Siri Novel CINTA PUTERI vs NUQMAN 20

Bab 20

“Kenapa tak suka lelaki?” Tiba-tiba Nuqman bertanya.

Puteri yang masih memandang stesen tram Eminonu yang kian jauh ditinggalkan terkejut. Topik ni lagi! Keluhnya dalam hati. Menganggu konsentrasi saja!

Nuqman tenang berdiri mengadap Puteri yang dekat di dadanya tetapi mengiring selari dengan dinding kaca tram merah putih itu. Oleh kerana hari sudah petang, mereka terpaksa berdiri dekat-dekat kerana ramai yang menaiki tram yang sama. Lagi pun jarak ke stesen Gulhane tidak jauh.

“Jawablah… Kalau tak saya tanya lagi kuat-kuat. Biar semua orang dalam tram ni tau awak tak suka lelaki…” Itu akhirnya mengalih perhatian Puteri. Dia berpusing dengan dahi yang berkerut. Kening Nuqman terangkat-angkat. Boleh tahan nakalnya dia ya!

“Kenapa awak sibuk sangat nak tau?!” Soal Puteri pula. Jelas tak puas hati dan rasa tak selamat bila Nuqman mula menyiasat.

“Sebab fitrah perempuan sukakan lelaki.”

“Jadi awak nak kata fitrah saya tak betul?” Sekali lagi? Sambungnya dalam hati.

“Kalau tak betul, kita betulkan. Kalau rosak, kita baiki…” Jawab Nuqman dengan senyuman manis. Manis tapi pedas! Hati Puteri mendengus bengang.

“Biarlah saya dengan fitrah saya. Awak jangan sibuk, boleh?” Puteri pula yang pamerkan senyuman manis tapi sah bukan dari hati.

“Itu dah sombong. Lagi perlu dibaiki…” Senyum manis lagi. Ahhh! Tak boleh tahan!

“Encik Nuqman, saya datang nak melancong tau. Jangan ganggu mood saya. Kalau tak, baik saya balik Malaysia je…” Wah! Mengugut nampak. Nuqman tersenyum lagi.

Bahu Puteri tiba-tiba dipaut sehingga tubuhnya terpusing mengadap Nuqman. Terkejut katak dibuatnya.

“Puan Puteri, ke mana pun lari, tetap saya cari, selagi saya tak tau jawapannya.” Hidung hampir berlaga. Jantung bergetar.

“Sebab fitrah tu penting… Fitrah tu diri kita… Saya perlu kenal isteri saya…” Tegas dan tepat di muka Puteri. Tak berkelip kelopak matanya. Dia menelan liur. Lama bertentang mata, akhirnya Puteri mengalah lalu tunduk memandang lantai tram. Nuqman memusingkan tubuh Puteri semula mengadap ke arah luar cermin kaca namun lengannya masih melingkar di dada Puteri. Memerangkap Puteri dekat dengannya. Membuatkan jantung Puteri berdetak kencang, sekencang degup jantung Nuqman di belakang telinganya.

“You can trust me,” bisik Nuqman. Terpejam mata Puteri. Itulah sebabnya! Sebab aku takkan percaya lagi dengan lelaki!

Nuqman tidak terus memaksa. Mereka diam berdiri memandang bangunan-bangunan yang ditinggalkan tram yang berlari. Tak lama kemudian, mereka tiba ke stesen Gulhane.

Turun dari tram, Puteri mengikut Nuqman berjalan di sepanjang laluan pejalan kaki. Dia tidak pasti ke mana arah mereka selepas ini. Hendak buka mulut bertanya pun jadi berat dibuatnya. Bimbang Nuqman bertanya lagi. Tak pernah dia ditanya soalan-soalan langsung macam itu.

Mereka tiba di hadapan sebuah tembok tinggi dengan sebuah pintu gerbang. Bentuknya macam dalam cerita purba.

“Here we are, Topkapi Palace. Dua puluh empat orang Sultan Turki Uthamiyah pernah tinggal kat sini. Bangunan kecik kat depan kita ni, Fountain of Sultan Ahmed III.” Nuqman mendongak ke puncak pintu gerbang.

“Jom masuk, saya dah beli tiket online, so tak payah letih berbaris…” Nuqman mengangkat kening ke arah barisan pengunjung Istana kuno itu yang mengular panjang.

Puteri yang memang hilang rasa teruja kerana terpaku dan terlopong melihat barisan manusia yang panjang itu melepaskan nafas lega. Lega berganda sebab Nuqman kembali menjadi pemandu pelancong tak bergaji.

Selangkah dua berjalan, dia terhenti. Matanya mencerun ke arah Camcodernya yang digalas Nuqman.

“Kenapa?” Nuqman juga tak jadi melangkah.

“Nak tu!”

“I’m a man of his word. Answer me and it’s yours. Simple.” Dia hanya menjungkit bahu dan berlaku pergi.

Berani dia! Macammana kalau aku cakap yang aku tak suka dia? Isyhh! Topkapi Palace ni! Rugi kalau tak ambil gambar!! Dengan muka marah, Puteri melangkah laju lalu menepuk bahu Nuqman yang berjalan selamba meninggalkannya. Nuqman berhenti melangkah dan menoleh. Puteri pula tercegat tak bersuara. Hilang segala ayat dalam kepala. Nuqman melangkah semula. Bulat mata Puteri dibuatnya.

“Saya tak suka lelaki sebab fitrah lelaki dah rosak!” Haaa… Ambik kau! Puas hati?! Sibuk dengan fitrah aku yang dah rosak… Fitrah lelaki yang rosak, macammana? Puteri mula main kasar.

“Kalau fitrah lelaki dah rosak, macammana saya nak harapkan lelaki pimpin saya yang awak kata dah rosak fitrah ni?” Soalan makan dalam.

Nuqman terhenti melangkah, kaget seketika dengan jeritan dan jawapan Puteri. Dia berpusing ke belakang. Diam memandang tajam. Jawapan itu sebenarnya langsung tak dijangka. Puteri mencerunkan matanya lalu melangkah mendekati Nuqman.

“A man of his word, eh?” Puteri menghulurkan telapak tangannya. Nuqman hanya memandang matanya. Seketika terjeda. Tanpa mengalihkan pandangannya, dia meletakkan Camcoder itu di telapak tangan Puteri. Nuqman kembali senyum. Tangan Puteri yang sebelah lagi dicapai.

“Come, let’s go inside…” Eh! Macam mesra saja? Macam tak ada apa-apa saja? Terpelongo Puteri sesaat. Mahu tak mahu, kakinya melangkah sebelum dia diseret. Dia ni tak reti marah ke? Sikit pun dia tak rasa apa-apa? Sempat hatinya berbisik.

“Topkapi maksudnya Gerbang Meriam. And this is the Imperial Gate…” Beritahu Nuqman apabila mereka melangkah melewati pintu gerbang yang kukuh berdiri itu.

“Menara yang di sebelah kiri pintu utama ni jadi penjara untuk hamba high-level yang buat jenayah masa zaman Uthmaniyah. Khabarnya pemancung akan basuh pedang lepas hukuman pancung dijalankan dengan air pancut depan pintu masuk tadi”. Berkerut muka Puteri kengerian bila mendengarnya.

Sebuah taman bunga yang luas menghijau berlatarbelakangkan Laut Marmara yang terbentang menyambut kedatangan mereka. Subhanallah! Permandangan yang sangat menenangkan jiwa. Puteri terpaku agak lama menghayati suasana. Selepas itu dia mula merakamkan tempat bersejarah itu dalam bentuk imej agar dapat dia lihat kembali nanti. Sememangnya semua ini sangat berharga.

Kemudian mereka melewati sebuah pintu gerbang lagi yang diberi nama Bab as-Salam atau Gate of Salutation.

“Istana dalam bahasa Turki disebut Sarayi. Di sinilah pusat pemerintahan hampir 400 tahun pemerintahan Khalifah Uthmaniyah yang merupakan salah satu empayar terbesar di dunia. Sultan-Sultan dengan ahli keluarga tinggal kat sini. Lepas tu bila Atartuk ambil alih, dia berpindah ke Istana Dolmabache.”

“400 tahun? Wow! Lamanya istana ni…” Terpegun Puteri mendengarnya. Kukuh sungguh binaan orang di zaman dahulu.

“Kebanyakkan bangunan istana ni pernah musnah dalam kebakaran besar, rosak disebabkan gempa bumi tapi dibaik pulih, alhamdulilllah, kekal sampai sekarang.”

Di sebelah kanan terdapat bangunan dengan cerombong udara di atas atapnya. Bangunan itu dulunya adalah dapur istana. Mereka melangkah melewati koridor sambil memerhatikan batu-batu bertulisan arab yang disusun di situ. Banyak peralatan untuk makan dan minum dari koleksi porselin dipamerkan yang berasal dari beberapa buah negara termasuk Jepun dan China. Peralatan untuk memasak pula disimpan di suatu sudut bangunan itu. Dan bertentangan dengan dapur istana, terdapat gudang senjata. Bangunan-bangunan itu berada di dalam taman dan suasana begitu damai.

Pintu gerbang ketiga menyambut langkah Puteri dan Nuqman. Akagalar Gate membuka laluan ke ruang utama istana.

“Ini taman istana yang ketiga. Sebelah kiri kita ni, dewan perhimpunan. Dulu tempat mesyuarat para sultan dengan duta-duta dari seluruh negara Islam. Tengok pintu masuk tu, hiasan kerawangnya sarat tapi berbeza dengan corak kerawang di tempat kita.” Puteri mengangguk-angguk. Dia sibuk mengambil gambar.

“Yang tu, sekolah istana dulunya. Sekarang jadi pejabat pengurusan muzium ni. Kat dalam tu jugak ada tempat penyimpanan harta tinggalan diraja. Ika berminat?” Nuqman menunding jari ke sebelah kanan. Kelihatan ramai sungguh pengunjung yang berbaris masuk ke dalam bangunan itu.

“Hmm… Tak perlulah. Panjang sangat tu.”

“Ok…. Kita terus ke sana…”

Mereka terus berjalan melewati taman yang luas dengan permandangan laut Marmara terhampar membiru. Bijak sungguh mereka memilih lokasi untuk sebuah istana. Tempat ni cantik sungguh! Bisik hati Puteri.

Mereka tiba ke sebuah bangunan seperti istana kecil dengan hiasan dalamannya penuh dengan seramik. Terdapat sebuah kolam renang di situ. Rupanya itulah ruang keluarga diraja dan tetamu kerajaan beristirehat. Dan permandangan dari sudut itu sangat menakjubkan. Galata Bridge yang merentangi Selat Bosphorus yang membiru kelihatan jelas dari situ. Begitu juga dengan Galata Tower dan bangunan di sekitarnya. Masjid Sulaymaniye juga tersergam jelas.

“My favorite spot… Istana ni memang dibina di titik pertemuan Selat Bosphorus, Golden Horn dan Laut Marmara. Sangat strategik. Semuanya nampak dari sini. Di sinilah pemerintah memantau kawasan penting di Istanbul.”

“Dah banyak kali awak datang sini?”

“Hmm… Ini kali kelima. Setiap kali datang, saya mesti ke sini. Dan jugak Blue Mosque. Tempat-tampat lain ada jugak yang saya pergi dua tiga kali.”

“Awak buat apa selalu datang ke Istanbul?” Nuqman tersenyum. Payah hendak dijawab soalan itu. Panjang pula ceritanya.

“Ismet, kawan baik saya.” Nuqman memberikan jawapan paling mudah.

“Itu je?”

“Untuk kali ni, dia mintak saya lead team arkitek yang terlibat dalam projek terbaru dia.”

“You? Lead?!” Berkerut dahi Nuqman sambil tersenyum. Apa maksud Puteri bertanya begitu?

“Saya tau saya tak layak pun sebenarnya…”

“Err… Bukan macam tu! Maksud saya… Emm… That’s good. Really good.” Tergagap-gagap Puteri dibuatnya. Dia sebenarnya terkejut sangat. Tak sangka Nuqman bukan sekadar arkitek biasa yang ada firma sendiri. Firma yang biasa-biasa saja.

Good?! Nuqman ketawa dalam hati. Pasti Puteri tak akan terbayangkan projek hotel yang dua kali saiznya daripada The Turban milik Al Barakah Properties Berhad di Malaysia. Dan sudah pasti Puteri tidak akan menyangka yang Syeikh Ismet Suleiman antara jutawan yang terkenal di Turki. Mungkin juga Puteri belum pernah ke Turban yang baru sahaja dirasmikan sebelum mereka dinikahkan. Kebetulan Tan Sri sakit dan keadaan agak kelam kabut. Biarlah. Suatu hari nanti…

“OK. Sekarang kita nak berkenalan dengan seorang lelaki yang sempurna fitrahnya…” Kata-kata Nuqman mengejutkannya yang masih berfikir-fikir. Terdiam tanpa kata, Puteri mengikut langkah Nuqman dengan hati yang tertanya-tanya.

Nuqman membawanya ikut berbaris dengan pengunjung yang lain. Mujur barisan tidak begitu panjang. Puteri tak dapat meneka siapa yang bakal ditemuinya nanti. Mulut pula terkunci, tak mampu bertanya.

Dan saat kaki Puteri melangkah masuk, hatinya tersentuh dengan bacaan Al Quran yang dialunkan begitu merdu menusuk kalbu.

“Inilah Holy Relics, Peninggalan Suci yang disimpan dalam istana. Lepas Sultan Salim, saya tak pasti sultan yang ke berapa, yang saya ingat lepas Sultan Salim menguasai Mesir, dapat gelaran khalifah, jadi ketua semua negara Islam di dunia. Sultan Salim yang berusaha bawa banyak peninggalan suci Rasulullah dan para sahabat ke Istanbul.”

Puteri terdiam tidak terkata. Dan lelaki yang sempurna fitrahnya…?

“Kita tak dapat berjumpa dengan Rasulullah. Bak kata orang, tak dapat jumpa, dapat tengok barang-barang peninggalannya pun cukuplah untuk mengubat rindu…”

… ialah Rasulullah. Puteri mengangguk perlahan. Dia sendiri terkaku berdiri di situ. Buat pertama kalinya Puteri melihat sendiri barangan milik peribadi manusia agung itu. Si hadapannya adalah pedang Baginda Rasulullah SAW dan juga pedang-pedang para sahabat.

Nuqman juga diam berdiri di situ. Memerhati pedang yang bertuah berjuang dalam genggaman Rasul yang mulia. Juga pedang-pedang bertuah yang pernah menumpahkan darah demi menegakkan agama yang suci di tangan para Sahabat.

Tapak kaki dan janggut Rasulullah SAW juga dipamerkan di situ. Ditatap Nuqman tanpa rasa jemu.

“Kadang-kadang saya rasa cemburu sangat dengan para sahabat. Bertuah sungguh mereka dapat jumpa Rasulullah. Bercakap dengan Rasulullah. Berjuang dengan Rasulullah. Kadang-kadang saya rasa sayu sebab walaupun kita umat Rasulullah tapi kita tak berpeluang jumpa dengan Baginda. Tapi saya ingat Rasulullah pernah bersabda, yang Baginda sangat rindukan kita, umatnya yang tak dapat bersamanya. Rasulullah lebih rindukan kita sebab hati-hati kita rindukan Baginda sedangkan kita tak pernah jumpa dengannya. Sampai sahabat-sahabat cemburu dengan umat Rasulullah di akhir zaman. Itulah kekuatan saya. Setiap kali saya rasa rindu dengan Rasulullah, terasa nak sangat bersamanya, saya yakin Rasulullah juga rasa macam tu. Sebab Rasulullah, rasul kita juga…” Puteri terpaku memandang Nuqman yang berkata-kata sambil merenung tapak kaki Rasulullah.

Demi Allah, Puteri tak pernah mendengar sesiapa bercakap seperti yang diluahkan Nuqman. Dan ada genang airmata dalam tubir mata lelaki itu!

Ya Rasulullah… Dia sangat menyayangimu… Desis hati Puteri. Jiwanya tersentuh sungguh. Setitis airmatanya gugur ke pipi. Dia menelan liur menggumam sebak. Nuqman masih berdiri di situ. Menatap sayu tapak kaki Rasulullah SAW.

Tak pernah. Tak pernah Puteri bertemu dengan orang yang begitu merindui Rasul. Tiba-tiba Puteri tertunduk malu. Terasa dirinya terlalu kerdil di sisi Nuqman. Dia… dia tak begitu kenal dengan Rasulullah… Tak pernah kenal erti rindu pada lelaki yang sangat berjasa itu… Tuhan!

“Saya selalu rasa paling tenang di sini. Rasa paling dekat… Rasa Rasulullah ada. Awak rasa tak?” Lembut Nuqman bertanya tanpa menoleh sedikit pun.

“Ssa… saya…” Puteri tak tahu apa yang patut dia katakan.

“Dialah lelaki yang awak cari, Ika. Lelaki yang sempurna fitrahnya. Rasulullah, lelaki yang paling membela, paling menyayangi, paling menghormati perempuan. Saya takkan mampu jadi seperti Rasulullah tapi saya akan cuba buat apa yang Rasulullah ajarkan. Sebab… Sebab saya yakin padanya. Saya jugak rasakan yang sama… Tak banyak… Sikit tu ada…”

Puteri menekup bibirnya. Terkejut sungguh. Sampai ke tahap itu Nuqman terkesan dengan kata-katanya!

Nuqman membawa Puteri melihat sekeliling. Ada gigi Nabi yang tanggal waktu perang Uhud, jubah puteri kesayangan Nabi, Sayidatina Siti Fatimah r.a., wanita yang paling banyak menyaksikan kesusahan dan pengorbanan ayahandanya demi Islam.

Surat tulisan Rasulullah SAW juga ada dipamerkan di situ. Antaranya, surat yang ditulis kepada Al-Muqawqis (Pemimpin Mesir) dan Musailamah Al Kazzab (si Pembohong yang mengaku sebagai nabi). Surat untuk Al-Muqawqis ditulis di daun kurma dan ditemukan di Mesir pada tahun 1850. 

Selain itu, ada juga jubah cucunda Baginda SAW, Saidina Husin, tongkat Nabi Musa a.s. dan serban Nabi Ibrahim a.s., kunci-kunci Kaabah, talang emas, kiswah dan pembungkus hajar aswad juga disimpan di ruangan ini.

“Kita kena keluar, tak lama lagi diaorang tutup tempat ni…” Puteri terdongak.

“Cepatnya, kita tak habis tengok lagi ni…” Nuqman tersenyum. Puteri yang sejak tadi diam menatap barangan yang dipamerkan rupanya benar-benar menghayati.

“InsyaAllah, kita boleh datang lagi…” Puteri mengangguk lemah. Dia memandang sekeliling seolah-olah berat untuk melangkah pergi.

“Bacaan Al Quran tu… Very touching…” Ujar Puteri, jujur dari hatinya. Sambil melangkah, dia masih berpaling ke belakang.

“Ada 24 orang Hafiz Al Quran tu, diaorang baca berganti-ganti.”

“You mean, live!”

“Yeah. And imagine this, bacaan Al Quran tu mula sejak tahun 1517 sampai sekarang…”

“Ya Allah!”

Langkah Puteri terus terhenti. Dia berpusing. Terpaku berdiri. Seolah-olah tak mahu pergi. Nuqman kaget. Perlahan dia merapati Puteri, menyentuh lembut lengannya.

“Ika…”

“Why does it touch my heart so deep?” Puteri berbisik. Nuqman semakin hairan.

“Tt-touch your heart…?”

“Bacaan tu…” Matanya sendu, tak berkelip.

“Mungkin… Mungkin mereka baca dengan penuh rasa cinta…”

“Cinta…?”

“Ya… Cinta, rindu Rasulullah… Rasul kita…”

Perlahan-lahan Puteri menoleh, memandang Nuqman.

“Will you read it for me… like that?” Nuqman menelan liur. Terkejut dia mendengar permintaan Puteri yang hampir tenggelam dalam alunan merdu bacaan ayat-ayat suci itu.

“Yes… For you… InsyaAllah…” Puteri mengangguk perlahan.

“Thank you.”

Advertisements

2 thoughts on “Siri Novel CINTA PUTERI vs NUQMAN 20

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s