Siri Novel CINTA PUTERI vs NUQMAN – Sinopsis Cerpen

[Assalamualaikum dan salam persaudaraan buat yang sudi singgah. Atas permintaan, bagi sesiapa yg belum memiliki HAKIKAT CINTA – Sebuah Antologi Cerpen, saya sertakan di sini sinopsis cerpen ‘Jawapan Untuk Puteri’ yang mengisahkan detik awal pertemuan Puteri Zulaikha dan Muhamad Nuqman. Enjoy!]

Sinopsis cerpen
**JAWAPAN UNTUK PUTERI**

Dek kerana terlalu sayang dan takutkan kehilangan abahnya yang tiba-tiba sakit tenat, Puteri Zulaikha rela dalam paksa menerima Nuqman sebagai suami atas permintaan abah dengan syarat dia hanya sanggup hidup bersama dengan lelaki yang tak dikenali itu setelah usianya genap 21 tahun.

Puteri sebenarnya sedang berdendam dengan kaum adam setelah dikecewakan kekasihnya. Namun sikap dan peribadi Nuqman selalu membuatkan dia tak keruan…

Dalam mencari jalan keluar dari ikatan itu, Puteri semakin keliru dengan perasaannya…

“Awak bimbang, takut saya mengawal hidup awak?”

“Awak tengok bulan tu! Dia sentiasa ada di sana. Menemani sesiapa yang mahu ditemani. Saya akan jadi macam bulan. Menemani awak bila saja awak mahu…”

“May I?”

Puteri terpinga. Tidak faham dengan soalan Nuqman. Sebuah ciuman singgah lembut di pipi Puteri. Sentuhan kasih dari seorang suami. Kasih sayang yang diredhai Tuhan.

God! He’s so romantic, so kind…”

“Siti Hawa dijelmakan untuk Nabi Adam. Sebagai teman berkongsi segala-galanya. Nabi Adam bertanggungjawab atas apa pun yang dilakukan Hawa. Kalau dia bersalah, Nabi Adam sama-sama menanggung hukumannya. Ika ditakdirkan untuk saya. Baik atau buruk, saya tetap akan bersama.”

Nuqman meninggalkan Puteri demi tugasannya di Istanbul. Namun bila dia diam tanpa sebarang berita, Puteri pula resah gelisah. Mampukah dia keluar dari ikatan suci itu kerana dendam? Bagaimana dapat Nuqman melunaskan hajat seorang ayah yang mahu melihat Puterinya dididik mengenal Tuhan, menjadi anak dan isteri solehah? Mampukah dia menikmati bahagia bila isterinya hanya pada nama dan akad? Apakah yang mampu mengungkai dendam terhadap lelaki yang sering menyebabkan airmata dan sengsara menjadi teman hidup wanita sekaligus mengembalikan kepercayaan mereka kepada cinta sejati yang hakiki?

Temui jawapan untuk puteri dalam Siri Novel CINTA PUTERI vs NUQMAN (CPN)

#jika ada kebaikan dari tulisan ni, semua tu dari yang Maha Pengasih, namun segala kelemahan adalah milik saya, mohon dibantu dan didoakan ya… Moga terhibur! – Jue’a #

Advertisements

2 thoughts on “Siri Novel CINTA PUTERI vs NUQMAN – Sinopsis Cerpen

  1. Dendam terhadap kaum Adam? Rasa macam kasar bunyinya. Namun, bagi yang pernah mengalami kepahitan dikhianati kaum itu, dendam tersimpan…bagai api membakar sekam… hi..hi… Biasa la kannnn aku kan Puteri Kari…pedas sikit.

    Like

    • Memang kan? Sakitnya bukan main-main! Mg2 melalui Makna Pada Rasa, dendam itu dapat terungkai, kalau pun masih sakit, dapat terubat dan kita dapat mengadap-Nya nanti dengan hati yg bersih, insyaAllah… Hehehe… x pe, puteri kari… Cantik dan sedap!

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s