madah buat hati yang keliru…

“Biar sedikit bercakap, banyak amalan. Biar sedikit berbincang tapi membuahkan persepakatan. Biar sedikit ilmu asalkan jadi panduan.”

“Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya.
Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.”

Kalaulah kejahatan dan kebaikan itu dinilai dengan akal, seluruh kebaikan” dan kejahatan tidak akan dapat dinilai dengan tepat, akan berlakulah sebahagian kebaikan dianggap kejahatan, dan sebahagian kejahatan dianggap kebaikan, dan berlakulah krisis nilai yang akan membawa krisis moral dan masyarakat. Oleh itu ukurlah dengan neraca iman dan syariat.”

“Jagalah lidah yang lembut ini, dia boleh merosakkan dan boleh membaiki,boleh memecah-belah boleh mendamaikan, boleh menaikkan boleh menjatuhkan,boleh menginsafkan boleh meliarkan, boleh bermusuhan boleh berkasih sayang, boleh membohongkan boleh membenarkan, dengan kata-kata lain lidah adalah penawar, lidah juga adalah racun.”

“Paling hebat ahli sains dapat mengesan perkara yang halus yang tidak dapat dikesan oleh mata, yang masih bersifat dunia, tapi ahli kerohanian dapat mengesan lebih halus dari itu iaitu dapat mengetahui kehidupan di alam yang tidak bersifat dunia iaitu alam Akhirat.”

-AAM-

Advertisements

Suara Rindu

Assalamualaika ya Rasulullah…

Dari seluruh alam ini, dari seluruh zaman, pada dirimulah terhimpun segala keindahan. Bila kami melihat kerosakan dunia, pada dirimu kami temui kebaikan. Bila kami melihat najis dan noda kehidupan, pada dirimu kami temui keindahan. Bila kami melihat api kebencian membakar permusuhan, pada dirimu kami temui kasih sayang. Betapa dalam diri Tuan, kami temui sebuah kehidupan yang dicari-cari.

Ketika kami berduka, pada Tuan kami temui kebahagiaan. Ketika kami hampa dan kecewa, dari Tuan kami dapat hiburan. Ketika kami kesunyian, kerana Tuan kami berteman. Ketika kami lelah dan kalah, kerana Tuan kami capai kemenangan. Bagaimanalah kami dapat hidup tanpa Tuan?

Bersama airmata yang mengalir basah, kami katakan wahai Tuhan yang Maha Bijaksana Pencipta Nur Muhammad demi kekasihnya, Rasulullah yang agung, saksikanlah betapa dari hati kami yang paling dalam, sangat-sangat merindui Rasulullah yang Engkau utuskan buat kami di akhir zaman. Maka jadikanlah hidup dan mati kami bersamanya, wahai Tuhan. Kerana hanya dengan itu, hidup dan mati kami hanya semata-mata kerana-u.

Rasulullah… Dialah kerinduan kami, pengubat segala kedukaan kami dan kekuatan kami dalam berjuang memiliki cinta agung-Mu, Tuhan!