Siri Novel Cinta Puteri vs Nuqman 14

Bab 14

“Saya tak kenal awak! Saya tak mahu tahu pasal awak! Dan saya tak peduli siapa pun awak! Is that clear enough??!!” Jeritan wanita itu sedikit pun tidak mengugat dirinya. Kerinduan yang menggunung ini tak tergoncang sedikit pun walau sekuat mana gempa amarahnya. Dia menarik nafas dalam-dalam.

“Nadia… beri abang peluang, tolonglah. Tiga tahun abang cari Nadia, sampai abang balik ke Congreve Street. Amie kata Nadia pindah. Tak ada di KCL lagi. Abang cuba dapatkan info tapi semuanya confidential. Abang tahu Nadia larikan diri dari abang tapi abang tak tau kenapa.” Wanita itu hanya membisu. Tiada reaksi. Hanya dadanya yang masih berombak marah. Wajahnya lebih masam dari cuka. Kalau dicurah pada ikan, mungkin reput terus. Tapi dia tak peduli. Peluang ini harus digunakan sebaiknya walau bagaimanapun respon darinya. Lagipun, dia yakin dengan wanita itu. Yakin kerana cukup kenal dengan hatinya. Luaran Nadia bukan dalamannya.

“Walaupun abang tak faham apa yang berlaku tapi abang tetap nak bersama Nadia. Abang rindu. Abang tak pernah putus asa nak hidup dengan Nadia. Nadia tetap isteri abang.” Setenang air di tasik biru. Benar… lelaki itu tetap sama seperti dulu. Dalam apapun keadaan, dia tenang dan mendamaikan. Namun kali ini, hatinya semakin terbakar melihat ketenangan itu. Apatah lagi, perkataan itu yang dilafazkan. Isteri!

“How dare you! How dare you barging into my office and say that to me! After what you have done to me?!” Desis Nadia. Cukup perlahan tapi penuh emosi. Jantungnya bagaikan hendak pecah menahan amarah. Dia berpaling dari lelaki itu. Berpaling dari babak kebodohan melampau yang tak pernah terjangkau oleh akalnya – membiarkan dirinya ditipu hidup-hidup oleh lelaki itu.

“Nadia… I’m sorry. I would not hurt you. Not intentionally… never! But if I did, I’m really sorry…” Suara itu mendekat, memujuk sepenuh hati. Harumannya semakin kuat. Haruman yang sama. Yang dirindu. Bahunya disentuh. Sekujur tubuhnya yang panas terbakar tadi terais. Beku. Kaku.

“Nadia…” Pinggangnya pula disentuh lembut. Perlahan dia dirangkul dan didakap dari belakang. Mendengar namanya disebut-sebut dalam desah nafas itu membuatkan jantungnya tiba-tiba bagaikan hilang fungsi. Ais ini bakal cair kalau terus begini!

“No! No… please…!” Dia cuba melepaskan diri. Entah dari rangkulan itu atau dari rasa takut pada diri sendiri.

“Syyhh… Nadia… don’t…!” Suara itu berbisik lagi. Suara yang sering datang dalam tidurnya. Tapi kini dalam jaganya. Kedua tangan itu meleraikan rangkulannya tapi hanya untuk menyentuh dan mengusap bahunya dari belakang. Bagaikan terkena sentuhan ajaib, perlahan-lahan dia hilang daya untuk meronta lagi. Suara dan sentuhan itu memang sentiasa membuatkan hatinya cair dan menyerah. Amarahnya berterbangan.

“Nadia… Abang rindu… Terlalu rindu…” Bisikan itu bunyinya terlalu luhur di pendengaran. Sentuhannya, dakapannya, kehangatannya meruntuh tembok hati yang dibina selama ini. Mengapa dia tak dapat bahagia selamanya begitu? Apakah dia tak layak… Dia memejamkan mata serapat mungkin. Menahan kocakan rasa rindu dan kasih yang menggila di dalam. Yang sekian lama dia kuburkan kini tiba-tiba bernafas segar penuh harapan. Setitis airmata yang selama ini dinafikan gugur juga.

“Come back to me, Nad. I need you… As always… Can’t live without you…” Suaranya lirih berbisik penuh kasih. Benarkah?! Pipi bersentuh pipi. Terasa basah. Airmata mereka sama mengalir dalam menahan pedih kerana kerinduan yang teramat. Jemari kian bertaut bagaikan takut untuk terlepas sekali lagi. Tubuh mereka bersatu. Hangat bergelora melerai rindu sekian lama.

“Abang tak pernah berniat nak lukakan hati Nad. Abang terlalu sayangkan Nad. Takdir yang berlaku tetap akan berlaku… Tapi kita tak harus terpisah, Nad. Apapun, kita tetap akan bersama. Abang janji…” Suaranya bergetar sayu. Rayuannya tak berpenghujung.

Yang berlaku tetap akan berlaku! Wanita itu! Takdir itu adalah DIA, bukan?! Dia yang tetap akan ada di antara mereka!! Dalam kepayahan yang amat, tautan jemari mereka diputuskan, rangkulan itu dilepaskan dan tubuhnya menghindar jauh. Airmata diseka laju dengan belakang tangan. Sentuhan ajaib itu tiba-tiba hilang kuasanya.

“Get out! Get out from my office. Get out of my life!” Nadia lebih sakit dari tadi. Lebih parah dari sebelum ini. Takdir itu tetap akan berlaku bukan?! Dan takdir itu bukan miliknya.

“Pergi pada DIA! Selamanya DIA! Jangan… tolong jangan datang lagi. Please don’t make me hate you all my life.” Wajah lelaki di hadapannya berubah, terkejut sungguh.

“Nadia… you… you know about… hher?” Lelaki itu hanya mampu berbisik kerana terlalu terkejut.

“Yes!!!” Puas hati?! Aku tahu semuanya!!! Hatinya menjerit dan seluruh tubuhnya sakit dengan jeritan itu. Langkahnya tiba-tiba gagah. Daun pintu diselak penuh yakin kali ini.

“And I ‘GAVE’ you to her. Isn’t that enough?! Now, get out of my life! Out!!” Sepasang mata itu bagai memancarkan kilat. Menyambar membakar segala sisa-sisa impian yang ada. Harapannya bagaikan musnah selama-lamanya. Longlai, kaki lelakinya melangkah. Dia tewas kali ini walaupun pertama kali dia berpeluang setelah puluhan kali mencuba.

Percikan air dari kolam mandi mengejutkan Zulkarnain yang entah ke mana dengan lamunannya. Natrah ketawa gelihati. Ha! Mimpi lagi! Seorang jejaka dan seorang perawan kenit pula menyimbah air ke tubuhnya membuatkan dia kelam-kabut mengelakkan diri dari basah sambil marah dalam ketawa. Ah! Mereka memang tak bagi peluang langsung untuk mama dan papa bercanda! Akhirnya ketiga-tiga mereka saling menyimbah antara satu sama lain.

Zulkarnain tersenyum. Hatinya ikut bahagia melihat wanita berwajah polos itu ketawa. Dia bagaikan tak pernah berduka. Kerana keriangannya, ketulusannya dan yang paling bernilai adalah redhanya. Redhanya kepada Tuhan dan segala yang datang dari Tuhan membuatkan dia sentiasa tenang dan bahagia.Kerana redhanya, dia tiada dendam, tiada amarah, tiada prasangka. Walaupun hidupnya amat hebat diuji Tuhan namun dia tetap senyum mensyukuri setiap hari yang mendatang.

Kerana itu juga Zulkarnain sentiasa merasa bersalah terhadapnya. Dan rasa-rasa itu dia tebus dengan berusaha membahagiakan dia dengan apa pun cara yang termampu.

She knows when I’m lonesome, she cries when I’m sad
She’s up in the good times, she’s down in the bad
Whenever I’m discouraged, she knows just what to do
But girl she doesn’t know about you.

I can tell her my troubles, she makes them all seem right
I can make up excuses not to hold her at night
We can talk of tomorrow, I’ll tell her things that I want to do
But girl how can I tell her about you.

How can I tell her about you
Girl please tell me what to do
Everything seems right whenever I’m with you
So girl won’t you tell me how to tell her about you.

How can I tell her I don’t miss her whenever I’m away
How can I say it’s you I think of every single night and day
But when is it easy telling someone we’re through
Ah girl help me tell her about you.

Setiap kali hati dan mindanya bersama Nadia, setiap kali itulah lagu nyanyian Lobo itu berkumandang dalam dirinya. Ya, Natrah tak pernah tahu tentang Nadia. Tak pernah tahu yang dia tak pernah lupakan Nadia. Tak akan pernah. Nadia bagaikan hidup dalam dirinya. Dia sering bersendirian namun tak pernah kesunyian. Dia berbual, bergurau senda malah kadang-kadang bernyanyi bersama Nadia. Namun jauh di sudut hatinya bagaikan ada terowong kosong. Ada-ada waktunya, dia akan terbawa ke dalam terowong itu dan waktu-waktu begitu, dia akan rasa sangat menderita dan kelemasan. Lemas kerana terowong itu tak berpenghujung. Sakit kerana nafasnya sesak dalam kegelapan dan kesempitan. Itulah terowong rindunya pada Nadia.

Keluhan berat melewati bibirnya yang sudah semakin dekat mencecah setengah abad. Bukan sedikit deritanya namun dia lelaki. Dia juga kemudi. Untuk itu dia harus terus kuat, tiada ruang untuk goyah.

Namun sekeping kertas yang dihulurkan oleh seorang tetamu misteri di pejabatnya semalam membuatkan hatinya menangis. Kekuatannya hampir lemah. Dan terowong dalam hatinya semakin menghimpit. Nadia!

Daun pintu yang tertutup rapat itu diketuk penuh yakin. Seorang gadis berkawat ke hulu dan ke hilir di sisinya. Sang setiausaha sedang panik!

“Encik, tolonglah saya, encik. Saya janji saya akan tolong encik jumpa Dato’. Jangan terjah macam ni, encik… Mati saya dengan Dato’ nanti. Tolonglah encik…”

Hah! Tadi bukan main sombong! Zulkarnain hanya tersenyum tenang. Dia tahu gadis itu tak akan diapa-apakan. Dia amat bersyukur kerana munajatnya pada Tuhan terjawab akhirnya. Dia berjaya menjejaki Nadia sekali lagi.

Daun pintu itu diketuk semakin kuat dan … Pintu itu tiba-tiba luas terbuka.

“Eh! Tunggu! Jangan…! Encik…. Err….” zulkarnain melangkah masuk tanpa mempedulikan cik setiausaha. Wanita yang dirindu itu kelihatan masih seperti dulu. Dia tercegat berdiri, terpaku memegang tombol pintu. Hanya terdongak, terkejut dan rasa tak percaya jelas terlukis di wajahnya.

“Ma… maafkan saya, Dato’! Ssaya dah minta err… Encik ni buat appointment. Ta… Tapi…”

“It’s okay, Seri. You can leave now.” Daun pintu ditutup semula. Dan mereka hanya berdiri di situ. Terpaku memandang antara satu sama lain.

Bunyi seseorang berdehem memeranjatkan keduanya memaksa mereka kembali ke lantai nyata. Sepasang kaki bersilang di kerusi menyapa pandangan Zulkarnain. Ada tamu rupanya. Seorang lelaki yang sebaya dengannya duduk di situ penuh tanda tanya.

“Maafkan saya. Saya perlu berjumpa dengan Dato’ Puteri Nadia Ruwaidah. Ada hal yang tak dapat dielakkan.” Dia sekadar berbahasa. Tetapi tetap memaksa.

“Hmm… Encik Hakim, maafkan saya. Ada tamu yang tak diundang. Kitapun dah selesai. Saya akan minta PA saya siapkan biodata lengkap cadangan barisan panel untuk seminar tu nanti. Esok kami hantar ke pejabat Dato’. Terima kasih banyak atas kerjasama. Saya harap Dato’ Akmal setuju dengan semua panel yang kita calonkan.”

“Saya pun harap papa setuju. Tak banyak kerja nanti. So, saya minta diri dulu. Ingatkan nak belanja you makan tengahari tadi tapi dah ada hal lain, so… I’ll see you next time, dear…,” saling berbalas senyum, dia beredar sambil menjeling ke arah tamu yang masih berdiri di pintu. Sudahlah mengganggu, tak diundang pula! Pandangannya berkata-kata.

It’s none of your business!! Tukas sang tamu dengan pandangan juga.

Zulkarnain mengatur langkah walaupun jelas kehadirannya tidak dipedulikan. Dia berdiri tegak di hadapan wanita itu. Dia kembali duduk di kerusi, sedaya-upaya memaku diri agar tenang dan tak melatah dengan tamu yang tak diundang itu. Diam seribu bahasa membiarkan dia memerhatikan dirinya, membelek setiap inci wajahnya.

Jam terus berdetik. Dia masih berdiri di situ. Dan wanita itu terus bekerja seolah-olah tak ada sesiapa bersamanya. Dia membiarkan. Elok juga. Biar dia puas menatapnya.

“If you are done, you know where the door is…,” tersentak dengan kata-katanya, Zulkarnain melabuhkan punggung di kerusi empuk mengadap wanita yang semakin angkuh itu.

“Hanya selepas Nadia bagitau abang tentang anak kita!” Sekeping kertas diletakkan di atas meja, di hadapannya.

Guruh berdentum dalam dirinya. Kilat sambar-menyambar. Ribut taufan bakal melanda tidak lama lagi. Hanya sekali pandang, dia amat tahu nilai kertas sekeping itu.

“It’s none of your business. Now, please leave.” Namun suaranya dilafazkan setenang mungkin setelah dia menelan rasa gugup, cemas dan marah.

“It is my buiness, Nadia. Dia anak abang. Kalau Nadia nak terus sembunyikan dari abang, tak mahu ambik tanggungjawab, abang akan bongkarkan semuanya nanti! Dato’ Puteri Nadia Ruwaidah yang selama ini memperjuangkan nasib wanita yang tertindas tetapi zalim kepada zuriatnya sendiri! Do you want that to be on the paper, sayang?”

“How dare you!” Bagaikan desiran ular yang meradang, Nadia bingkas berdiri seraya membentak penumbuk di meja.

“Keluar dari sini sekarang jugak.” Perlahan tapi cukup penuh dengan amarah. Jari telunjuknya tepat ke arah pintu.

Zulkarnain hanya tersenyum. Dia tahu, dia tak akan kalah kali ini. Dan dia tak peduli lagi.

“Nadia tak pernah bagi abang peluang nak jelaskan perkara sebenar. Nadia hukum abang dan anak abang tanpa usul periksa. Lepas tu, Nadia ingat Nadia boleh perjuangkan keadilan untuk wanita lain? Sedangkan Nadia sendiri tak adil! Nadia tak adil pada abang, pada anak kita dan pada diri Nadia sendiri.”

“Who are you to judge me?” Kesabarannya semakin tercabar.

“You can judge anyone but not yourself, Nadia! Why? Suprise! Suprise! Perjuangkan keadilan apa namanya kalau Nadia sendiri tak tau makna adil?! Di mana keadilan kalau hukum melulu, tak ada usul periksa, tak ada penjelasan dan bela diri. Nadia dan rosakkan diri sendiri dengan akal dan nafsu, lepas tu Nadia nak rosakkan masyarakat. I’ll them who you are if you refuse to cooperate! I want back my child! And… this is my number if you change your mind.” Sekeping kad diletakkan penuh adab di atas sekeping kertas tadi.

“Two days, Nadia. And the time is ticking…”

Zulkarnain melangkah pergi tanpa dipinta kali ini. Cukup! Cukup sudah apa yang perlu dia sampaikan. Sekarang dia akan menyusun langkah, mencari kembali apa yang telah hilang dari hidupnya, anak dan isterinya, kasih dan sayangnya.

Nadia masih kaku berdiri. Jarum minit dan saat dalam jam dinding yang tergantung di belakangnya terus berdetik laju.

Sepuluh minit. Kaku. Dua puluh minit. Airmatanya gugur. Tiga puluh minit, Dato’ Puteri Nadia Ruwaidah terduduk meraung di kerusi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s