin pening. Apa sebenarnya sedang berlaku? Kenapa Nuqman sampai jadi macam ni?

“That’s the problem, lady. Bila sesuatu tu bertentangan dengan fitrah, saya perlu diyakinkan…” Nuqman separuh berbisik. Matanya tak lekang dari bibir Puteri. Telapak tangannya yang tadi di bahu kini di pipi! Puteri sudah kehabisan ikhtiar. Matanya dipejam serapat mungkin. Katakan ini mimpi!

“Relax Ika… Not even my tender touch would make your heart melt, remember…?”

Mata Puteri pantas terbuka. Mukanya pucat.

“You… You don’t have to…” Dan bibirnya disentuh lembut. Suaranya yang kedengaran menggigil hilang ditelan angin yang bertiup dingin.

Malam itu Selat Bosphorus menyaksikan seorang pria memuja mawar miliknya yang dikurnia Illahi. Ciptaan Tuhan yang penuh seni dan rahsia itu ditelusuri dan diterokai. Menyentuh dan mengelus setiap kelopak yang lembut halus mulus, menghirup haruman yang menyentuh sanubari, menikmati kehangatan dan membangkitkan sejuta rasa yang selama ini menjadi rahsia kebahagiaan penghuni syurga. Idaman seluruh para mukmin!

Puteri bagaikan terbuai tak berpijak di bumi nyata. Sentuhan demi sentuhan kian melemahkan benteng pertahanannya. Awalnya dia kejang membatu diri namun naluri wanitanya tidak mendengar kata! Setiap inci tubuhnya derhaka!

Dia bukan saja akhirnya menyerah bahkan mahu terus diterokai! Darah hangat mengalir ke seluruh tubuh dan menguasai mindanya hingga jadi bercelaru. Kakinya makin lemah, tiada upaya untuk mengampu diri.

Tiba-tiba dirinya tidak lagi berdiri tapi berada dalam dukungan Nuqman. Dia hanya mampu berpaut erat di leher besar lelaki itu dan menyembunyikan wajahnya yang tadi pucat tapi kini hangat memerah.

Pintu billik dibuka dan tertutup kembali hanya dengan kaki Nuqman. Rasa ngeri kembali menerjah datang. Kau nak menyerah, Puteri? Semudah ini? Apa akan berlaku esok? Macammana kalau kau sakit lagi? Kau sanggup? Ada suara yang berteriak keras dalam dirinya.

Perlahan-lahan dirinya direbahkan ke katil. Namun rangkulan itu tidak juga terlerai. Nuqman bagaikan semakin teruja. Segala pintu rasa kini terbuka.

“Nuqman…” Puteri cuba menghalang. Namun jari-jemarinya hidup bagaikan bermata. Mahu menjadikan lelaki itu juga miliknya. Tuhan!

“Say my name…!” Suara Nuqman garau meminta.

“Nuqman…!” Dan dirinya patuh menyeru. Jangan! Namun itu hanya bergema dalam dadanya.

“Ika… Ika…” Nuqman bagaikan hilang kawalan diri bila namanya diseru.

“Nuqman…” Airmata hangat kini mengalir tanpa dipinta. Kemahuannya dan pendiriannya kini keberantakan! Dia lelah melawan diri sendiri. Sekujur dirinya benar-benar mahukan lelaki itu. Tuhan tolonglah…

Tiba-tiba Nuqman bangkit duduk di sisi. Mengusap rambutnya yang entah bila tidak bertudung. Tangan Puteri yang masih merangkul lehernya diraih dan dikucup lembut. Puteri terpinga-pinga.

“You’ve melted so well, baby… More than what I’ve expected.” Sepasang mata bundar itu terkelip-kelip tak mengerti.

“And you conquered me so well too. I almost lost in you…” Bisik Nuqman di telinganya. Puteri menelan liur yang tiba-tiba terasa kelat.

“Kalau tak kerana kuatnya akal yang sembilan ni, saya tak mungkin dapat hentikan apa yang baru bermula, Ika. And what happen to your strong mind? Where does it leads you? I can take you anytime, Ika and you know that. Only my mind says that you are not ready… no matter how much I want you… But I won’t. See the difference, smart woman?” Ibu jari Nuqman mengusap pipinya yang basah. Mata Puteri kini membulat tak berkelip. Dia benar-benar tak percaya dengan apa yang berlaku. Dan kata-kata yang tajam menikam itu!

“Fitrah yang Allah ciptakan dalam diri kita bersih suci. Jangan kita keliru sebab kehendak nafsu, sayang…” Nuqman tersenyum sambil menyentuh hidung Puteri dengan hujung jari telunjuknya. Kemudian tunduk mengucup dahi Puteri lalu bangun berdiri.

“Sleep well, darling… Lesson learned, I hope….” Dan Nuqman berlalu pergi.

Sebaik saja pintu tertutup rapat, beberapa biji bantal menyusul langkah Nuqman namun malangnya hanya terhempas ke pintu kayu itu dan jatuh bergelimpangan ke lantai.

“You… You’re mad! Mad mad man! God! Lesson learned?!!! How dare you!! Urghhhhh….” Jeritan Puteri hilang dalam bantal terakhir yang ditekup ke muka sendiri.

Nuqman tersenyum mendengar apa yang berlaku di balik pintu. Anak Tan Sri sedang mengamuk sakan. Hmm… boleh tahan!

Sambil tersenyum, Nuqman terus melangkah menuju ke bilik air lalu mandi dengan air yang paling sejuk yang dia pernah rasa seumur hidupnya.

P/s: err 18SX sgt ke? First time tulis babak camni tau. Cemas! Pls share your thots and comment ya! Tqvm…

Advertisements

Siri Novel MAKNA PADA RASA (Cinta Puteri vs Nuqman) 23

As promised, juea nak cepat2.siapkan buku ni… Sbb ada cerita baru yg meletup2 dah dlm kepala ni. Tq so much for your comments and emails. REALLY appreciate them. Lebih energy nak nulis nih.

Ok, kat sini juea upload bab 23 dulu. Baru je abih. InsyaAllah mlm ni sambung apa yg jd kat Puteri tu ya… Juea akan upload ASAP… Sabar menanti!

Khuda Hafiz!

Bab 23

“Sejak bila, Liha?”

“Sejak abang putuskan hubungan dengan dia. Dia mengaku, dia tak kuat, abang. Kalau jumpa Liha dengan mama, dia mesti ingat apa yang berlaku. It was too much for her…” Mata Ammar terpejam rapat mendengarnya. Bagai ada sembilu yang menghiris tangkai hatinya.

“She changed a lot since then…” Keluh Maliha lagi. Terkejut Ammar.

“Changed? Apa maksud Liha?”

“Liha… Liha rasa dah tak kenal Puteri lagi… She mixed with different girls. I guess… she tried to move on, that’s all…” Luah Maliha lagi. Nafasnya sesak di situ. Melihat Puteri yang berubah menjadi gadis yang suka keluar membeli-belah, makan-makan dan lepak bersama teman-teman yang kebanyakannya jenis suka berpoya-poya amat mengejutkannya. Cara penampilan turut berubah. Puteri mula tampil ranggi dan bergaya. Walaupun masih tidak sukakan solekan tebal seperti teman-temannya tapi wajah Puteri yang cantik semakin terserlah. Dia mudah didekati dan berbual dengan sesiapa sahaja. Dan yang paling ketara, dia kerap bertukar teman lelaki!

Dia benar-benar kehilangan Puteri, satu-satunya sahabat karib sejak sepuluh tahun dulu. Puteri yang suka berbaju kurung atau bergaun labuh. Gemar membaca dan melancung bersamanya. Agak naif dan kurang mesra dengan lelaki yang tak dikenali. Cuma dengan Maliha, dia rasa selesa untuk jadi diri sendiri. Kalau bersama dengan Maliha dan mama, keletah dan manjanya boleh tahan! Sebab itulah Ammar terpikat. Dek kerap melihat Puteri dari jauh ketika bersama Maliha dan Mama, Ammar jadi tertawan.

Maliha sedih. Dia tak punya kakak atau adik. Dia hanya ada Ammar dan Puteri. Tapi Puteri bagaikan benar-benar melupakannya apabila dia mahu melupakan Ammar. Sedalam itulah kasihnya. Sedalam itu juga dia terluka.

Maliha tak sampai hati hendak luahkan pada abangnya tentang Puteri. Dia sama sekali tak membenci Puteri bila dia berubah sampai begitu rupa. Tapi dia sakit. Sakit dan sedih setiap kali Puteri bertukar pasangan. Kerana Maliha tahu, lelaki-lelaki itu tidak akan kekal bersamanya. Dia hanya mempermain-mainkan mereka sepertimana dirinya pernah dipermainkan. Perempuan, kalau sudah marah, boleh terbakar dunia dibuatnya!

Hakikatnya Puteri sedang menderita dan belum bertemu ubatnya. Dia berubah menjadi gadis yang tidak lagi berperasaan. Pujuk rayu lelaki jadi mainannya. Airmata lelaki jadi kebahagiaannya. Maliha hanya mampu melihat dari jauh, tiada daya hendak mengubati lukanya kerana di antara mereka ada benteng yang dibina puteri.

“Kita kena jumpa dia, Liha. Abang nak mintak maaf. Kalaulah… Kalaulah dapat abang kembalikan waktu dulu… Ya Allah… What have I done?!” Ammar terduduk di bangku batu itu. Hatinya bagaikan diruntun bila mengenangkan gadis itu.

“Entahlah, bang. Liha pun perlu sangat nak jumpa dia. Tapi hp dia dah lama tukar nombor. Akaun FB dah tak aktif. Email tak pernah berjawab…”

“Sekarang kan cuti semester? Mungkin dia ada kat rumah kalau dia tak bercuti ke mana-mana. Kita pergi je rumah dia, Liha?”

“Tapi… Tapi Liha dah janji…”

“Janji?”

“Puteri mintak Liha janji, kalau betul Liha sayangkan dia, jangan jumpa dia lagi…”

“Ya Allah! Kenapa sampai macam tu sekali, Liha?”

“Sebab dia terlalu sayangkan abang. Dia sakit sangat, abang…” Airmata Maliha gugur ke pipi.

“Dia tak mahu libatkan sesiapa. Dia tak bagi Liha pujuk dia, tengok dia menderita. Dia tanggung semuanya sorang diri, bang!” Terluah juga semua itu dalam payah. Sesekali, Maliha memang bencikan abangnya!

Puteri sukar menjalinkan hubungan dengan lelaki. Tapi bila dia sayang, dia teramat sayang. Maka bila dia terluka, luka itu terlalu dalam.

Dia tak ada ibu, Mar… dan dia juga tak datang lagi pada mama…, kata-kata mama menerjah fikirannya. Ammar menekup muka dengan kedua telapak tangan. Penyesalan semakin menyesakkan hati dan fikirannya.

“Habis? Apa kita nak buat, Liha? Kita tak boleh terus macam ni…”

Diam. Tiada jawapan. Soalan itu sudah bertahun tak punya jawapannya.

Malam itu Maliha gelisah. Wajah Ammar dan Taufiq bakal tunangnya bermain di mata silih berganti. Bila kali terakhir aku email Puteri? Tiba-tiba dia rasa rindu. Rindu yang menyakitkan. Teddy bear yang sebesar dirinya dipeluk dan dia menangis semahu-mahunya. Itulah hadiah harijadinya yang terakhir dari Puteri. Pengganti dirinya, kata Puteri.

Akhirnya dia bangun menuju ke bilik air. Selesai berwuduk, dia solat sunat taubat dua rakaat. Tangisan tak dapat menyelesaikan masalah. Tapi mengadu kepada Allah adalah jalan terbaik. Kerana Dia Maha Mengetahui. Tolonglah ya, Allah… Tolonglah hamba-Mu ini. Kembalikan sahabatku seperti dulu. Selamatkan dia dari rasa dendam dan benci. Anugerahkan dia hati yang lembut untuk memaafkan dan melupakan segala kesilapan aku dan abangku… Itulah doa yang masih belum jemu Maliha munajatkan kepada Illahi.

Hatinya makin tenang kini. Laptop dibuka. Maliha menyemak e-mail. Seperti selalu, email yang ditunggu-tunggu tak juga kunjung tiba. Biar aku cuba lagi. Moga Tuhan lembutkan hatinya…, bisik hati Maliha.

Lagipun majlis pertunangannya sudah dirancang. Ammar juga sudah pulang. Tapi itu harus menjadi rahsia. Puteri tak boleh tahu. Cuma Maliha sangat berharap, Puteri dapat bersamanya di hari bahagia itu nanti. Kata mama, eloklah sebelum semester ini berakhir.

Selesai menghantar email yang entah dibaca entahkan tidak, Maliha menutup laptop dengan penuh harapan.

“Kau serius ke Liha dengan Taufiq tu?!” Puteri bagaikan menjerit bila Maliha menerima sejambak bunga dari ‘Mat Bouncer’, gelaran Puteri untuk Taufiq. Sabar je lah! Pujuk hati Maliha setiap kali Puteri menyebut nama itu.

“Liha! Betul ke apa yang aku tengok ni? Ke aku mimpi? Tolong tampar aku, Liha! Atau aku dah demam?!” Puteri berlakon mengalahkan dalam sinetron! Meroyan betul perempuan ni, getus hati Maliha sambil menahan ketawa. Kad yang diambil dari jambangan bunga itu ditelek Puteri berkali-kali. Tulisan tangan Taufiq jelas tercoret: Buat Insan Istimewa, Maliha Afiah Khaleef Abu Bakar.

“Sudahlah kau ni! Kecohlah! Tak payahlah nak bising. Nanti satu kolej tau. Tak de apa-apa lah! Takkan asyik kau je dapat bunga? Aku tak layak?” Maliha mengomel tak puas hati sambil merampas kad kecil itu dari tangan Puteri. Maliha yang baru sampai ke depan dewan kuliah itu untuk menjemput Puteri keluar selepas tamat kuliah memang terkejut bila tiba-tiba Taufiq datang memberinya bunga dan berlalu pergi. Entah dari mana Taufiq tahu yang dia akan datang ke situ. Mungkin Ammar yang beritahu…

“Amboi!! Sombongnya dia! Kau memanglah layak sangat dapat bunga, cik Liha oiii! Tapi yang aku tak tahan, Mat Bouncer tu pandai main bunga-bunga rupanya!!” Puteri berkerut kening sakan. Maliha mula angkat kaki lalu masuk ke dalam keretanya. Tak larat lagi nak mendengar Puteri menceceh.

“Alamak! Sorry! Sorry! Ala… sorrylah Liha! Kau ni pun, tak de angin, tak de ribut, tetiba dapat bunga dari Mat Bou… Err… Taufiq… Taufiq…. Haa… Terperanjatlah aku! Kau tak pernah pun citer. Tak patut kau buat aku camni… Kecik ati aku tau!” Puteri kelam kabut nembolos diri ke dalam kereta bila melihat Maliha sudah angin.

Ahh… buat-buat merajuk pulak. Taktiklah tu! Getus hati Maliha. Namun hatinya yang sedang kembang bahagia, memang tak mampu nak marah-marah dengan sahabatnya itu. Kalau tidak, mahu diketukkan fail di atas dashboard itu ke kepala Puteri. Sengal!

Detik itulah juga kali pertama dia benar-benar yakin yang Taufiq juga menyimpan perasaan terhadapnya. Maklum, mereka mesra bersama sebab kerap keluar menemani abangnya dengan Puteri. Puteri memang tak mahu bertemu dengan Ammar tanpa Maliha kerana bimbang abahnya tahu tentang hubungan mereka. Puteri belum bersedia. Kebetulan, Ammar akan membawa Taufiq bersama supaya tak janggal jika mereka hanya bertiga.

Kelopak bunga-bunga itu yang masih disimpannya sudah lama kering dalam diarinya kini berjatuhan di riba bila diari itu dibuka semula. Setiap kali Maliha merindui saat-saat lalu, diari itu pasti menemaninya. Dan dia yakin, yakin sangat dengan kasih sayang luhur yang pernah terjalin.

Pandangan matanya menerawang ke almari kabinet berkaca di tepi dinding. Barang-barang hantaran untuk si jejaka sudah dihias cantik bakal menjadi balasan hantaran di hari pertunangan nanti. Memang kelam-kabut Maliha dibuatnya. Baru dua minggu lepas, Taufiq dengan berani datang seorang diri bertemu dengan mama dan papa tanpa pengetahuan Maliha. Kemudian dia mula membeli barang-barang hantaran termasuk cincin! Minggu lepas, dia menghantar sekeping gambar yang menunjukkan barang-barang hantaran itu sudah siap digubah oleh tangannya sendiri!! Bersama dengan pesanan ringkas, ‘Saya akan datang merisik bersama keluarga. Kalau awak sudi terima saya, ini semua saya bawa untuk hantaran pertunangan. Kalau tak terima, semua ini jadi hadiah. Rumah awak jauh jadi saya tak larat nak datang banyak kali…’

Apalagi, kecohlah Maliha dengan mama buat persiapan. Jenuh dia zoom gambar sekeping itu untuk melihat apa hadiah yang akan Taufiq bawa tapi tak jelas sebab sudah berhias cantik. Gubah?! Maliha terkial-kial menggubah hantaran dengan mama! Habis segala majalah diterokai. Hendak ditempah, malu dengan Taufiq yang menggubah dengan tangan sendiri. Kalau pasangan lain, beli barang sama-sama. Tapi bagi Taufiq, semua itu lebih berharga bila jadi kejutan. Itulah istimewanya Taufiq. Segalanya tentang Taufiq di luar jangkaan. Malah ‘bouncer’ yang kelihatan seperti body builder itu mengambil jurusan kulinari! Sampai dari ‘Mat Bouncer’, Puteri tukar kepada ‘mama bouncer’!

Dia juga tidak seperti lelaki lain yang suka keluar berdua-duaan. Sejak Ammar putuskan hubungan dengan Puteri, Taufiq juga membuat haluan sendiri. Namun Maliha dan Taufiq akhirnya sering berhubung kerana risaukan Puteri. Dia yang belajar di UiTM Shah Alam bersama Ammar dan Puteri menjadi mata Maliha untuk memerhatikan keadaan Puteri dari jauh.

Sejak itu, Taufiq menjadi tempat Maliha meluahkan rasa sedih bila dia sudah tak tertanggung. Hanya di whatsapp mereka bertemu sehingga kini. Manalah Maliha dapat mengagak bahawa Taufiq benar-benar serius mahu memperisterikannya walaupun dia tahu Taufiq memang sayangkannya.

Sambil mengerling ke arah kalendar, Maliha mula berdebar-debar. Tarikh yang dijanjikan Taufiq hampir tiba. Mama juga sejak petang tadi mula sibuk berbincang dengan papa tentang khidmat katering dan sebagainya. Atas permintaan Maliha, dia mahu majlis yang serba ringkas. Tambahan pula, waktu itu Ammar belum pasti pulang. Sekarang, patutkah dia memberitahu Ammar tentang Taufiq yang merancang untuk datang hujung minggu ini? Atau biarkan ia menjadi kejutan?!

Pastinya ia menjadi kejutan paling indah kalau Puteri dapat hadir bersama. Segera dia menghantar pesanan kepada Taufiq memberitahu secara ringkas yang Ammar sudah pulang dan dia mahu bakal tunangannya menjadi kejutan buat Ammar.

Tanpa menunggu balasan, Maliha merebahkan badan. Bibirnya tersenyum. Memang Taufiq berbeza. Dia jarang segera membalas pesanan. Kali terakhir mereka berbalas pesanan pun seminggu yang lepas. Ya Allah… Makbulkanlah doaku ini, hadirkanlah Puteri di hari bahagiaku nanti…, pinta Maliha lagi sebelum dia terlelap sambil mendakap ‘Puteri Beruang’ kesayangannya.

Siri Novel MAKNA PADA RASA Bab 22

mpr-cover-only

Assalamualaikum dear all,

Tajuk asal Novel ni, CINTA PUTERI vs NUQMAN… tapi Juea tukar kepada MAKNA PADA RASA. Jatuh cinta dengan kata-kata ni dari kawan baik yang sangat kreatif bila berkata-kata, Siti Fadhilah Osman aka Cette. Thank you, Cette!

As always, tolong kongsikan komen dan idea, ya. Mg2 cerita ni dpt jadi lebih baik. Jaga diri, jaga hati. Mg bahagia n ceria selalu.

Here you are, bab 22. Jeng jeng jeng…

Bab 22

“Nak tengok tarian sufi?”

“Eh… Nak! Nak!! Bestnya! Kat mana?! I’ve read about it somewhere… Macam menarik sangat tarian tu… ” Puteri teruja sampai tak sedar dia sedang menggoyang-goyangkan lengan Nuqman.

Tersenyum Nuqman dibuatnya. Selalunya gadis itu kelihatan matang dan serius. Tapi rupanya masih keanak-anakan. Hilang wajah penat lesu setelah seharian melancong. Usai solat maghrib dijamakkan dengan solat Isya’ di Masjid Biru tadi, Nuqman kasihan melihat Puteri yang lesu keletihan. Hampir dia membatalkan niatnya dan membawa Puteri balik berehat. Tapi kini gadis itu kembali ceria seperti kanak-kanak riang bila diajak menonton tarian sufi.

“Kita tengok sambil makan ya.”

“Alright!” Puteri tersenyum malu-malu sambil melepaskan lengan Nuqman. Terlupa diri sekejap!

Perut pun sudah berlagu. Sebab mereka hanya minum teh di jalan kecil di Taksim tadi selepas jalan-jalan di sekitar Taksim Square sementara menunggu masuknya waktu maghrib.

Namun seronok juga menemani Nuqman berbual-bual dengan warga Turki yang suka menghabiskan masa bersembang-sembang di lorong-lorong kecil sekitar Taksim sambil minum teh dalam gelas-gelas kecil dengan gula batu. Sesuai dengan gelaran yang diberikan untuk kawasan itu – syurga cai. Ramah sungguh orang Turki rupanya. Nuqman belum menguasai bahasa Turki dan banyak berbahasa Inggeris. Apa pun, pesan Nuqman – SENYUM! Dan mereka dilayan penuh mesra!

Asyik dengan suasana itu, Puteri tak sedar masa berlalu. Kemudian mereka berjalan sambil menghirup udara petang menuju Masjid Biru. Suasana begitu harmoni dengan simpang-siur manusia, dikelilingi bunga-bungaan terutamanya tulip yang mekar berseri. Anjing dan kucing tidur bermalas-malas malah tak langsung terganggu dengan manusia yang ramai. Sementara burung merpati jinak terbang menari-nari di atas kepala. Satu perkongsian yang sungguh mesra alam!

Puteri berlari-lari mengejar merpati jinak yang mulanya mengerumuni bila dia kaku berdiam diri tetapi berterbangan bila dia mahu menyentuh. Memang sifat merpati, dekat bila tak dipeduli tetapi lari bila hendak dimiliki. Nuqman ketawa gelihati dengan keletah Puteri. Merpati itu persis dirinya.

Puteri tercungap-cungap bila duduk di hamparan rumput baldu di taman indah yang teretak di antara Hagia Sophia dan Masjid Biru yang telah mereka jejaki awal pagi tadi. Namun lewat petang ini, ramai sungguh warga Turki dan para pelancong yang beristirehat di situ. Kebanyakannya bersama keluarga atau teman-teman. Namun sesuatu yang agak aneh kerana tak kelihatan pasangan-pasangan kekasih seperti di Malaysia. Kalau lelakinya, bersama teman-teman lelaki. Begitu juga gadis-gadis Turki, datang bersama keluarga atau teman-teman sejenis. Maka taman itu tak tercemar dengan adegan-adegan yang mengundang kehadiran para iblis dan syaitan.

“Letih?”.

“Yeah… But happy! Thank you so much for taking me around…” Jujur terluah kata-kata itu dari bibirnya.

Nuqman merebahkan badannya di atas rumput seperti kebanyakan lelaki warga Turki dan para pelancong saat itu. Terlalu indah. Berbumbungkan langit Illahi yang terbentang luas, berlantaikan bumi hijau dengan warna-warni bunga dan paling istimewa bila ditemani isteri yang cantik manis… Inikah agaknya yang dikatakan syurga dunia?

“Awak selalu lepak sini?” Puteri bertanya, memotong anganan Nuqman yang sedang tersenyum-senyum dengan langit

Senyuman dibibir Nuqman bertukar tawa. Lepak? Pernahkah wujud istilah itu dalam hidupnya?

“Ini kali pertama….”

“Really?!” Susah Puteri hendak percaya.

“Kawan saya beritahu, di sini paling best kalau nak dengar alunan azan bersahut-sahutan di Istanbul.”

“Ohh…!”

“Awak… Awak tak pernah lepak?” Memang naluri Puteri tersentak bila Nuqman ketawa tadi.

“Depends…. Kalau maksud lepak tu, duduk-duduk tak buat apa-apa… Saya tak pernah.”

“Ohh…! Walaupun waktu remaja?”

“Saya banyak minat, banyak hobi. Masa tak cukup bagi saya. Jadi memang saya tak sempat lepak.”

“Ohh…!”

“Kenapa ‘ohh’?”

“Sebab pelik.”

“Pelik?!”

“Yalah… Pelik sebab awak tak pernah lepak. Busy sangat ke hidup awak? Walaupun masa remaja?”

“Lepas SPM, saya dah ada syarikat sendiri. Saya buat wakaf dari buluh. Lepas tu buat dengan kayu pulak. Bila sambung belajar, saya buat part time tapi ada pekerja fulltime dua orang. Arwah ayah yang tolong pantau masa tu.”

Terbeliak mata puteri. Di usia itu, terlalu muda untuk ada syarikat sendiri!

“I just love to build. Dalam otak saya ni, asyik ada je yang saya nak bina. Sekarang jiwa saya pulak… ke arah pembangunan yang berbeza. Tapi masih nak membina…”

Puteri menelan liur. He’s a workaholic?

“Sanggup ke awak hidup dengan saya? Saya tak macam lelaki lain, yang mampu nak beri sepenuh perhatian pada isteri tersayang. To serve and to love you like a queen…”

Menyindir nampak?!

“Awak ingat saya ni apa? Saya tak perlukan semua tu lah! Kan saya kata, saya nak hidup sendiri. Saya tak perlukan perhatian sesiapa… terutama awak!”

“Amboi! Bunyi macam merajuk je…”

“That’s the truth. It’s not worth it. Expectation makes you weak.” Nuqman bangkit duduk mengadap muka Puteri.

“Such a strong lady?!” Pandangan mata Nuqman dibalas berani.

“You’ll see…”

Tiba-tiba azan berkumandang. Sesaat kemudian, ada laungan azan dari arah lain turut bermula. Dan satu lagi dan lagi. MasyaAllah! Indah sungguh. Nuqman beralih duduk di sisi Puteri. Dia juga seperti Puteri, mendongak memandang menara dan kubah masjid biru, kemudian berpusing-pusing melihat masjid-masjid lain yang nampak dari kejauhan.

Antaranya sudah pasti Masjid Beyazid II dan Masjid Sulaimaniye. Seterusnya yang lebih jauh sedikit seperti Masjid Yeni dekat terminal feri Eminonu dan Masjid Ortokoy di Terminal Feri Kabatas.

Waktu itu bagaikan keramat. Puteri dan Nuqman seperti mereka yang lain juga, diam terpukau dengan laungan azan yang amat merdu bersahut-sahutan mengagungkan Yang Esa. Sebaik saja azan-azan itu selesai berkumandang, mereka sama-sama menadah tangan membaca doa menjawab azan. Kemudian sama-sama bergegas ke masjid biru untuk menunaikan solat.

“Ika nak makan apa malam ni?” Tersentak Puteri yang melangkah terlalu perlahan bila melewati taman bunga itu sekali lagi. Ternampak-nampak Nuqman yang berbaring dan duduk di sisinya… Bagaikan mimpi menjadi nyata. Ehhh?! Benar, dia pernah bermimpi di kelilingi masjid…

“Ika nak lepak kat taman tu lagi ke? Pandang macam tak nak tinggalkan tempat ni je…”

“Eh! Tak de lah. Saya teringat azan tadi. Hebat suasana tu…” Sungguh tak tipu! Puteri cuba menyakinkan hatinya yang mengejek. Azan ke Nuqman?! Isyhh!

“Betul kawan saya cakap. It was so deep… Terasa sungguh kebesaran Allah. Azan tu kalau kita hayati, kita rasa macam Allah pujuk kita datang sembah Dia. Kalau kita dengar dengan hati…”

“Pujuk? Dengan hati?” Mata Puteri terkelip-kelip. Nuqman tersenyum. Comel sungguh kalau dia buat macam tu, hatinya berbisik.

“Ya. Masa Rasulullah berbincang macammana nak beritahu kaum muslimin waktu solat dah masuk, Sayidina Umar Al Khattab dan Abdullah bin Abas dapat mimpi. Maksudnya Allah ajarkan macammana nak panggil kaum muslimin bila masuk waktu solat melalui mimpi mereka.

Dalam azan, Allah bagitau kita yang Dia Maha Besar. Dia ada segala-galanya. Haa… kita mintak je kat Dia. Tapi nak dapat bantuan Allah tu, kita kena mengaku yang Allah tu Tuhan kita. Allah ajarkan kita supaya kita mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Allah juga mahu kita mengaku yang Nabi tu Pesuruh Allah. Bila dah mengaku, kita kena hidup macammana yang Allah mahu, yang nabi ajarkan.”

Entah kenapa Puteri rasa sebak mendengarnya. Mudah saja nak faham. Tapi kenapa dia tak pernah rasa yang azan itu seperti Allah sedang memanggil dengan pujukan. Bekukah akal dan hatiku, ya Allah?

“Saya paling tersentuh part ni, bila kita mengaku saja, Allah pujuk kita dengan penuh kasih sayang-Nya, ajak kita, marilah bersembahyang. Bayangkan, sembahyang tu kan satu perintah? Tapi Maha Lembutnya Allah, Dia panggil dengan kasih sayang, dengan pujukan… ‘Marilah!’ Begitu sekali Dia melayan kita hamba-Nya. Tapi selalu kita buat tak tahu je walaupun macam tu sekali Allah memanggil.”

Nafas Puteri tersekat-sekat. Akulah tu!!

“Dia pujuk lagi, marilah menuju kemenangan… Allah nak bagi kemenangan bila kita sembah Dia. Bila kita hidup macam yang Nabi ajarkan. Kita jugak yang untung. Kita akan menang di dunia dan Akhirat. Tapi hati kita buta. Kita tuli dengan pujukan Allah… Kita selalu leka, lalai…”

Setitis airmata jatuh di pipi. Cepat-cepat Puteri memandang ke arah lain. Malu kalau dilihat Nuqman. Akulah yang buta dan tuli…

“Sebab tu kita tengok, orang yang jaga solat, hidupnya tenang dan berjaya. Kalau orang yang tak solat, kaya dan berjaya tapi belum tentu hidup tenang. Apa lagi kalau gagal… Banyak lagi huraian tentang azan yang kalau kita faham, barulah azan tu berkesan pada kita. Nanti saya kongsikan bila-bila free…” Bagaikan mengerti gelojak perasaan Puteri, Nuqman berjanji. Untuk bercakap panjang lebar tentang itu semua agak kurang sesuai kerana mereka sudah semakin hampir dengan tempat yang dituju.

Masih belum ramai pengunjung yang datang ke Restoran Antep kerana malam baru bermula. Meja pun tak banyak kerana bahagian tengah restoran itu dikosongkan untuk ruang tarian.

Nuqman memesan makanan. Dia lebih suka makan dahulu. Kemudian bolehlah menonton persembahan tarian sufi dengan lebih fokus.

Tidak lama kemudian, tiga orang pemuzik tradisional mengambil tempat. Mereka mengalunkan muzik yang kedengarannya seperti qasidah.

“Elok Ika habiskan makanan tu dulu. Nanti takut Ika pening, dah tak boleh makan.” Beritahu Nuqman bila melihat Puteri banyak berdiam dan termenung.

“Sampai macam tu sekali ke?”

“Ada orang yang tak pening bila berpusing tapi pening bila tengok orang berpusing.”

“Iya…?!”

“Kalau Ika pening, saya tak larat nak dukung bawak balik ke apartment…”

“Heee awak ni!!” Mencerun mata Puteri bila Nuqman tersenyum mengusik. Ke situ pulak perginya dia!

“Cepat makan!” Gesa Nuqman lagi. Puteri patuh. Bimbang pula kalau dia betul-betul pening nanti.

Tidak lama kemudian, tiga orang penari yang tinggi-tinggi belaka keluar dengan pakaian tradisional, berkain kembang mencecah lantai dengan tarbus tinggi di kepala. Mereka menundukkan kepala memberi hormat kepada para tetamu. Kemudian mula melangkah perlahan-lahan membuat pusingan. Bila langkah semakin laju, kain dikembangkan dan nah… mereka berputar! Kain yang labuh hingga mencecah lantai itu kembang dan melebar di pinggang mereka bagaikan sayap. Kaki mereka jelas berputar-putar tanpa henti dan teratur tanpa tersalah langkah. Kepala dan tangan pula berlenggok dan bergerak mengikut alunan.

Takjub Puteri melihat pergerakan yang berpusing-pusing tanpa henti itu dan mereka tak langsung kelihatan pening atau penat malah tenang menghayati muzik yang berkumandang lembut bagaikan bermeditasi. Syahdu!

“Inilah Mevlevi Sema Ceremony, tarian ni dikawal kerajaan Turki sebab bimbang jadi ajaran sesat pulak nanti. Kalau di tempat-tempat lain yang lebih besar macam di Hodja Pasha Cultural Center, ada penasyid-penasyid sekali. Kebanyakkan tarian ni diiringi dengan nasyid-nasyid tentang ketuhanan.”

“Oooo! Err… Awak… Awak pernah cuba tak?” Tergelak Nuqman. Cepat dia menggelengkan kepala.

“Macam berminat je?! Awak boleh cuba sendiri nanti. Tapi kena kuat penghayatan. It’s a way of communication. Mereka tenggelam, asyik meluahkan rasa cinta kasih kepada yang Maha Pencipta. Dunia fana ni dah hilang. Sebab tu mereka tak pening…”

Puteri terpana seketika. Kemudian mengalihkan pandangannya kepada para penari yang masih berpusing sejak tadi. Apa agaknya yang mereka sedang bicarakan dengan Tuhan? Awesome!

“Bila manusia lahir ke dunia, kita dibekalkan dengan fitrah. Fitrah tu, keinginan semulajadi, kecenderungan. Fitrah paling besar, rasa ingin bertuhanlah. Rasa perlu kepada Tuhan. Datang pula rasa nak agungkan Tuhan, besarkan Tuhan, syukur kepada Tuhan. So, terciptalah tarian tu…” Nuqman menyambung bicara dalam perjalanan mereka kembali ke pangsapuri. Puteri mendengar dengan penuh minat. Tarian yang sungguh mendalam maksudnya.

Sepatutnya rasa letih yang menguasai diri namun setelah menyaksikan tarian itu tadi, Puteri rasa ada tenaga yang luar biasa dalam dirinya. Sebaik saja, pintu pangsapuri dibuka, dia meletakkan beg tangan dan Camcodernya di meja lalu terus ke balkoni, menghirup udara malam di Istanbul sambil termenung jauh bagaikan membelah Selat Bosphorus yang terbentang di hadapannya. Dia masih teringatkan tarian tadi.

Puteri berpusing ke belakang dan kelibat Nuqman tidak kelihatan. Dia tersenyum sendirian lalu tunduk melihat pakaiannya dan kedua tangan memegang tepi kain kembang yang labuh yang dipakainya. Kebetulan pula! Kakinya mula mengatur langkah, membuat pusingan. Perlahan-lahan mulanya tetapi semakin lama semakin laju. Kainnya mula berkembang tetapi tidak sekembang penari tadi. Cukuplah. Puteri terus berpusing semakin laju. Dia memejamkan mata. Cuba berkomunikasi. Dengan Tuhan? Ya… Dia mahu menikmati alam Tuhan yang bebas dan luas ini. Syukur? Ya… Teramat syukur ya Allah…

Nuqman yang tadi terus ke dapur, kembali ke ruang tamu sambil menatang dua biji gelas dan air kosong. Terkejut dia melihat Puteri yang sedang berpusing bebas dan bagaikan sedang bermunajat. Dia duduk sambil meneguk segelas air kerana merasa sangat dahaga sambil menyaksikan aksi Puteri yang sedang menari! Indahnya. Patutlah hanya lelaki yang melakukan tarian sufi di Turki. Kalau perempuan yang melakukannya, para penonton lelaki pasti terganggu!

Puteri tercungap-cungap. Dia bagaikan kelemasan tak cukup oksigen. Entah macammana, kakinya tersalah langkah dan…

“Ika!” Tubuh Puteri jatuh dalam pelukan Nuqman sebelum sempat mencecah lantai. Puteri ketawa gelihati. Nuqman kaget. Boleh ketawa sedangkan dia cukup cemas kalau tubuh kecil itu terhempas ke lantai! Mata Puteri masih terpejam rapat. Seluruh dunia berputar. Dia tak pasti hendak bergerak. Seketika Nuqman terpukau, terjeda dengan kecantikan Puteri yang tersenyum berseri. Perlahan-lahan mata Puteri terbuka. Kemudian tutup semula. Dunia masih berputar. Dia tersenyum lagi. Tapi dia selamat dalam pangkuan Nuqman. Jadi dia terus memejamkan mata, tenangkan diri. Nafasnya yang tadi tercungap-cungap kian reda. Tiba-tiba terasa pipinya hangat. Dia membuka mata. Dunia sudah berhenti berputar. Tetapi Nuqman sedang asyik memandangnya. Dia juga terkaku memandang Nuqman.

“Ika…” Nuqman tersedar dari terus merenung wajah Puteri. Tangannya asyik mengelus pipi gadis itu. Puteri menelan liur dek kehangatan telapak tangan dan tubuh Nuqman. Hangat itu sampai ke jantung dan seluruh tubuhnya! Segera dia cuba untuk berdiri. Nuqman membantu Puteri namun tidak mahu melepaskannya malah memeluk erat, cuba mengusir dingin dari tubuh Puteri. Wajah Puteri tenggelam di dadanya.

Like home…, desis hati Puteri. Dia tersenyum lalu memeluk lebih erat. Pertama kali dia dipeluk lelaki yang bukan abah. Bukan abah!! Tubuh Puteri kejang. Pantas dia menolak tubuh Nuqman. Kerana terkejut, Nuqman melepaskannya. Puteri panik. Bila dia terpandang gelas di meja…

“Err… Saya dahaga… Saya… Saya minum kejap ya…” Nuqman mengangguk sambil tersenyum. Puteri panik tiba-tiba?

Habis dua gelas air diteguk Puteri. Rasa gelabah, gementar, malu, penat dan entah apa lagi menjadi agak reda. Dia tersandar melepaskan lelah di sofa. Apa yang aku buat ni?! Hatinya merengek sendirian.

“Ika tahu tak, orang yang tak percaya dan tak kenal Tuhan, orang tu sebenarnya melawan fitrah diri sendiri. Dia lawan kehendak hati dan jiwa. Dia tak nak ikut tuntutan dan keperluan jiwanya. Sebab dia ikut kehendak nafsunya.” Suara Nuqman kian mendekat memaksa dia membuka mata. Nuqman berdiri santai sambil menyandarkan bahunya di bingkai pintu kaca itu.

Puteri terpinga-pinga. Nuqman masih bercakap tentang tarian sufi itu atau… Ahh… Kenapa dia terlalu kacak malam ini? Atau aku dah pening…?

“I’m talking about you yang tak sukakan lelaki…”

“Ohh…” A mind reader!

“Kan tadi, kita cakap pasal fitrah semulajadi manusia. Yang besarnya, fitrah rasa bertuhan dalam diri kita. Lepas tu, fitrah yang lain, contohnya rasa perlu kepada pasangan hidup…”

“Ohh…” Nuqman tersenyum bila Puteri mula memberi reaksi. Puteri membetulkan kedudukannya di sofa.

“Cuba Ika kaji kenapa Tuhan ciptakan lelaki dengan sembilan akal dan satu nafsu. Sedangkan perempuan dicipta dengan satu akal dan sembilan nafsu?” Nuqman memandang tepat ke arahnya. Puteri rasa tercekik. Dia dah mula dah…, getus hati kecilnya.

“Simple. You cannot lead your life better dengan satu akal nak mengawal sembilan nafsu. Keselamatan pun tak terjamin. That’s the fact! Kenapa Allah buat macam tu? Supaya berlakunya rasa perlu memerlukan, mahu lengkap melengkapi antara lelaki dan perempuan. Sebab nafsu lelaki tu harus dipenuhi oleh perempuan juga. So, jadilah fitrah inginkan pasangan untuk hidup lebih sempurna dan bahagia, betul tak?” Bersungguh-sungguh Nuqman cuba membuatkan Puteri faham dengan harapan gadis itu dapat mengubah prinsip hidupnya yang entah apa-apa sebenarnya.

Puteri hanya memandangnya terkelip-kelip. Tiada balasan kata-kata. Malah wajahnya juga tiada riak.

“Back to your case, Ika pasti ke yang Ika boleh hidup tanpa lelaki? Ika pasti yang Ika boleh uruskan hidup Ika dengan tak tersalah langkah? Sedangkan sebenarnya Ika sedang melawan fitrah, yang perempuan dan lelaki tu saling memerlukan?

You cannot deny that, Puteri Zulaikha, that you need a man’s good mind to guide you through life, to be safe and to be a better person. You need a man’s love, a man who cares. A man’s tender touch to your harden heart…”

Mata Puteri akhirnya mencerun. Ahh… He’s really bugging me with THAT issue! Bibirnya mula menguntum senyum, senyuman yang amat sinis kelihatannya. Kepalanya digeleng-gelengkan sedikit. Kemudian nafas ditarik dalam-dalam.

“A BIG NO is the answer. I cannot deny that the ‘nine nafs and one mind’ fact. But a strong mind is enough to handle the weak nine nafs! As for me, men mean disaster. Yes, men love women so well, protect them at their best. They can make a woman feels at the top of the world but they can also crush THAT woman at their feet as if she means nothing just in another day. Yes… everybody needs a companion, wants to love and to be loved, to be at the top of the world… But I will not let myself be crushed! Ever!” Puteri bersuara tegas. Ada suara dendam yang terselit. Yang jelas, ada api kemarahan yang mula membara. Nuqman hanya diam memandang. Puteri mula makin panas. Dia bingkas bangun menuju ke balkoni. Seketika dia berpaling.

“Lagipun, not to worry, Mr Nuqman. A man’s touch make me sick. Even a man’s gaze irritates me. As for a man’s love, I’ve survived so far. I can control my life well without a man’ s good mind as you put it. And as you said about my harden heart… Not even your touch can make it melt…! So, don’t bother… We are not fit for each other, believe me!” Puteri semakin lantang dan tegas. Pandangannya tepat ke muka Nuqman. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk aku hentikan semua ini, bisik hati kecilnya.

Nuqman yang sedari tadi mendengar penuh teliti sambil berpeluk tubuh mengangguk-angguk. Matanya berkelip-kelip seperti berfikir. Puteri kembali merenung Selat Bosphorus yang berbalam-balam cahaya bagaikan alunan sutera di waktu malam. Lega. Segarit senyum muncul di bibirnya.

I win this time! Yesssss!! Hatinya melonjak riang. Akhirnya Nuqman faham juga tentang pendiriannya. Pantang baginya kalau dia disamakan dengan semua perempuan lain. Dia lain dari yang lain. Cukup sekali dia diajar tentang cinta. Selamanya dia mengerti. Dan kalau sudah cukup mengerti, mana mungkin dia mengulangi kesilapan yang sama. Dia bukan perempuan bodoh.

Sambil menghela nafas panjang tanda berpuas hati, Puteri berpusing kembali, mahu melihat wajah Nuqman yang terdiam panjang. Dia pasti kini tunduk dengan hujah-hujahnya.

Nafas Puteri seakan terhenti bila melihat Nuqman yang rupanya sedang memerhatikannya dengan pandangan yang amat berbeza. Pandangan yang…

Tangan lelaki itu sedang membuka membuka jaket kulitnya perlahan-lahan. Kenapa? Panas sangat dengan hujah berapinya? Haa… Baru dia tahu. Dia ingat lelaki hebat sangat?

Jaket kulit itu dilemparkan ke entah ke mana di balik sofa. Pandangannya terus merenung sepasang mata Puteri. Dahi Puteri berkerut kehairanan. Tangan Nuqman membuka butang kemeja putih pula. Puteri semakin kehairanan. Kan sejuk ni?! Takkan tak tahan sampai macam tu sekali? Bisik Puteri bagaikan hendak ketawa.

Butang terakhir kini terbuka. Puteri menelan liur. Tapi tekaknya terasa kering berpasir. Apa yang tak kena dengan Nuqman?! Kenapa macam nak buka baju pulak ni! Takkan kepanasan dengan hujah-hukah aku tadi? Tapi Puteri sudah tak berani hendak ketawa.
Jaketnya yang pendek separas pinggang ditarik rapat.

Kemeja putih lelaki itu pula melayang entah ke mana. Sepasang mata Puteri terbeliak. Badannya hanya dibaluti singlet putih serlah. Yang cukup terbuka untuk menyerlahkan dadanya yang bidang dan sasa serta sebahagian bulu dada yang seksi itu! Kemudian tangan Nuqman menyentuh kepala tali pinggang. Namun pandangan matanya tidak meninggalkan wajah Puteri sebaliknya turun perlahan-lahan ke bawah… ke lehernya, ke dadanya…

“Nuqman! Kenapa dengan awak ni? Kenapa tengok saya macam tu?” Puteri mula panik. Tangannya disilangkan didada. Tubuhnya kaku terais di jeriji di balkoni.

“Irritated? Yes…”

“What?! What do you mean? What on earth are you doing?!” Puteri menjerit sebaik saja tali pinggang lelaki itu pula dilayangkan entah ke mana. Dia semakin panik bila Nuqman melangkah selangkah demi selangkah mendekatinya sambil terus memandang bibirnya! Oh Tuhan!!

“I want to see how sick you are at my touch… To prove that we do not fit each other, eh?” Nuqman mengenyitkan sebelah matanya.

Mulut puteri terlopong. Terbeliak matanya, tak percaya dengan tingkah Nuqman.

BIG mistake, Puteri!!!

Siri Novel CINTA PUTERI vs NUQMAN 21

Assalamualaikum wbr…

Buat semua yg sudi follow dan singgah ke blog yg tak seberapa ni, juea ucapkan terima kasih sangat-sangat. Semakin tinggi statistik viewers, semakin bersemangat nak menulis.

Ni baru balik bercuti sakan sampai blog pun bercuti jugak. Harap2 novel ni dpt siap awal tahun ni sbb idea dah mencurah-curah. 2 plot novel baru pun dah siap. Err… Sape2 yg berminat nak jd co-writer sgt2 dialu2kan. Sbb juea sgt2 tak punya banyak masa nak nulis huhu.. Serius tau! Jom kita tulis sama2. Sayang kalau idea n plot tu sampai tak tertulis dan terbiar je akhirnya…

Selamat tahun baru pd semua. Juea doakan sgt2 mg di thn baru ni, hati2 kita makin dekat dgn Tuhan n makin terasa kewujudannya. Kalau dpt rasa Tuhan ada, kita akan semakin kuat dan semakin positif. Semakin rasa diri disayangi dan mampu menyayangi. Merasakan Tuhan tu ada dah cukup untuk kita takut nak buat dosa dan suka nak buat baik. Lagi kita buat baik, kita tahu Tuhan akan akan makin dekat dan makin sayang pada kita. Sebab kita kan hamba-Nya, milik-Nya?

So, teruskan bersama Puteri n Nuqman. Tru them, I share my love and care to all of you. Khuda Hafiz!

Bab 21

BAB 21

Bunyi ketukan di pintu mengejutkan Zulkarnain dari tidur. Pantas dia memaksa kelopak matanya diangkat. Cahaya suram dan samar menyimbah ruang keliling. Macam bilik hotel! Minda Zulkarnain memberitahu lantas tubuhnya bingkas duduk di tilam empuk sambil dia memerhatikan sekeliling.

Udara dingin menyentuh kulitnya yang terdedah bila selimut melurut ke bawah. Zulkarnain tersentak bukan kepalang. Barulah dia teringat kembali tentang apa yang telah berlaku dan di mana dia saat itu. Nadia! Mengelingas matanya mencari kelibat wanita kesayangannya itu. Ketukan di pintu sekali lagi mengejutkannya. Bingkas dia bangun mengutip pakaian di lantai dan kelam-kabut menyarungkan ke tubuh sambil mindanya masih terpinga-pinga. Nadiakah itu? Kalau Nadia, kenapa dia pula mengetuk pintu? Jadi siapa? Matanya membulat. Dadanya berdebar.

Sebaik sahaja daun pintu dikuak…

“Assalamualaikum…” Tersengih seorang lelaki tua yang mungkin berusia lebih kurang tujuh puluhan. Tergagap-gagap Zulkarnain menjawab salam. Bagaikan orang yang bersalah tertangkap basah, tak keruan dibuatnya.

“Maaflah Pak Alim ganggu. Ni ha, Puteri Nadia mintak Pak Alim sediakan minum petang untuk tetamunya. Tapi… err… Pak Alim tak tau pulak kalau encik datang dengan isteri…” Dia memandang Zulkarnain dengan rasa serba-salah sambil memerhati lelaki itu dari atas ke bawah membuatkan Zulkarnain semakin gelabah. Tangannya kalut membetul-betulkan pakaiannya yang mungkin tak terurus pada pandangan lelaki tua itu. Dengan isteri…?! Ishh… pakcik ni macam tau je…, desis hatinya.

“Saya… saya sorang je, pakcik. Eh… jemputlah masuk. Boleh kita sembang-sembang…” Bagaikan mahu membuktikan kata-katanya, daun pintu dikuak luas bagi mempersilakan tamunya itu.

“Tak apalah, nak. Menganggu pulak nanti…”

“Eh! Tak apa pakcik… jom masuk… kita minum sama ya.” Daun pintu kayu cengal itu dikuak semakin lebar. Zulkarnain terlebih dahulu masuk ke dalam sambil matanya memerhatikan sekeliling. Jangan ada apa-apa yang boleh menimbulkan sangkaan pula nanti. Pintu bilik yang separuh terbuka memperlihatkan keadaan katil yang agak tidak terurus. Panjang langkah Zulkarnain menutup pintu itu sebelum sempat Pak Alim mengerling. Kemudian dia cepat-cepat ke dapur untuk mengambil cawan dan piring. Pak Alim juga muncul di dapur, menghulurkan minuman dan kuih-muih yang dibawanya.

“Puteri pesan, kalau perlukan apa-apa, bagitau aje dengan pak Alim. Rumah Pak Alim kat hujung jalan ni aje.”

“Oh! Alhamdulillah. Terima kasih Pak Alim. Buat susah je. Kebetulan memang saya tak biasa dengan tempat ni. Saya ada hal nak jumpa dia sebenarnya. Ingatkan dia tinggal di sini…” Akal Zulkarnain mula ligat memainkan peranan. Mungkin Pak Alim tahu tentang Nadia.

“Eh… ni rumah singgah Tengku. Tak pernah diaorang duduk kat sini. Cuma datang berehat-rehat terutama musim buah-buahan. Err… anak ni kawan Puteri ke?” Kawan?! Kening Zulkarnain terangkat.

“Hmm… macam tu lah, Pak Alim. Kami kenal lama dah. Sejak sama-sama belajar di London dulu.” Zulkarnain serba-salah, tak sanggup menipu dan berlakon.

“Ooohh! Patutlah special. Kawan lama rupanya. Sebab tak pernah Puteri bawa sesiapa ke rumah ni melainkan ahli keluarga Tengku. Diaorang ni jenis privacy sikit, kata orang putih…” Pak Alim ketawa sendiri dengan kata-katanya.

“Ya, Pak Alim. Tengku ada ke London dulu. Saya jumpa dengan Tengku di sana. Memang baik hati orangnya.

“Itu yang Pak Alim sanggup terus buat apa pun untuk keluarga Tengku. Tengku memang ambik berat pasal orang. Kami orang kampung memang sayangkan dia. Ni rumah tempat Tengku lahir. Ayah Tengku pun Pak Alim kenal. Lepas mak ayahnya meninggal, Tengku buat rumah ni jadi rumah persinggahan. Iyalah, dia sibuk di bandar. Adik tunggal Tengku lagi jauh. Jadi Pak Alimlah yang jaga rumah ni dengan dusun yang dua ekar tu. Sayang kamu datang, dah tak ada musim buah…” ramah sungguh Pak Alim. Terasa kemesraannya.

“Anak ni datang bercuti ke?”

“Eh, tak, Pak Alim. Nama saya Zulkarnain. Panggil saya Zul je. Saya ada kerja sikit. Err… saya dah tak ingat rumah Nadia… err… maksud saya, Puteri. Puteri Nadia. Kalau boleh tu, saya tak nak berlama. Entah bila dia nak ke sini. Jadi elok saya ke rumah dia je. Hmm… pak Alim tahu ke di mana rumahnya?”

Dahi Pak Alim berkerut memikirkan sesuatu. Zulkarnain menelan liur. Jangan ditanya macammana aku datang ke sini…!

“Macam tu pulak, ya! Pak Alim pun tak faham. Puteri mintak dibukakkan pintu. Sangka Pak Alim dia yang nak ke sini. Rupanya ada tamu. Kenapa Puteri tak suruh encik Zul ke rumah terus? Bukan dekat rumahnya tu…”

“Eh! Panggil Zul je, Pak Alim. Ada salah faham sebenarnya. Dia mungkin ingat saya nak bercuti. Sebenarnya saya ada kerja, tak banyak masa. Itulah yang nak cepat jumpa dia tu. Lepas tu saya nak baliklah.” Aduh! Pening kepala dibuatnya!

“Tak apalah, Pak Alim. Saya ke pejabat dia je, esok. Cuma nak mintak Pak Alim tolong panggilkan teksi, boleh ke?”

“Eh, boleh sangat. Tapi tak nak rehat dulu ke? Kalau nak mandi-mandi, kat belakang ni ada air terjun…” Zulkarnain tersengih. Memang kena mandi! Tapi tak perlulah sampai ke air terjun. Lagipun urusan dengan Nadia belum selesai. Dia perlu dijejaki sebelum dia menghilang sekali lagi.

“Tak pe, Pak Alim. Nanti saya datang lagi, bolehlah ke air terjun. Saya nak mandi, solat dulu. Tadi letih sangat, tertidur…” Tersengih lagi.

“Kalau macam tu, Pak Alim mintak teksi datang pukul enam nantilah ya…”

“Haa… eloklah tu, Pak Alim. Tapi makanlah dulu. Sedap goreng pisang panas ni…” Zulkarnain beriya-iya menjemput Pak Alim kerana sudah terasa amat lapar. Sementara itu, otaknya ligat berputar mencari jalan agar Pak Alim memberikan alamat rumah Nadia. Dia tak mahu berbincang di pejabat. Payah nanti. Hatinya bermunajat. Mohon Allah permudahkan. Dia tak mahu menipu dan membuat helah dengan lelaki tua itu. Seperti kata Natrah, kenapa tak minta pertolongan Tuhan saja daripada letih nak memikirkan jalan keluar bila ada masalah? Sedangkan meminta-minta kepada Tuhan itu, Tuhan suka sebab kita mengaku hamba, lemah tiada daya upaya. Selepas itu barulah berikhtiar sambil terus bergantung dengan Tuhan. Tawakal dan redha atas apa juga yang datang selepas itu.

“Entah apa khabar Puteri… Pak Alim dah seronok dengar dia telefon tanya pasal rumah ni tengahari tadi. Sangka Pak Alim, dia yang nak datang…” Tiba-tiba Pak Alim mengeluh. Tangan Zulkarnain terhenti menyuap goreng pisang yang masih berasap panas.

“Lama dia tak ke sini. Lepas Tengku meninggal, dia sebatang kara. Dulu Puteri selalu bawak Datin berehat-rehat di sini. Dia sayang sungguh dengan arwah papa dengan mamanya. Pak Alim tak taulah macammana dia sekarang, hidup sorang diri… berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…” Pak Alim terhenti di situ. Selera Zulkarnain juga mati di situ.

Pak Alim menghabiskan air teh yang masih ada dalam cawan. Selepas itu, dia meminta diri. Mahu tak mahu, Zulkarnain menghantar Pak Alim ke pintu dengan hati yang berat. Kalaulah dia boleh tahu lebih lanjut lagi tentang Nadia…

Zulkarnain sudah siap mandi dan bersolat ketika sebuah teksi merah putih bergerak masuk ke perkarangan rumah itu. Dia melangkah keluar rumah sambil memandang sekeliling mencari kelibat Pak Alim. Hatinya terasa hampa tetapi dipujuk hati supaya bersabar. Terus meminta kepada Tuhan agar dipermudahkan urusan mencari zuriatnya.

Sebaik sahaja dia membuka pintu teksi tersebut, deruan motosikal kedengaran dari jauh. Hatinya melonjak syukur. Ada harapan!

“Haa… dah sampai pun! Sempat encik Zul selesai solat tadi?”

“Ya, Pak Alim… alhamdulillah…” Akalnya masih menerawang mencari kata-kata yang sesuai untuk mendapatkan alamat Nadia sekali lagi. Pak Alim mematikan enjin motosikalnya lalu datang bersalam dengan Zulkarnain.

“Nanti datang lagi ya…” Zulkarnain mengangguk-angguk.

“Haa… ni alamat rumah Puteri. Pak Alim mintak cucu salin dari buku telefon kat rumah tu. Sampaikan salam Pak Alim pada dia ya… Bagitau dia, Pak Alim dan Mak Zah harap sangat dia dapat datang ke sini lagi…” Zulkarnain tunduk memegang kertas kecil itu. Terima kasih Tuhan! Terima kasih Natrah…

“InsyaAllah, Pak Alim… InsyaAllah!”

Rumah besar tersergam indah dengan rekabentuk moden di Bukit Jelutong itu memang jauh berbeza dari rumah Puteri Nadia yang pernah Zulkarnain jejaki dulu yang kini sudah bertukar milik. Hari sudah malam. Namun rumah itu gelap tidak berpenghuni. Hanya lampu-lampu bulat di tiang-tiang besar yang mengelilingi rumah itu yang terpasang. Ke mana dia?

Setelah hampir sejam Zulkarnain membatu diri dalam kereta yang diparkir di hadapan rumah jiran Nadia sehingga dia hampir terlena, akhirnya kereta milik Nadia tiba dan berhenti di hadapan pagar rumahnya. Pagar automatik itu terbuka perlahan-lahan. Dengan pergerakan yang amat senyap, Zulkarnain keluar dari keretanya dan berjalan di dalam gelap menyusuri pagar menghampiri rumah Nadia. Sebaik saja kereta bergerak masuk ke garaj, dia menyelinap masuk sebelum pintu pagar automatik itu tertutup rapat. Zulkarnain bergerak dalam diam ke arah pintu sambil berselindung di balik bayang-bayang rumah dan pokok-pokok kecil di halaman rumah itu.

Sebaik sahaja Nadia membuka pintu, Zulkarnain keluar dari persembunyiannya dan merangkul pinggang Nadia, membawanya masuk ke dalam rumah sambil menutup mulutnya. Terbeliak mata Nadia. Tubuhnya meronta-ronta mahu melepaskan diri.

“Ssyyh… ni abang, Nadia!” Bisik Zulkarnain ditelinganya. Nadia yang menggelupur terus kejang kaku sebaik sahaja mendengar suara Zulkarnain. Pantas Zulkarnain menutup pintu dengan sebelah tangan dan menguncinya dari dalam. Mulut Nadia akhirnya dilepaskan.

“How dare you!!” Jeritannya bergema seluruh ruang. Zulkarnain memandang tepat ke mukanya dan meletakkan jari telunjuknya ke bibir sendiri.

“Save it!” Suara Zulkarnain keras dan tegas membuatkan amarah Nadia terbantut. Lelaki itu melangkah perlahan-lahan ke ruang tamu lalu melabuhkan punggung tanpa dipelawa. Dia duduk tersandar seolah-olah kepenatan.

“Get out of my house before I call the police!” Nadia semakin berang dengan tindak-tanduk lelaki itu. Dia terpacak berdiri dengan dadanya yang berombak kencang dek terkejut dan kini marah yang kian memuncak. Melihatkan Zulkarnain buat tidak peduli, tangannya mencapai telefon bimbit dari beg tangannya.

“Do it! Tak perlu abang ke balai polis untuk laporkan kehilangan anak abang…” Kata-kata itu membuatkan Nadia terais. Lagi??!! Urrghhh…!

“Are you blackmailing me now? How could you?!!”

Zulkarnain berpusing ke belakang. Memandang lembut ke wajah Nadia yang terpacak berdiri.

“Come here… lets talk…” Ujarnya perlahan, hampir merayu.

Nadia menelan liur. No! Hatinya menjerit. Aku tak boleh dekat dengannya! Aku kalah dengan sentuhannya. Tuhan! Nadia terpaku di situ. Tiada daya untuk bergerak. Dia sangkakan semuanya akan selesai. Namun kejadian petang tadi semakin membuatkan dia benci dengan dirinya sendiri. Sehingga dia tekad mahu meneruskan keinginannya untuk berhijrah ke luar negara.

“Nad, we need to talk. REALLY talk!” Dengan dua langkah yang panjang, tangan wanita itu dicapai dan diheret bersamanya ke ruang tamu. Kemudian kedua bahu Nadia dipegang dan dia dipaksa duduk di situ. Zulkarnain mundar mandir di hadapan Nadia, tidak pasti bagaimana hendak dimulakan. Yang penting, dia mahu memiliki Nadia dan anaknya kembali. Kali ini, dengan atau tanpa kerelaan wanita itu. Dia tidak peduli lagi. Sudah bertahun dia bersabar dan menunggu. Namun dia semakin jauh dan semakin kehilangan mereka.

Akhirnya Zulkarnain melabuhkan punggung di meja kaca itu dan mengadap Nadia yang diam mencuka. Diraih kedua tangan wanita itu dan digenggam lembut. “I’m going to stay here. As your husband. Period.”

“You are TOTALLY insane!” Jerit Nadia sekuat hati. Tangannya direntap sekuat hati dan dia bangun mahu melarikan diri.

Namun pergerakan Nadia bagaikan sudah dibaca. Tangan Zulkarnain semakin kuat mengenggam dan tubuh Nadia dihenyak ke sofa dan ditindih dengan tubuhnya. Nadia terpenjara di situ. Hidung bertemu hidung.

Nadia bagaikan kelemasan. Kenapa lelaki ini selalu buat dia jadi gila? Dulu dia gila mencintainya. Sekarang buat dia rasa nak gila bila bersamanya! Dia benci! Teramat benci! Dia takkan pernah mahu bersuami lagi!!

“Abang takkan mengalah lagi, Nadia. You love me as much as I love you. And that is everything I need. Tuhan takdirkan kita jadi suami isteri. Kita terikat, Nadia! Kita terikat dengan hubungan hati, dengan janji kita pada Tuhan. And YOU cannot run away from that. Ever!” Suara Zulkarnain hanya perlahan tapi terlalu tegas bunyinya. Nadia memandang tidak berkelip. Nafas mereka sama kencang, turun naik.

“Kali ni, abang takkan mengalah dengan nafsu dan kehendak Nadia. Abang takkan ikut corak hidup Nadia lagi. Dan ingat Nadia, apapun yang Nadia nak buat, ingat satu perkara. Nadia seorang hamba Allah dan seorang Isteri. Nadia tak boleh hidup sesuka hati. Kita bukan mati jadi tanah. Tapi setiap perbuatan kita, kita akan tanggung akibatnya nanti. Dan abang juga dipertanggungjawabkan atas apa yang Nadia buat. Ingat tu! Tak taat pada abang maksudnya derhaka pada Tuhan!” Tubuh Nadia dihenyak sekali lagi ke sofa. Dan kedua tangannya dilepaskan. Dari pandangan mata Nadia, Zulkarnain yakin dia benar-benar faham kali ini. Dia MESTI difahamkan.

“Abang nak bawa Natrah ke sini, jumpa dengan Nadia. Biar Nadia dengar sendiri dari mulut dia. Dia memang izinkan abang kahwin lain sebab dia faham kedudukan dia. Abang kahwin dengan dia semata-mata sebab nak selamatkan dia dari keadaan hidup dia yang tersepit masa tu. Tapi tak sekali-kali bermaksud abang nak abaikan Nadia. Lagipun, abang yakin abang mampu. Lepas tu, kita buat majlis kahwin. Semuanya belum terlambat. Kita kena cari anak kita…”

“Never! Nadia bukan benda tak bernyawa. Abang nak buat itu ini dengan Nadia sesuka hati? Nadia akan ke mahkamah… kita perlu berpisah secara sah.” Walaupun pahit perkataan itu dilafazkan, dia tak punya jalan lain lagi. Kalau berpisah, aku tak perlu tanggung dosa lagi, desis hati Nadia.

“Berpisah?! Atas alasan apa?!”

Nadia terdiam.

“Awal petang tadi kita bersama, Nadia. Kita masih macam dulu. You cannot deny that! There is nothing wrong with us. We just need to start all over again…”

“Everything is wrong… I want to be alone. That’s my choice!”

“Liar! Jangan siksa diri kerana ego, Nadia.”

“You want your child, right?”

Zulkarnain pula terdiam.

“Nadia hanya akan serahkan anak tu kalau abang ceraikan Nadia. And I mean every word I’ve said.” Pandangannya menikam tepat ke dalam anak mata Zulkarnain. Serius tak berkelip. Dan Zulkarnain kehilangan kata.

P/s: Please share your thoughts and comments ya… I really need them to go on and do better!