SIRI NOVEL CINTA PUTERI vs NUQMAN 4

BAB 4

“Where is she?!” Pintu bilik pejabat Tan Sri Hasyim Fadhlullah terkuak tiba-tiba dengan sebuah pertanyaan namun sedikitpun tidak mengejutkan lelaki yang sudah berusia hampir tiga suku abad itu. Pertanyaan yang sudah ditunggu. Jawapannya pun sudah tersedia dalam kotak fikirannya.

Tubuhnya berputar di atas kerusi empuk hidrolik yang dibaluti kulit serba hitam berkualiti tinggi. Dia mengadap wanita bertubuh kecil molek yang sudah tercegat berdiri di hadapan mejanya.

“Assalamualaikum, Nadia…” Dia tetap tenang menyapa sambil menyandarkan kepalanya di kerusi.

“I asked you a question. Didn’t you hear me?!” Dia terus membentak dengan wajah yang semakin mencuka.

“Kalau ya pun, jawablah salam abang dulu. Awak kan orang Islam. Islam tu bukan setakat percaya saja tapi cara hidup…” Dia masih tenang berhadapan dengan adik iparnya yang berbangga dengan gelaran ‘anak dara tua’.

“Eh! I datang ni bukan nak dengar ceramah you! Orang taulah nak jawab salam. Where is she?” Sebelah tangannya mengepal penumbuk dihentak agak kuat di atas meja. Namun sedikitpun tidak mengubah riak wajah Tan Sri Hasyim. Tidak ada yang mengejutkan kalau itu semua dari Nadia. Dato’ Puteri Nadia Ruwaidah. Marah Nadia jika orang tidak memanggilnya dengan betul, Tan Sri Hasyim tersenyum gelihati mengenangkan tentang hal itu namun ditahan-tahan.

“She’s fine. Don’t you worry about her…”

“No! It is not fine! Something is not right. She didn’t answer my calls, messages or even emails! What did you do to her?!” Matanya dikecilkan, menyerlung tepat ke wajah abang iparnya. Akalnya berputar ligat mencari petunjuk dan jawapan.

“Dia bukan anak kecil lagi, Nadia. Dia bebas buat apa saja yang dia suka. Dia sibuklah tu… Dia tengah bercuti dengan kawan-kawan dia…”Wajah Nadia berubah. Kehairanan sungguh.

“Pelik you ni! Sebelum ni bukan main control dia. Tiba-tiba hari ni, dia bebas buat apa yang dia suka?!”

Oopppss! Tan Sri Hasyim Fadhlullah tersenyum kelat. Aku harus berhati-hati!

“Takkan semua dia nak bagitau you? Dah you jauh entah kat negara mana… Dia dah consult dengan abang. Lagipun nak pergi bercuti, mesti dia perlukan duit. Bila abang izinkan, terbanglah dia…”

“Terbang? Dia pergi jauh pun tak bagitau I? This is not her! Dia pergi dengan siapa?!”

“Dah lama dia nak ke Istanbul. Minat sangat nak tengok tempat-tempat bersejarah kat sana. Dia baru je pergi kelmarin dengan kawan baru dia di kolej tu. Sebab kawannya tu ada bapa saudara tinggal di sana… Apa namanya? Hmm… Abang dah lupa pulak… Never mind. Tak lama lagi dia call lah tu…”

“Amboi! Mudahnya you cakap?!”

“Take it easy, Nadia. I keep in touch dengan mereka. They are all fine! Nanti dia contact you bila dia dah tahu yang you dah balik… You pun senyap je… Tak berhubung langsung dengan abang…”

“Ahh! Nak buat apa berhubung dengan you! Buang masa je…” Dia menghempaskan diri ke kerusi, melepaskan rasa kecewa, hendak tak hendak dia duduk juga mengadap abang iparnya. Tan Sri Hasyim Fadhlullah tersenyum. Saat itu dia terkenangkan arwah isterinya yang sabar melayan kerenah adik bongsunya walau macammanapun hatinya disakiti. Maka dia harus bersabar juga.

“Enjoy your trip?”

“Yeah… It was good. Tiring though. You can’t imagine how many women in this world yang jadi mangsa lelaki yang tak ada perikemanusian! Mangsa undang-undang yang tak adil. Undang-undang yang kebanyakannya digubal oleh kaum lelaki. Sana sini perempuan hidup tersiksa…” Nadia seakan melepaskan geram.

Ah! Dia dah mula dah… Tan Sri Hasyim melepaskan keluhan. Puteri Nadia belum berubah malah semakin teruk sejak akhir-akhir ini.

“Hmm… lama ke Nadia balik ni? Dulu kata nak migrate, jadi ke?” Tan Sri Hasyim cepat mengubah topik. Jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan Nadia duduk jauh-jauh. Memang tak patut dia mengharapkan begitu tetapi dia sudah cukup letih dengan kerenah Nadia.

“Hmmm… I don’t know! Tak plan lagi. Nak rehat kejap. Lagi pun, I kena jumpa Puteri. Risau kat dia. Bila dia nak balik?!” Suaranya berubah agak lembut. Jari jemarinya memintal hujung rambut.

“Tak pasti. Cuti dia pun lama lagi. Biarlah dia enjoy dulu…” 

“Apa nombor telefon dia kat sana? Obviously she changed her number…” Nadia keluarkan Blackberry dari beg tangannya, bersedia untuk mencatat nombor Puteri.

“Err… Dia belum ada nombor baru lagi. Kami berhubung melalui handphone saudara kawannya. Nantilah, kalau ada nanti, abang bagi…”

“Hmm… Oklah. Better tell her to keep in touch with me. Tak pernah-pernah Puteri buat macam ni.” Nadia mendengus tak puas hati. Dia bingkas bangun lalu melangkah keluar. 

“Eh! Tak nak minum petang dengan abang ke?” Tan Sri Hasyim cuba memancing.

“Malas!” Jawab Nadia, sepatah tanpa menoleh dan terus berlalu.

‘An old spinster is not worth more than an unposted letter.’ Tan Sri Hasyim teringatkan sebuah peribahasa Hungary. Dia tersandar kembali ke kerusinya sambil melepaskan keluhan yang panjang. Namun dia sangat yakin, seseorang itu boleh mengubah nasibnya bila hatinya berubah. Sesungguhnya Allah Maha Adil terhadap hamba-hamba-Nya.

Nadia benar-benar telah mempersia-siakan hidupnya. Dendamnya pada arwah ayah sentiasa membara membuatkan dia terus bersemangat memperjuangkan hak kaum hawa… dan mendendami kaum adam.  Dia mahu membela nasib kaum hawa yang teraniaya seperti ibunya. Dan kebencian kepada abang iparnya juga masih belum padam. Tan Sri Hasyim buntu sungguh dengan Nadia. Entah bagaimana dia dapat menyelamatkannya itu dari hidup penuh dendam.

Bunyi telefon tangan mengejutkan dia dari lamunan.

“Abah!” Suara Puteri di hujung talian seperti orang menangis kedengarannya.

“Ya, sayang… Kenapa ni?” Tan Sri Hasyim duduk tegak di kerusi. Risau menjalar dalam hatinya.

“Mummy!” Sepatah jawab Puteri. Suaranya seperti sungguh ketakutan.

“Ohh! Abah ingatkan apa tadi…” Tan Sri Hasyim ketawa kecil, cuba menenangkan anaknya.

“Mummy baru je keluar dari office abah tadi. Dia ok. Nanti bila dah settledown kat sana, Ika message dia ya. Abah dah bagitau mummy yang Ika pergi bercuti dengan kawan di sana… Dia ok je cuma dia nak contact Ika… Pandai-pandailah Ika nanti…”

“Dia tak marah ke, bah? Ika janji nak jemput dia kat airport. Tapi Ika lupa sungguh-sungguh…” Tan Sri Hasyim memang faham dengan kerisauan Puteri tetapi dia lebih bersyukur kerana Puteri sempat ke Istanbul sebelum Nadia balik. Sememangnya jika boleh dia tidak mahu mereka bertemu. Sudah cukup kerosakan yang dilakukan Nadia terhadap anaknya.

“Tak apa, sayang… Bukan salah Ika. Tak sengaja. Dia tak marah pun. Nanti Ika buka email dia. Balas email pun dah cukup dah, abah rasa. Kalau call nanti melalut pulak mummy tu. Ika bukan tak tau, mummy tu emosional sangat…” 

“Ya, abah… Nanti Ika mintak maaf dengan mummy…” Suara Puteri mula tenang. Tan Sri Hasyim menarik nafas lega. Selepas berbual-bual seketika, Tan Sri Hasyim meletakkan telefon selepas mengirim salam kepada menantu kesayangannya, Nuqman.

Jauh di sudut hati, Tan Sri Hasyim risau dan merasa bersalah terhadap Nuqman. Dia tidak sedar bahawa dia sedang diseret ke dalam kancah kemelut keluarganya. Namun dia yakin, Nuqman yang dia kenali sebenarnya bukan hanya seorang entreprenuer yang sedang menuju teknokrat. Nuqman bukan lelaki biasa yang hebat memburu cita-cita dan cinta. Dia sebenarnya berjiwa besar untuk membela sesama Islam dan memperjuangkan sunnah Rasulullah SAW. Di sebalik syarikat senibina yang sedang dia usahakan, Nuqman sibuk dengan kerja-kerja amal. Secara low profile, Nuqman bijak membahagikan masa meneroka dunia Islam, bergabung tenaga dan menghulurkan bantuan.

Dalam diam-diam, Tan Sri Hasyim banyak mengkaji peribadi Nuqman yang sangat menarik hatinya. Kerana itu dia amat yakin untuk menyerahkan anak gadisnya kepada Nuqman dan pasrah kepada Tuhan. Walaupun secara peribadi, Puteri Zulaikha sangat tidak selari dengan cara hidup dan prinsip diri Nuqman tetapi Tan Sri Hasyim yakin, Nuqman mampu mengemudi haluan hidup Puteri. Dalam diri Puteri sebenarnya banyak menyalin sifat-sifat ibunya yang mempunyai kekuatan jiwa yang luar biasa. tetapi sayang, pengaruh Nadia yang memeliharanya sejak peninggalan Zuraida mencorak peribadi Puteri. sehingga sekarang. Hanya pada Nuqman, Tan Sri Hasyim menyandarkan harapan. Moga-moga Nuqman dibantu Allah kerana hatinya yang bersih.

Dalam putaran waktu, Tan Sri Hasyim terasa semakin gusar. Bagaimana hendak menyatukan Nuqman dan Puteri secara rasmi? Puteri memberi syarat untuk ditangguhkan. Besar harapan Tan Sri Hasyim, moga-moga kepulangan Puteri dari Istanbul akan membawa perubahan kepada keputusan itu. Dia perlu mengadakan majlis perkahwinan mereka sebelum berlaku apa-apa. Maruah dan wibawa keluarganya dan Nuqman sendiri perlu dijaga. Fitnah sangat perlu dielakkan. 

Dan Nadia…. Ya! Dia harus berhadapan dengan Nadia. Satu lagi kemelut yang harus ditempuh. Tetapi dia tak terlalu risaukan hal itu. Puteri sudah dapat diselamatkan dengan pernikahannya dengan Nuqman sewaktu ketiadaan Nadia! Itu yang paling penting. Yang lain sudah menjadi mudah baginya.

Coklat Bubblerice Sedap

Coklat%2bubble.sebtl%2035..sape%20nk%20orderAyer%20Puteh-20140104-00276 Ayer%20Puteh-20140104-00274Coklat Bubblerice Sedap

Assalamualaikum…

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ni… Dalam menghiburkan jiwa dan minda, tubuh kita juga perlukan hiburan kan? Jom kita nikmati…

Coklat Bubblerice

Nikmati kerangupan bubblerice bersalut coklat yang lazat pada HARGA TERMURAH di pasaran!

HANYA 30sen sebiji!
(Harga. tidak termasuk pilihan citarasa, pembungkusan dan penghantaran)

PROMOSI ISTIMEWA TAHUN BARU:
15 – 30 Januari 2014
HANYA 25 sen untuk pesanan melebih 300 biji bubblerice!
(Harga. tidak termasuk pilihan citarasa, pembungkusan dan penghantaran)

Sangat sesuai untuk:
* Hidangan makanan ringan
* Beg Cenderahati ( GoodieBag )
* Majlis Hari Lahir ( Birthday Party )
* Hantaran Majlis Pertunangan @ Perkahwinan
* Hadiah (Gift)

PILIH dan NIKMATI COKLAT. BUBBLERICE atau COKLAT BERINTI mengikut cita rasa anda!
– pilihan warna: Oren, Merah Jambu, hijau dan lain-lain
– pilihan perisa: Oren, Strawberi, Vanilla dan lain-lain
– pilihan inti: pelbagai jenis jem, peanut butter, tahini dan lain-lain
– pilihan lain: kekacang, badam, kismis, pistachio dan lain-lain.
– pilihan bentuk: hati, ros, kartun, nombor, huruf, kerang dan lain-lain
(harga tertakluk kepada citarasa pilihan anda 35sen – 60sen sebiji)
**pilihan pembungkusan mengikut permintaan.

Hubungi melalui sms, whatsapp @ wechat:
011-12541676 (kawasan utara)
011-27108753 (kawasan tengah)
010-7741854 (kawasan selatan)
Atau email: azuraabd@hotmail.com

#sample boleh dihantar atas permintaan. Hanya rm5 sahaja untuk semua jenis coklat.